BAB 26-SAKIT

5.6K 83 0
                                    

Azan subuh sayup sayup kedengaran di kawasan rumah opah yang berdekatan dengan sebuah surau kecil. Opah dan Mak teh mengejutkan semua orang yang berada dalam rumah untuk ajak menunaikan solat subuh berjemaah. Aiman bangun sambil tangannya menenyeh perlahan kedua belah mata setelah dikejut oleh paksu tadi. Terganggu jugak tidurnya namun sudah kewajipan umat islam untuk menunaikan solat.

Aiman senyum melihat Maya yang masih tidur di sebelahnya. Nampak lena sahaja isterinya itu. Mungkin penat.

"Sayang...sayang bangun cepat..kita solat subuh berjemaah ni, ramai ramai. Jom.."kejut Aiman, dia menepuk perlahan lengan Maya supaya sedar.

Jelas kelihatan seribu kerutan di dahi Maya tanda tidurnya terganggu. Lengannya ditarik menjauhi Aiman, matanya masih terpejam rapat lalu badannya dikalih pula membelakangkan Aiman. Tidak mahu diganggu.

"Sayang..bangunlah sayang oii..."panggil Aiman manja.

"Hmm...saya cutilah. Awak pergilah solat subuh dengan diorang. Jangan kacau saya..hm.."bebel Maya mamai.

Aiman menggeleng kepala dengan senyuman. Dia terfikir akan rancangan jahat.

"Sayang cutii? Sejak bila sayang cuti ni? Semalam ok je sayang solat. Ke tipu je ni cuti? Tak sakit perut pun. Senggugut ke apa tah nama sakit perut tu?"

Tangan Aiman perlahan lahan bergerak naik ke pinggang Maya mahu ke perut. Maya terkejut. Matanya terus terbuka luas. Dah macam ular naik atas badan, tapi ni bukan ular tapi tangan manusia yang gatal mengerla. Maya terus menolak kasar tangan Aiman dari pinggangnya dan mengesot menjauhi kedudukan Aiman kini. Makin lama duduk dekat, makin gatal pula suaminya itu.

"Jangan nak gatal sangat kat sini!! Budak budak ramai. Suka hati sayalah, yang sakit perut ke apa nanti saya bukan kacau perut awak pun. Dah..pergilah cepat tu solat subuh."marah Maya tidak pusing ke belakang melihat wajah Aiman.

Aiman ketawa kuat. Suka pula dia menyakat isterinya dengan cara sebegitu. Kan Maya dah tidur jauh nun di sana. Maya pejam mata semula mahu sambung tidur.

"Abang pegi solat subuh dulu tau. Satgi kita sambung tidur sama.."

"Tidurlah sorang sorang. Siapa nak tidur dengan dia? Huh!!"

Aiman senyum lantas bangun berjalan ke tandas untuk mandi dan mengambil wuduk. Ini baru kali pertama bagi Aiman menunaikan solat berjemaah beramai ramai di sini. Mereka bersiap sedia mahu menunaikan solat subuh, ada yang baru mahu memakai telekung, cari kain pelikat dan ada juga yang baru bangun mahu ke tandas ambil wuduk.

Aiman berdiri di sebelah Pak Ndak yang bakal mengimamkan solat subuh pagi ini. Pak Ndak perasan anak saudaranya yang seorang tiada di saf wanita dia belakang.

"Aiman..bini kamu mana? Dia tak bangun lagi ke nak solat sama ni?"tanya Pak Ndak memandang suami kepada Maya.

"Maya. Dia cuti Pak Ndak. Tengah tidur lagi kat depan tu."balas Aiman sedikit segan.

Pak Ndak mengangguk kepala tanda faham. Mereka mula solat subuh berjemaah.

Setelah 30 minit, mereka baru selesai menunaikan solat subuh berjemaah. Ada yang sambung tidur balik dan ada jugak yang menonton TV pagi pagi buta ni. Entah rancangan tv apa yang menarik pagi ini.

Aiman berjalan keluar bersama opah.

"Aiman..nanty kita sarapan sama sama, kejut Maya tu bangun makan sekali. Lepas tu, nanti suruh budak budak ni semua pegi tangkap ayam kat reban tepi rumah ni tau. Aiman tolong tengok tengok kan diorang."ujar opah mahu cuba membuat ayam panggang untuk makanan tengah hari.

"Hah!! Tangkap ayam? Pandai ke budak budak ni tangkap ayam, opah?"

"Ehh..cucu opah mestilah pandai tangkap ayam. Kamu suruh je, pandai lah diorang jalankan misi tu."balas opah berlalu ke dapur.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang