BAB 21- RASA

5.6K 86 0
                                    

Keesokan harinya...

Majlis persandingan pun berjalan di dewan besar Seri Nona itu dengan meriah. Ramai tetamu yang dijemput Mazlan, Saiful, Nora dan Alina hadir ke majlis persandingan itu. Maya dan Aiman bagai pinang dibelah dua duduk di pelamin dengan busana biru tekos. Pasangan pengantin itu menarik perhatian tetamu yang hadir untuk memuji pasangan yang sama cantik sama padan itu.

Menjelang petang, Maya sudah berpakaian biasa keluar dari tandas dewan itu untuk membantu apa yang patut. Tudungnya juga ditukar hanya menyarungkan tudung bawal sahaja. Mudah. Maya menghampiri ibunya yang melipat kain kain alas meja di dalam dewan itu. Kain kain itu semua ditempah Nora demi majlis persandingan anaknya ini.

"Ibu, ada apa apa yang nak Maya tolong tak? Maya nak tolong apa yang patut ni. Tengok macam ada banyak lagi keje je ni."

Maya berdiri di sebelah ibu yang masih sibuk menanggalkan kain alas meja di meja pengantin. Tangan bajunya sudah ditarik sehingga paras siku untuk memudahkan pergerakannya melakukan kerja.

Nora menoleh. Dia senyum sekejap kepada Maya.

"Hm..ada..Tu, pinggan mangkuk kat belakang dewan rasanya tak cuci lagi tu. Maya nak buat ke? Banyak sangat pinggan tu. Suruh katering jela buat."balas Nora risau melihat Maya yang nampak sedikit penat.

"Ehh..Maya boleh jela ibu. Jangan risau ya. Ibu sambung keje ibu kutip kain kain meja ni ok. Maya pegi belakang kejap."

Maya senyum lalu berjalan ke belakang dewan. Pekerja katering juga sedang sibuk melakukan kerja pembersihan dan mengangkut kuali dan periuk besar ke dalam lori. Maya menghampiri satu besen besar yang penuh dengan pinggan mangkuk kotor lalu duduk di kerusi kecik di tepi. Maya mula mencuci pinggan pinggan yang berlambak itu dengan kudrat yang masih ada.

Kakak Ika atau lebih dikenali sebagai kakak saudara Maya melintas di hadapan Maya yang sibuk mencuci pinggan. Kak Ika menoleh.

"Haii...pengantin baru rajinnya buat keje. Tak penat ke Maya?"tegur kak Ika senyum berdiri di tepi Maya.

Maya menoleh.

"Ehh kak Ika. Tak penat kut. Kak Ika nak tolong sekali ke? Sinilah."

Kak Ika ketawa kecil.

"Tak nak lah. Macam banyak lagi je pinggan mangkuk nak cuci tu. Akak dah penat ni. Maya buatlah sorang sorang. Elok elok buat keje tu."gurau Kak Ika senyum dan berlalu pergi meninggalkan Maya sendiri.

"Alaa.. Kak Ika!!"panggil Maya memuncungkan bibir.

Kak Ika memekakkan telinga sahaja. Tidak pasal pasal dia kena habiskan mencuci semua pinggan ni. Badannya sudah rasa penat dan lenguh. Digagahkan juga diri untuk menyambung kerjanya itu.

Tiba tiba, sedang Maya khusyuk melakukan kerjanya dia perasan ada bayang bayang seseorang sedang berdiri di tepinya. Maya mendongakkan kepala untuk melihat wajah orang yang berdiri di tepinya.

"Hm..sian dia sorang sorang buat keje basuh pinggan ni. Sini abang tolong. Sayang tak penat ke?"soal Aiman juga berpakaian biasa.

Aiman terus duduk di kerusi kecil sebelah Maya dan mencuci pinggan mangkuk yang masih banyak itu. Maya tersentak. Dia agak rasa tidak selesa jika dia bersama Aiman. Aduh. Boleh terkeluar jantungnya nanti.

"Ehh..tak pe!! Tak payah!! Awak pergi buat keje lain ok. Saya boleh buat sendiri. Hah!! Khemah kat luar dewan tak bawak turun lagi kan? Pergilah.."halau Maya laju mengambil pinggan yang dipegang Aiman.

Aiman senyum mengambil pinggan lain pula untuk dicuci.

"Tak pe la sayang. Kita buat keje ni sama sama. Suami isteri kan kena saling tolong menolong hah baru hidup bahagia."bebel Aiman sudah mula mencuci pinggan.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang