BAB 27-HOSPITAL

5.6K 88 0
                                    

"Aiman..bawalah Maya tu pegi hospital. Risau pula Mak Teh tengok Maya tu. Bawak Maya pegi cepat..!!"arah Mak Teh risau melihat anak saudaranya itu bersandar di sofa sambil mengurut tepi kepalanya dengan mata terpejam.

"Hmm..betul jugak tu Mak Teh. Aiman pun risau tengok Maya tu. Tengok tu kejap kejap picit kepala. Takut apa apa jadi kat dia lah.."

Aiman memerhati Maya yang sendirian.

"Dah..tak payah pikir. Bawak je Maya tu pegi hospital. Kyia dengan Nisa tadi dah sapu ubat kat luka Maya tu tapi tak tau lah kenapa picit kepala lagi tu. Pening lah kut..."

"Hm..baik Aiman bawak Maya pegi hospital sekarang. Mak Teh bagitau Mak Lang, Aiman bawak Maya pegi hospital tau.."

Mak Teh mengangguk. Mak Lang yang dimaksudkan itu adalah ibu Maya. Yela nak bawak anak orang mestilah bagitau mak dia. Nanti meroyan mak dia cari anak tak jumpa.

Aiman berjalan menghampiri Maya lalu mencempung badan Maya ke atas. Maya tersentak. Tangannya spontan memeluk leher Aiman, risau jika terjatuh pulak tiba tiba nanti. Aiman membawa Maya menuju ke arah kereta Bezza hitam miliknya.

"Amir..tolong abang jap..buka pintu kereta abang.."pinta Aiman tersenyum lantas Amir bangun membukakan pintu kereta.

Maya hanya memerhati. Aiman terus mendudukkan Maya di tempat duduk sebelah pemandu. Aiman keluar lalu menutup pintu kereta tersebut.

Aiman senyum sempat menggosok manja atas rambut Amir.

"Terima kasih Amir..."

"Sama sama..."

Aiman terus masuk ke dalam kereta, duduk di tempat pemandu lalu dia memecutkan kereta keluar dari perkarangan rumah opah menuju ke hospital terdekat. Maya bersandar ke kusyen sambil tangannya masih memicit tepi kepala.

"Sakit lagi ke kepala tu? Ke pening? Sejak tadi abang tengok asyik picit tepi kepala tu je.."soal Aiman mengerling sekilas dan kembali fokus ke jalanraya.

Maya menoleh.

"Hm..sakit..kan tadi saya jatuh lepas tu mungkin tepi kepala saya terhantuk kat meja lama yang kat luar tu. Jadi tak tau lah..kepala jadi pening..."adu Maya.

"Tahan sikit sakit tu. Kita nak dekat dah ni kat hospital.."

Maya hanya mengangguk.

Setelah 10 minit perjalanan, Aiman memberhentikan kereta betul betul di hadapan pintu masuk kecemasan. Betapa risau betul Aiman ni dengan Maya. Tengok. Aiman keluar dari kereta menuju ke pintu sebelah pemandu lalu memapah Maya berjalan masuk ke dalam hospital.

"Nurse..nurse...!! Tolong bawa isteri saya ni cepat! Dia cedera ni..!!"

Aiman memanggil dua orang jururawat perempuan yang sedang berjalan di situ lalu dengan pantas dua jururawat itu menghampiri Maya dan mengganti Aiman, memapah Maya masuk ke bilik pemeriksaan dan rawatan. Aiman hanya memerhati dari jauh. Berharap isterinya dalam keadaan baik sahaja.

"Hm..encik..encik boleh mendaftarkan pesakit tadi di kaunter depan ya.."ujar seorang jururawat perempuan kepadanya.

Aiman senyum mengangguk. Nurse tadi membalas senyumannya dan berlalu pergi. Aiman yang masih risau akan isterinya berjalan ke kaunter yang diberitahu untuk mengisi borang butir peribadi Maya.

Semasa Aiman mengisi borang tersebut di kaunter, telefon bimbitnya berdering tanda ada panggilan masuk. Aiman mengambil telefonnya dari poketnya dan ditekap di telinga setelah melihat nama pemanggil.

"Hello..assalamualaikum abah.."tegur Aiman. Tangannya berhenti menulis seketika.

"Hah..waalaikumsalam Aiman. Macam mana keadaan Maya? baik baik je? Apa kata doktor?"

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang