BAB 40 - ANGKARA

4K 60 0
                                    

"Abang Azrul..!! Apa yang abang cakap ni? Ceraikan Maya? Kejap..saya pun tak tau apa salah saya. Kenapa pulak saya kena ceraikan Maya?"jerit Aiman naik angin.

"Betul tu. Abang sedar tak apa yang abang tengah cakap sekarang ni? Cerai ? Bercerai ni bukan benda boleh buat main lah..!!!"sambung Maya menyokong suaminya yang membangkang keputusan Azrul dan ibu.

"Maya..!! Maya tak payah masuk campur hal ni. Maya masih lagi nak anggap lelaki playboy ni suami Maya? Maya tak sedar ke apa yang Aiman dah buat dekat belakang Maya? Rela ke Maya nak bermadu?"

Ibu merenung tajam ke arah Maya. Maya masih tidak faham.

"Curang? Maksud ibu? Maya tak percaya yang Aiman akan curang dengan Maya selagi tak de bukti.."

Ibu mengukir senyuman sinis.

"Nak bukti? Bukti ya sayang. Nah..!! Tengoklah sendiri apa dalam sampul surat tu. Bukak.."

Ibu menyuakan sampul surat coklat tadi kepada Maya agar anaknya dapat melihat dengan mata kepala sendiri. Aiman berdiri dekat dengan Maya untuk melihat sama.

Maya menarik satu demi satu keping gambar dalam sampul surat itu. Terbuntang mata Maya melihat orang dalam gambar tersebut. Semuanya gambar Aiman dan Mimi. Gambar Aiman dan Mimi yang berpelukan, cium pipi, pegang tangan, suap-suap makan lah. Aiman turut sama terkejut. Dia melihat sekejap wajah Maya yang jelas kecewa. Sah isterinya sudah termakan dengan fitnah gambar-gambar itu.

"Sayang..dengar cakap abang dulu. Abang boleh jelaskan..abang tak buat semua yang dalam gambar tu.."ujar Aiman mencapai tangan Maya yang kesejukkan.

Ibu menyilang tangan di dada. Sakit hatinya apabila mendengar Aiman yang masih tidak mahu mengaku akan kesalahannya itu. Ibu mana yang nak tengok anak dia sedih. Begitu jugalah dengan ibu si Maya ni, dia tidak mahu Maya bersedih lagi. Terutamanya jika melibatkan kes curang, kes yang paling sensitif bagi semua orang. Betul tak?

"Kan ibu dah cakap..ibu pun tak sangka Aiman sanggup buat Maya dengan keluarga ni macam tu sekali. Abah tengah sakit dekat hospital lagi kan. Sempat pula nak bermesra dengan perempuan lain. Ibu ingat Aiman boleh jaga Maya baik-baik dan bimbing dia. Tapi...suami apa kamu ni, Aiman...!!!"ujar ibu betul-betul marah dan berang.

Azrul hanya terdiam. Dia tidak tahu mahu berkata apa lagi. Nak marah, benda sudah pun terjadi. Terlajak perahu boleh undur, tapi terlajak buat pepandai lah. Azrul juga kecewa dengan sikap Aiman yang sanggup berlaku curang di belakang adiknya.

Aiman yang memandang ibu beralih pula ke arah Maya. Wajah Maya pucat. Perlahan-lahan air mata Maya turun ke pipi. Remuk hatinya kini. Fikiran Aiman kusut. Maya tidak mendongak memandang Aiman langsung.

"Sudahlah Aiman..ceraikan je Maya. Habis cerita. Jangan seksa adik aku macam ni sekali. Hancur hati Maya, Aiman..kau sanggup ke tengok dia terseksa. Kalau kau nak kahwin dengan perempuan simpanan kau tu pun, kami tak kisah dah. Just..lepaskan adik aku.."pinta Azrul dengan lembut. Malas dia mahu marah. Buat kedutkan muka je.

Aiman menggelengkan kepalanya laju. Dia masih tidak akan menceraikan Maya.

"Tak..Aiman tak akan sesekali ceraikan Maya. Masalahnya..benda tu Aiman tak buat. Kenapa nak hukum kami sampai macam ni sekali?"

"Sudahlah Aiman..!! Ibu dah malas dengar alasan kamu tu dah. Keluar dari rumah ni sekarang..!! Ibu tak nak tengok langsung muka kamu kat sini.!! Keluar..!! Ibu tak nak tau apa-apa, yang penting kamu kena ceraikan Maya jugakk.."

Ibu nampak serius dengan apa yang dikatakannya tadi. Aiman cemas. Bagaimana lagi dia mahu membela diri? Bukti palsu ada dalam sampul surat dan berjaya mempengaruhi Maya dan keluarganya sehingga dia dihalau. Aiman buntu.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang