BAB 30- HALAU

4.8K 71 0
                                    

Setelah hampir 2 jam berlalu dan Maya juga yang sudah lena diulit mimpi indah, Aiman melangkah masuk ke bilik sakit 211 dengan pantas. Bunyi tapak kasut kulit Aiman mengganggu tidur Maya. Wajah Aiman kini serius dan nampak tegas tanpa secalit senyuman pun.

Maya menoleh, sedikit terkejut melihat Aiman yang masuk secara tiba tiba. Maya bangun dan duduk atas katil.

"Papa mana sayangg? Papa mana??!!!"soal Aiman dengan nada tinggi.

Aiman menuju ke tandas mahu memeriksa jika papanya bersembunyi di mana mana tempat dalam bilik ini. Di sebalik langsir tingkap juga dibelek oleh Aiman.

Agak tersentak juga Maya mendengar ton nada tinggi Aiman kepadanya seperti sedang marah. Ini kali pertama Aiman meninggikan suara. Maya memerhati Aiman yang mencari papa.

"Aw..awak..kenapa ni? Awak cari papa ke?"tanya Maya sedikit gugup.

Aiman merenung Maya.

"Abang tanya..mana papa?!! Papa dengan mama datang kan tadi? Abang nak jumpa papa!!.."

"Err..erm.."

Aiman sudah dapat meneka.

"Jangan cakap papa dah balik sana..."

Aiman masih dengan ton nada yang tegas. Maya jadi gugup berhadapan dengan Aiman yang teramat garang itu. Pandangan Aiman juga menakutkan.

Aiman berdiri bercekak pinggang melemparkan pandangan ke luar tingkap pula. Kepalanya memikirkan tentang papanya. Bengang.

"Errr..erm...papa dan mama dah balik lama dah.."balas Maya risau jika dia dimarahi oleh Aiman.

Aiman tersedar sesuatu. Yang berada di depannya kini adalah Maya, isterinya yang baru kali pertama melihat dia sebegini. Dia juga telah meninggikan suara kepada Maya kerana terlalu ikutkan nafsu marahnya.

Aiman menoleh memandang Maya yang tunduk akan kepalanya kerana ketakutan. Aiman mengeluh berat. Dia terpaksa lembutkan hati untuk memujuk isterinya itu. Aiman berjalan dan duduk di tepi katil Maya.

Maya bergerak jauh sedikit daripada Aiman dalam takut takut. Aiman menanggalkan terus tali leher di kolar bajunya. Agak terganggu.

"Sayang..erm..abang minta maaf sebab berkasar dengan sayang. Abang...abang cuma..bertanya je. Bukan abang marah sayang. Abang nak tahu papa dekat mana je. Sorry ya sayang.."pinta Aiman dengan lembut memujuk isterinya.

Maya mengangkat kepala memandang Aiman. Muka Maya dimasamkan tanda merajuk dengan lelaki itu.

"Hm..yela. Awak..awak jangan lah marah papa ya? Awak kenalah faham. Papa kan dah makin berumur bagi lah papa rehat sikit dekat rumah, rehat dengan mama. Takkan pasal papa suruh awak gantikan papa dalam meeting tu je awak nak marah marah. Tak salah kan awak buat macam tu. Awak kan anak lelaki papa.."nasihat Maya terhadap suaminya untuk menghilangkan marah Aiman tadi.

Aiman mengukir senyuman mendengar kata kata Maya tadi. Ternyata Maya takut melihat dirinya yang marah seperti hulk tadi. Tiba tiba marah yang membuak tadi sudah berkurangan. Ada benar juga kata kata Maya. Penyejuk hati si isteri ni.

"Hm.. iye lah sayang. Abang yang salah. Abang minta maaf ya. Abang terkejut bila dapat tahu papa melawat sayang kat sini padahal ada meeting penting pagi tadi. Bukannya apa abang marah tadi, yela abang busy. Nak pergi ofis kerja lagi lepas tu nak jaga sayang kat sini lagi.."terang Aiman tidak mahu bertekak dengan Maya.

Maya memuncungkan bibir.

"Kalau awak busy..tak pela awak tak payah datang jaga saya kat sini. Awak buat je kerja awak tu.."

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang