BAB 12- ANGAU

4K 107 1
                                    

Keesokan harinya, Maya dan Husna bangun untuk bersiap siap ke hospital. Maya mengenakan baju kurung moden dan tudung. Dia mencapai tas tangannya tapi matanya masih sempat melihat skrin telefon di tangannya.

"Uishh..10misscall? Abah call? Hmm.."ujar Maya terkejut.

Maya menjeling lalu melemparkan telefonnya ke dalam beg tangan.

"Ahh..lantaklah!!"

Maya keluar dari bilik dan ternampak Husna yang kelam kabut mencari barang di ruang tamu. Maya hanya memandang. Entah apa barang yang Husna cari tidak pula ada rasa nak membantu. Perutnya berkeroncong lapar.

"Husna!! Kau tak masak ke pagi ni? Aku lapar."ujar Maya pelik melihat tiada pula makanan terhidang di atas meja.

Husna menoleh.

"Sorry my dear. Aku pagi pagi tak de shift memasak. Aku selalunya breakfast kat luar je. So..kita breakfast sama sama nak?"

Maya memuncungkan bibirnya sengaja buat comel lalu mengangguk kepala laju. Maya terus berjalan keluar rumah diiringi Husna yang mahu mengunci rumahnya dahulu. Setelah itu, Maya dan Husna masuk ke dalam kereta masing masing lalu bertolak pergi.

Maya dan Husna melangkah masuk ke bangunan hospital bersama sama lalu terus ke arah kaunter untuk menanda kehadiran. Nurse Lena senyum menyambut Maya dan Husna yang baru datang.

"Hah!! Err...Maya!! Ada pesakit nama Aiman Zafril panggil Maya. Dia cakap ada hal nak cakap. Penting sangat."ujar Lena teringat akan pesanan Aiman tadi.

Maya tersentak apabila Lena berkata begitu. 'Macam mana dia boleh bagi pesanan kat Lena? Ahh lupa. Muka hensem.'

"Hah!! Err..ok thanks Lena."ucap Maya senyum lalu berjalan menuju ke lif untuk ke tingkat 6.

"Apa lagi budak tu nak?"rungut Maya sendirian berjalan menuju ke bilik sakit 620. Maya membuka pintu bilik itu dengan muka menahan marah tanpa secalit senyuman pun.

"Iye.. awak nak apa panggil saya ni? Hal penting? Ada hal apa?"tanya Maya.

Aiman yang sedang bersandar di kepala katil menoleh ke arah pintu masuk. Dia terpegun seketika dengan kecantikan gadis yang berjalan menghampirinya. Aiman menolak rambut depannya ke belakang sambil memandang Maya tapi tiada riak wajah Maya seperti tidak tergoda akan dirinya itu.

"Emm..saya bosan lah duduk dalam bilik ni sorang sorang. Tak de kawan sembang. Err..kita keluar nak tak? Pegi jalan jalan."ajak Aiman senyum.

Maya terkedu seketika mendengar ajakan lelaki itu.

"Awak...nak ajak saya jalan jalan? Tu yang penting sangat awak nak cakap?"soal Maya geram.

Aiman hanya tersengih. Sengaja dia pesan pada seorang nurse di kaunter agar suruh Maya datang berjumpanya. Nak paksa gadis itu datang terpaksalah cakap ada benda penting nak cakap.

"Heee..."

Maya mengetap bibir. 'Ngekk betul lah mamat ni.'

"Awak kan sakit lagi. Tunggulah nanti awak dah sihat boleh lah keluar. Nak jalan jalan ke apa buatlah. Dah!! Berehat je sekarang ni!!"tekan Maya lembut di fizikan padahal dalamannya sudah membara berang.

Semata mata nak ajak jalan jalan je Aiman panggil dia bagai. Maya geram. Betul betul geram akan sikap Aiman yang suka menganggunya dan manja. Nak jalan? Bangunlah sendiri jalan. Kenapa nak dia yang teman? Erghh!!

Aiman menayang wajah hampa. Sedih.

"Alaa..saya serius ni doktor. Saya bosan gila kat sini. Jomlah jalan jalan. Sekali ni je pun tak pe lah."pujuk Aiman dengan muka mengharap benar benar mahu Maya terima ajakannya itu.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang