BAB 5- BENGANG

5K 111 6
                                    

Maya berjalan masuk ke dalam bangunan hospital dengan wajah muram. Fikirannya agak serabut memikirkan Ammar dan Diana. Ya dia masih belum dapat melupakan Ammar dan masih menyayangi lelaki itu. Dari jauh Husna dapat melihat riak wajah Maya yang muram dan dia sudah dapat menangkap apa yang berada dalam fikiran kawannya.

Husna yang sudah menyarungkan baju kot putih dengan stateskop di leher mengatur langkah ke arah Maya.

"Haii Maya. Kau okay tak ni? Aku tengok kau termenung jauh je tadi jalan. Kau fikir apa?"tegur Husna memegang bahu Maya. Tersentak sekejap Maya.

"Eh kau ni Husna! Haii. Err.. kau dah siap? Awal nya kau datang hari ni.."

"Aiii...tukar topik pulak kau ya. Nampak kan aku dah siap. Aku tanya kau tadi kau termenung jauh fikir apa tadi?"

"Mana ada apa. Ok lah aku nak pegi pakai kot baju aku kejap pastu nak letak kad."

"Yela yela..kau pergilah dulu. Nanti kita jumpa time rehat ok. Bye."

"Ok. Bye Husna."balas Maya senyum berjalan pergi .

Husna juga berlalu pergi ke arah bertentangan mungkin mahu memeriksa pesakit. Maya mengeluh berat. Sengaja dia tidak menjawab pertanyaan Husna tadi kerana dia tahu Husna sudah dapat tahu bahawa dia terfikir akan Ammar. Bukan mudah untuk melupakan seseorang yang sudah bersama kita bertahun tahun lamanya. Tiba tiba kini dia hilang. Ada rasa macam kehilangan sangat. Rindu kenangan dengan dia dulu.

Maya menyarungkan baju kot putih di badan seperti doktor doktor yang lain di sini. Telefon bimbit Iphone miliknya dikeluarkan dari poket dan memandangnya sekejap.

"Hm.. dah tak berdering fon aku nie. Dah tak de chat masuk dah. Hm.."ujar Maya sendirian dan mengeluh.

Telefonnya diletakkan di dalam beg tangannya dan dimasukkan di dalam lokar. Setiap doktor disediakan lokar sendiri untuk menyimpan barang barang. Maya berjalan keluar dari bilik lokar.

Maya memberikan kad kedatangannya kepada jururawat di kaunter. Tidak lama kemudian, Anna yang bekerja sebagai jururawat di sini terburu buru ke arah Maya dengan cemas.

"Doktor Maya, ada pesakit excident baru masuk tadi!! Boleh doktor ikut saya pergi emergency cepat? Pesakit tu dah parah."ujar Anna risau.

Maya terkejut.

"Hah!! Boleh boleh. Jom."balas Maya agak risau dengan pesakit yang dikatakan parah ini. Excident macam mana lah ni. Hm.

Maya dan Anna berjalan laju ke bangunan emergency yang menempatkan orang orang yang mengalami kecederaan dan memerlukan rawatan. Maya sempat mencapai sebuah fail untuk mendaftarkan pesakit yang masuk.

****

Aiman yang segak berpakaian pejabat bertungkus lumus memulas stereng kereta masuk ke parking sebuah syarikat besar. Selesai parking, dia terus berlari masuk ke dalam lif. Bengang dia apabila mengetahui abangnya awal awal lagi sudah bertolak ke ofis tanpanya. Dari semalam dia sudah mengingatkan abangnya agar mengejutkan dia bangun.

"Arghhh!! Panas betul lah aku dengan Akim ni tau. Ishh!! Kau tunggu kejap. Siap kau nanti. Ishh!!"bebel Aiman sendirian dalam lif. Mujur tiada sesiapa bersamanya kalau tak entah apa orang cakap. Muka hensem tapi tak betul. Gaya marah persis macam tengah marah seseorang kat sebelah.

Keluar dari lif, Aiman terus berlari masuk menuju ke arah ENCIK SAIFUL yang sedang menegur hasil kerja salah seorang pekerja di ruang tempat duduk pekerja pekerjanya. Encik Saiful memang terkenal dengan sifat peramah dan suka membantu pekerjanya.

"Papa!! Err sorry sangat sebab lambat datang hari ni. Err terbangun lambat. Hehehe."

Aiman tersengih sambil tangannya bermain dengan rambut di belakang kepalanya. Tak pasal pasal Aiman diperhatikan oleh beberapa pekerja perempuan di situ yang tertarik dengan kehenseman Aiman. Sudah ramai gadis gadis di sini cuba memikat hati Aiman dengan kecantikan, keseksian, keayuan dan lain lain namun gagal. Aiman seperti tidak berminat. Gay ke mamat ni?

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang