BAB 15- PINANGAN

4.5K 121 3
                                    

Maya pulang ke rumah dalam pukul 9malam. Badannya sudah penat lesu dengan tugasan yang banyak di hospital tadi. Nora senyum melihat anaknya berjalan masuk lalu di ruang tamu sebelum naik tangga ke bilik. Nora ingin mengetahui jawapan Maya.

"Maya..baru balik sayang? Pegi rehat dulu ya."ujar Nora.

Maya menoleh dan mengangguk akan kepala.

"Ok ibu.."

"Macam mana Maya? Maya terima tak pinangan Aiman tu?"soal Nora tidak sabar. Berharap jawapan Maya dapat menggembirakannya.

Maya memandang ibu. Langkahnya terhenti di separuh tangga. Pertanyaan ibunya tadi membuat dia teringat akan ugutan Aiman yang menakutkan pagi tadi. Dia tahu ugutan Aiman itu hanya taktik untuk dia setuju berkahwin dengan lelaki itu sahaja namun apa yang keluar dari mulut Aiman mungkin boleh terjadi.

Perkataan 'saya jamin saya akan cederakan diri saya di depan awak!!' masih terngiang ngiang di telinga Maya. Dia buntu. Terima? Atau tak?

Maya mengeluh berat.

"Err..Ibu...Maya...Maya...Maya te..terima pinangan Ai..Aiman tu. Nanti Maya pakai cincin Aiman bagi tu. Hm..Maya nak naik bilik, penat lepas tu nak tidur. Naik dulu ya ibu."pinta Maya sopan lalu berjalan naik menuju ke biliknya.

Nora mengukir senyuman lebar. Syukur jawapan yang diharapkan akhirnya keluar dari mulut Maya. Maya bakal berkahwin dengan Aiman.

Nora melemparkan pandangan ke arah dapur melihat Diana yang berdiri dengan senyuman lega di bibir. Akhirnya keputusan yang Maya buat itu dapat memuaskan hati Diana yang percaya Maya sudah tiada perasaan sayang kepada Ammar. Nora membalas senyuman Diana.

*****

Keesokan harinya...

Aiman siap dengan kemeja dan kot hitam kemas bergaya tanpa tali leher namun masih tampak kacak. Dia melangkah ke arah meja makan. Tangan kanannya masih dibiarkan berbalut memandangkan lukanya masih baru.

"Morning mama!!"tegur Aiman memeluk sekejap Alina yang duduk di kerusi meja makan sedang menyapu jem pada roti.

Alina senyum kecil.

"Morning anak mama!!"

"Ma..macam mana? Dah dapat call ke? Apa kata auntie Nora?"tanya Aiman tidak sabar mahu mendengar jawapan daripada pihak sana.

Mama mengerutkan dahi. Pelik.

"Apa kamu cakap ni? Apa yang dapat call? Auntie Nora? Ish ..pagi pagi lagi dah merepek. Duduk makan dulu ni."

Aiman duduk di kerusi sebelah Alina.

"Alaa mama ni. Buat buat lupa pulak. Nie..maksud Aiman..err..malu nak cakap tapi nak cakap jugak. Hm..family Maya ada call tak bagitau keputusan pasal pinangan tu? Aiman tak dengar apa apa lagi ni."

Alina seakan baru sahaja teringat tentang itu.

"Ohh..belum lagi. Entahlah Aiman. Maya tu macam tak setuju je. Tengoklah sekarang ni, call ke wassap dari auntie Alina pun mama tak dapat."balas Alina sedikit kecewa. Impiannya untuk bermenantukan Maya nampaknya seperti tidak berjaya.

Aiman diam seketika cuba memikirkan cara lain untuk memujuk Maya menerima pinangannya itu.

"Hm..ma..Aiman nak pegi jumpa Maya kejap."

Aiman terus bangun pergi meninggalkan ruang dapur. Namun kebetulan dia bertembung dengan Saiful yang mahu ke meja makan. Semasa berselisih dengan Aiman, Saiful seperti perasan akan sesuatu yang berbalut pada Aiman.

Saiful berhenti.

"Aiman!! Kejap!!"panggil Saiful sudah menoleh memandang Aiman.

Aiman berpatah balik menghampiri papanya.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang