BAB 37 - SWEET ANGAT

5.9K 90 1
                                    

Keesokan harinya..

Maya dan Aiman sudah mengambil cuti 2 hari berikutan kejadian yang menimpa abah. Takkan abah sakit mereka pula sibuk mahu bekerja.

Maya bangun daripada tidur. Dia duduk di atas katil sambil menolak rambutnya yang menutup matanya untuk melihat. Dia menoleh. Terkejut dia melihat Aiman yang tidur tanpa memakai baju dan hanya berseluar track sahaja. Panas sangat semalam?

"Aduhh..dia tidur tak pakai baju pulak dah. Risau lah pulak.."ujar Maya mengamati wajah Aiman yang sedang nyenyak tidur.

"Hm..nak kejutkan ke tak? Kejut...or tak...kejut...atau tak...adeh..."fikir Maya buntu sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

Akhirnya Maya membiarkan sahaja Aiman meneruskan tidurnya, dia turun dari katil dan masuk ke bilik air untuk mandi.

Aina duduk sendirian di sofa ruang tamu sedang menonton rancangan kartun di tv sambil memeluk teddy bear yang dibeli abah untuknya. Memandangkan hari ini hari cuti persekolahan, maka Aina lebih gemar menonton kartun di rumah. Abah busy kerja. Tiada sesiapa yang mahu membawanya keluar berjalan.

Maya yang selesai mandi dan selesai memakai baju terus turun ke bawah menuju ke ruang tamu. Dari jauh dia sudah melihat Aina yang sendirian di ruang tamu. Maya senyum dan menghampiri adiknya itu.

"Ainaa...Aiii...sorang je ke tengok kartun? Tak ajak akak Maya pun. Hm..ibu pegi mana?"tegur Maya terus duduk di sebelah Aina.

Aina senyum memandang kakaknya itu.

"Ibu keluar pegi pasar..yela..Aina tak nak kacau akak tidur.."

Maya senyum.

"Err...akak Diana dengan abang Ammar?"

"Hm..akak Diana ikut abang Ammar pegi keje. Tadi Aina dengar akak Diana dengan Abang Ammar gaduh. Aina takut.."cerita Aina memasamkan muka.

Maya simpati melihat Aina yang ketakutan melihat suami isteri itu bergaduh. Yela budak kecil lagi. Maya memeluk sekejap bahu Aina untuk mengurangkan takut Aina. Aina bersandar di pangkuannya.

"Lain kali kalau Aina dengar macam tu lagi, Aina tutup telinga tau. Tak pun Aina terus masuk bilik tutup pintu. Tau.."pesan Maya dan mengusap manja atas rambut Aina. Aina mengangguk.

Aiman yang separuh sedar dan masih mamai, berjalan turun tangga dengan bajunya diletakkan di atas bahu kirinya. Dia masih tidak berbaju. Dia terlupa sekejap dia di mana.

"Sayang...!! Sayang...dah masak belum sarapan pagi? Abang lapar.."panggil Aiman sambil mengusap perutnya yang kelaparan.

Maya dan Aina menoleh. Maya terkejut beruk melihat Aiman yang tidak berbaju cuma berseluar. Seksi betul lah suami aku ni. Aina terus ketawa. Lucu melihat abang iparnya yang tidak berbaju itu. Mujur pakai seluar.

"Awakk....!!!!"jerit Maya kuat terus berlari menghampiri Aiman.

Aiman memandang wajah Maya terkejut dengan jeritan isterinya itu. Dia berdiri di belakang sofa yang Aina dan Maya duduk tadi.

'"Kenapa sayang ni? Jerit kuat betul. Ada apa sayang? Cicakk? Ke katakk?"tanya Aiman pelik, dah kenapa Maya menjerit? Aiman menggosok perlahan matanya dengan kedua tangannya untuk hilangkan mengantuk.

Aina yang sudah berdiri di atas sofa masih ketawa memandang Aiman yang masih tidak tahu dia buat show free tayang badan dekat Aina. Maya menggelengkan kepala.

"Aina...!!! Tutup mata Aina..!! Aina mana boleh tengok..Aurat..!!"ujar Maya kepada Aina.

Maya segera mengambil baju di atas bahu Aiman. Aiman kini tersedar yang dia bukan berada di rumah tapi di rumah mertuanya. Mujur ibu tiada sekali di sini kalau tak malu Aiman ni nanti.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang