BAB 35 - KEMALANGAN

5.7K 88 1
                                    

Maya pulang ke rumah seperti biasa. Setibanya dia di garaj rumah, tidak pula dia melihat kereta Aiman di sebelah keretanya. Maknanya Aiman masih belum pulang ke rumah padahal sudah hampir pukul 7 malam. Maya pelik.

"Aiman tak balik lagi? Ehh..bukan time macam ni dia dah ada dekat rumah ke? Hm..pelik.."ujar Maya sendirian setelah dia keluar dari perut kereta.

Maya malas fikir panjang. Dia berjalan masuk ke dalam rumah. Kunci keretanya disangkut di tempat khas untuk sangkut kunci-kunci di dinding lalu dia naik tangga ke bilik atas untuk mandi.

Selesai Maya mandi dan solat maghrib, dia turun tangga terus ke dapur untuk memasak makan malam nanti. Entah nak masak apa malam ni. Aiman pula entah balik atau tidak malam ni. Tapi..dia berharap sangat Aiman tidak buat perangai tak balik rumah malam ni. Nak merajuk pun tak payah lah sampai tak balik rumah. Maya menjeling. Fikirannya sekarang dah bercampur macam macam. Kejap benda baik sekejap benda jahat sekejap benda yang dia sendiri takut. Takut apa-apa terjadi dekat Aiman.

Maya buat keputusan untuk makan meggi sahaja untuk isi perut malam ini. Kalau Aiman balik nanti, baru dia akan masak nasi dan lauk. Takut membazir pula, masak lauk awal-awal lepas tu tak nak makan pulak. Tu yang tak suka. Maya terus ambil satu meggi cup perisa kari dan menuangkan air panas ke dalam. Tuang sekali serbuk kari tula. Then, kita tunggu 10 minit untuk meggi tu kembang. Hahaha. Cedapnya. Lapar lah pulak. Huhu.

Jam di dinding dikerling seketika, sudah pukul 9 malam dan ini betul betul membuat Maya confius dan curiga. Aiman masih belum balik rumah. Call tak berangkat. Text tak reply. Maya risau. Sejak tadi dia berjalan ulang alik di ruang tamu menunggu Aiman dengan telefon bimbit di tangan. Gelabah wey. Rasa nak hempuk telefon tu. Tak reti reti angkat ke Aiman ni. Campak jela telefon canggih tu dekat lombong. Call pun tak reti angkat.

Penat kakinya kini. Jam pula sudah 10 malam. 1 jam dia berulang alik berjalan tadi. Maya duduk di sofa, tv yang dari tadi terbuka dibiarkan sahaja. Nak tengok tv pun tak tenang. Dan akhirnya dia tertidur di sofa ruang tamu kerana terlalu mengantuk dan letih menunggu Aiman.

Dalam jam 11.30 malam, baru terdengar kereta Aiman yanb bergerak masuk ke garaj. Aiman keluar dari perut kereta dan melangkah masuk ke dalam rumah. Aiman melonggarkan tali leher di kolar baju kemejanya dan butang kemeja di atas dibuka sedikit kerana panas. Rimas kerana baju ini sahaja dipakai dari pagi tadi sampai sekarang. Mukanya kini nampak betul-betul penat.

Baru sahaja Aiman mahu melangkah naik tangga ke atas, dia perasan tv di ruang tamu dibiarkan terbuka. Mungkin Maya terlupa tutup tv tadi sebelum dia masuk tidur. Fikirnya. Aiman melangkah ke arah tv tersebut dan menutup tv dengan suis sekali.

Dia memusingkan badannya, terkejut apabila dia melihat Maya yang sedang tidur nyenyak di atas sofa ruang tamu. Sangkaannya Maya sudah tidur di bilik. Pelik, kenapa Maya tidur di sini?

Aiman menghampiri isterinya.

"Kenapa pulak dia tidur dekat sini?"

Aiman melutut di tepi sofa dan mengejutkan Maya dengan menepuk perlahan lengan Maya.

"Maya..bangun.."kejut Aiman biasa sahaja suaranya.

Lama jugak dia menepuk perlahan lengan Maya, nak tepuk kuat kuat nanti kena marah pulak jadi tepuk lah lama-lama hah. Sayang isteri lah katakan. Kena sabar.

Maya tersedar lalu dia duduk memandang wajah Aiman. Terkebil-kebil matanya melihat Aiman. Dia masih mengantuk.

"Awak baru balik? Awak nak makan apa-apa tak? Saya nak masak nasi dengan lauk ni kalau awak nak makan."

Aiman menggelengkan kepala.

"Tak pe. Abang dah makan tadi. Kenapa tidur dekat sini?"

"Err...saya tunggu awak balik. Saya text awak tak reply, call tak angkat. Awak balik lambat hari ni, kenapa?"

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang