BAB 34 - DINGIN

5.9K 127 6
                                    

Korang ni tak sporting lah. Tak sampai 15 vote pun. Huh. Sukahati lah. Yang vote tu, nah untuk korang bab baru. thanks gaiz. Sporting reader PLEZ. :)

******
Keesokkan harinya....

Jam loceng yang berdering kuat di meja tepi katil menganggu tidur Maya. Maya membuka mata. Digosok perlahan kedua matanya menghilangkan ngantuk. Maya bangun dan duduk di atas katil.

Dia baru ternampak Aiman yang masih nyenyak tidur di sofa dengan berselimut. Takut juga dia mahu menganggu tidur Aiman kerana risau Aiman masih marah tentang hal semalam. Jam loceng ditutup. Bilik tidur mereka jadi sunyi.

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 7 pagi, Aiman dah jauh 3 batu tu mana nak dengar bunyi jam loceng melalak. Maya terpaksa ambil peranan kejutkan Aiman. Digagahkan juga dirinya untuk ke arah Aiman. Maya melangkah slow speed ke arah Aiman.

Maya duduk di tepi sofa, dekat dengan Aiman yang masih tidur. Bibirnya sempat mengukir senyuman apabila melihat wajah Aiman yang sedang tidur. Comel dan kacak pula tiba tiba.

"Hm...aw..awak...bangun awak..."kejut Maya lembut sambil tangannya membelai rambut depan dahi Aiman. Manja pula gaya dia kejut suami kali ini. Dia buat keputusan mahu berdamai. Dia akan teruskan perkahwinan ni dengan serius sebagai isteri kepada Aiman.

Tidak lama kemudian, Aiman membuka matanya perlahan lahan dan agak terkejut melihat wajah Maya di depan. Dia tahu Maya sedang membelai rambutnya. Pelik pula isterinya pagi ini. Aiman lantas bangun.

"Dah pukul berapa ni..?"

Aiman duduk. Maya memandang suaminya yang mamai nampak masih mengantuk.

"Dah pukul 7 ..awal lagi ni.."balas Maya senyum.

Aiman hanya mengangguk, tidak pula dia memandang wajah Maya. Aiman bangun berjalan mengambil tuala dan masuk ke bilik air. Maya tercengang, pelik dengan sikap Aiman pagi ini. Wajah Aiman juga nampak sugul. Tidak ceria seperti selalu. Maya melipat selimut Aiman dan diletakkan bersama bantal Aiman tadi ke tempat asalnya di atas katil.

Maya mengambil sehelai kemeja Aiman,seluar dan tali leher dari almari lalu dibawa ke tempat seterika. Dia mahu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri. Baru hari ini dia melakukan tugas ini, selalunya Aiman sendiri je yang seterika pakaian kerjanya.

Aiman keluar dari bilik air, dia nampak terkejut melihat Maya yang sedang menyerika pakaian kerjanya. Pelik. Tiba tiba je hari ini isterinya jadi rajin. Aiman yang hanya bertuala dan baju tshirt tangan pendek menghampiri.

Maya senyum menoleh.

"Saya dah seterika baju kerja awak ni. Semua settle. Nah, awak pakai lah tau.."beritahu Maya gembira sambil menyuakan hanger pakaian kepada Aiman.

Aiman diam hanya mengambil hanger pakaiannya. Senyum pun tak, cakap terima kasih pun tak. Maya mengeluh. Dia berjalan dengan tualanya masuk ke dalam bilik air pula untuk mandi.

Aiman menyarungkan pakaian yang diseterika Maya tadi ke badannya. Entah kenapa pagi ini dia jadi berat mulut nak bercakap dengan Maya. Mungkin pasal kejadian semalam buat dia tawar hati. Mungkin.

Setelah Maya selesai mandi, dia terus menyarungkan jubah labuh dan selendang. Siap untuk bertolak ke tempat kerja. Aiman yang segak sudah siap, terus melangkah keluar dari bilik. Maya mencapai beg tangannya dan membuntuti langkah Aiman keluar dengan pantas.

"Awak..."

Aiman menoleh sebelum dia melangkah turun tangga ke bawah.

"Err...nak saya buat breakfast tak pagi ni? kalau awak nak ,saya nak masak kejap."

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang