BAB 9-DEMAM

4.9K 101 0
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi. Alina menjawab panggilan suaminya yang tiba tiba sahaja menelefonnya.

"Hello awak!! Hah!! Nie anak awak Aiman dah bangun ke belom? Nie dah lewat sangat nie. Saya tak nampak lagi muka dia kat ofis ni? Dah pukul berapa dah nie belom sampai."bebel Saiful bengang anaknya masih belum tiba di pejabat.

"Haa..apa bang? Aiman tak keluar pegi ofis lagi ke? Kejap abang, saya pegi tengok kat bilik dia."

Panggilan dimatikan. Pelik anaknya masih belum keluar ke pejabat. Hari ini dia sempat mahu mengejutkan Aiman seperti selalu kerana terlalu sibuk mengemas barang barang dapur. Alina melangkah naik tangga ke bilik Aiman.

"Aiman!! Dah bangun ke belum lagi ni? Cepat cepat!! Pergi pejabat. Papa dah call tadi tanya Aiman. Mama ingat kamu dah pergi tadi dengan papa. Buka pintu ni Aiman!!"

Alina mengetuk kuat pintu bilik Aiman. Entah apa yang dibuat anaknya itu sehingga belum pergi ke pejabat dalam jam ini. Selalunya paling lewat pun pukul 8.30 dah bergerak keluar dari perkarangan rumah.

Entah kenapa bilik Aiman kelihatan suram dan sunyi hari ni. Pelik. Selalunya dia panggil sambil mengetuk pintu, Aiman sudah membuka pintu kerana dia tahu anaknya terganggu dengan bunyi bising. Alina sudah tidak sedap hati lalu berjalan turun ke bawak seketika untuk mengambil kunci pendua. Dia naik semula dan membuka kunci bilik Aiman.

Alina terkejut apabila melihat Aiman yang masih baring di atas katilnya dengan selimut berbalut satu badan termasuk kepalanya sekali. Alina duduk di tepi katil mahu mengejutkan anaknya itu.

"Heii!! Aiman.. Bangun bangun!! Cuaca panas panas ni apa yang selimut satu badan ni? Selimut tebal tu. Tak panas ke? Mama tengok pun dah rimas. Buka selimut ni."bebel Alina pelik.

Alina terus menarik sedikit selimut di kepala Aiman, risau pula apabila Aiman tiba tiba berselimut seluruh anggota badanny. Aiman masih memejamkan matanya rapat , badannya menggigil. Alina meraba raba dahi dan lengan Aiman kerana dapat meneka yang anaknya itu demam.

"Hah!! Aiman demam ke ni? Panasnya badan kamu ni. Patutlah selimut satu badan dengam selimut tebal ni. Hm..mama call papa kejap ya. Satgi kita pegi hospital."ujar Alina risau.

Alina mengambil telefon Iphone6 milik Aiman untuk menelefon suaminya. Malas mahu berjalan mengambil telefonnya di bawah.

"Hello abang.. Nie saya ni."tegur Alina cemas setelah panggilannya berangkat.

"Ohh.. awak ke? Kenapa call saya guna nombor Aiman?"tanya Saiful pelik.

"Nie nak bagitau yang Aiman demam panas. Dia tengah selimut satu badan kat bilik ni hah. Macam mana ni? Dah panas sangat ni."

Alina mengerling sekilas Aiman yang masih menggigil itu. Pucat muka anaknya kini.

Saiful terkejut lantas bangun berjalan mahu meninggalkan pejabat.

"Hah!! Yeke? Ok ok .. awak tunggu lah kejap, saya balik sekarang. Kita bawa Aiman pegi hospital terus jela. Risau kat dia. Ok? Bye."

Saiful mematikan panggilan dan berjalan ke arah bilik pejabat Akim untuk memberitahu tentang Aiman dan menyuruh nya menguruskan hal hal pejabat seketika.

*****

Maya tiba di hospital dan seperti kebiasaan dia menyarungkan baju kot putih dan menyimpan barang barangnya di lokar. Maya berjalan menuju ke kaunter pertanyaan yang dijaga oleh beberapa orang jururawat.

"Nurse Ida, saya nak fail pesakit yang nama Fatin dengan Nizam."minta Maya mahu membuat pemeriksaan kesihatan terhadap dua orang pesakitnya itu.

Ida pantas menarik dua fail nipis lalu disuakan kepada Maya sambil tersenyum.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang