BAB 61-HARIS

5.1K 79 7
                                    

Mimi berhenti di penghujung semak. Di hadapannya kini cuma ada air sungai yang deras. Termengah-mengah nafas Mimi menahan penat. Habis tenaganya disebabkan mendukung budak kecil ni. Berat. Dia toleh ke belakang.

Tangisan bayi mula kedengaran. Mungkin dia ketakutan. Khai yang penat mengejar berhenti jauh sedikit daripada Mimi. Mimi nampak gelisah. Kalau dekat mesti dia akan bertindak di luar kawalan. Mimi masih menggendong erat budak itu.

"Mimi..."

"Apa yang kau nak, Khai?!! Jangan kacau aku. Tolong lah.!! Aku cuma nak bayi ni je. Tolong lah faham aku.! Jangan kacau kerja aku..!!"laung Mimi marah dengan renungan tajam ke arah Khai yang sering menganggu kerjanya.

Khai cuba melangkah perlahan-lahan mendekati Mimi namun dapat dikesan Mimi. Mimi pantas bergerak menjauhi.

"Mimi..sedarlah. kau kena lepaskan Aiman dengan Maya. Biarkan diorang hiduo bahagia. Bayi tu tak bersalah. Kenapa kau nak libatkan bayi tu dalam masalah kau dengan Aiman?"

"Memang ada.!! Budak ni anak Aiman dengan Maya.!! Aiman tu bakal suami aku. Sebab budak ni adalah semua impian aku musnah..!!!!"

"Mimi.."Khai cuba menghampiri Mimi dengan berhati-hati.

Mimi yang perasan tindakan Khai terus mengeluarkan sebilah pisau yang disimpan dalam poket seluar ketatnya. Dia menjadikan pisau itu sebagai perisai agar Khai tidak terus cuba mendekatinya.

Aiman tiba setelah merempuh hutan tebal. Ada calar kecil di lengannya akibat dicakar batang pokok yang patah. Dia melihat Mimi yang merenung tajam ke arah Khai dengan pisau di tangan. Air sungai yang mengalir deras menakutkan Aiman kerana ia cuma beberapa meter daripada tempat Mimi berdiri.

"Mimi..!! Kau yang culik anak aku? Apa yang kau buat ni, Mimi? Kembalikan anak aku balik. Jangan apa-apaka anak aku. Ini masalah aku dengan kau.."

Mimi memandang Aiman yang baru sampai. Dia tersenyum puas. Akhirnya inilah saat yang dia tunggu. Saat kemusnahan keluarga Aiman.

"Ini semua salah kau, Aiman.!! Kau yang buat semua benda ni terjadi. Kalau kau kahwin dengan aku dulu, semua ni tak akan jadi. Kita akn hidup bahagia dengan anak-anak kita. Tapi..!!! Kau kahwin dengan Maya. Kau pilih perempuan tu. Kau cintakan dia. Dan..ini anak kau.! Anak dari perut Maya. Anak kau.!! Jadi..anak kau ni terlibat..faham.!!"

Maya berdiri di sebelah Aiman. Dia baru sahaja sampai. Wajahnya pucat risau akan keadaan anaknya. Tangisan anaknya itu membuatkan dia cemas. Risau. Dia terkejut melihat Mimi yang memegang sebilah pisau di tangan kanan dan Haris di tangan kiri.

"Mimi..!! Lepaskan anak aku..!!"pinta Maya merayu. Dia mahu menangis. Dia mahu menapak ke hadapan namun dihalang Aiman.

Mimi memusingkan kepalanya memandang Maya. Perempuan yang paling dia benci atas muka bumi ini.

"Tak nak.!! Aku takkan Lepaskan anak kau ni. Aku...aku nak bunuh dia..!!"

"Mimi...!! Abang.."Maya yang terkejut terus meraung kerana takut anaknya diapa-apakan oleh Mimi. Dia tahu Mimi dapat bertindak di luar kawalannya.

Aiman cuba melangkah ke arah Mimi tanpa diperasan oleh gadis itu untuk meleraikan pisau di tangannya. Dan menyelamatkan anaknya. Namun langkah kelima Aiman terhenti apabila Mimi dapat mengesannya.

"Jangan dekat, Aiman..!! Aku bagi amaran. Kau cuba dekat sekali lagi, aku bunuh anak kau ni.."ugut Mimi betul-betul nekad.

Maya tersentak. Berjurai terus air matanya. Dia pandang Mimi.

"Mimi..tolong lepaskan anak aku. Dia tak bersalah. Dia kecil lagi, Mimi. Ini hal kita.!! Aku mohon sangat kat kau, Mimi..Lepaskan dia.."sayu hati Maya apabila mendengar tangisan Haris yang ketakutan. Dia cuba memujuk Mimi. Mana tahu hati gadis itu lembut.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang