Part 2 : Hidup Baru

1.4K 97 4
                                    

"Ini bilik kau. Bilik aku, aras atas. Naik tangga, nombor dua belah kanan. Kalau tak ada benda penting tak payah jejak kaki kau kat tingkat atas."

Jimin bersuara tegas, lantas langkah diatur laju menuju ke aras kedua rumah gah tersebut. Meninggalkan Airin yang masih terpinga-pinga mendengar penjelasan tadi.

Perlahan-lahan pintu bilik yang ditunjuk oleh Jimin dikuak. Beg sederhana besar miliknya diletakkan di tepi almari kecil yang tersedia, punggung dilabuhkan pada birai katil sambil mata ralit memerhati setiap sudut bilik yang diduduki.

"Tak sangka pulak hidup aku boleh jadi macam novel cliche yamg selalu aku baca?" Airin bersuara perlahan sebelum tersengih sendirian. Dia bingkas berdiri, beg baju dicapai, dibuka lalu disusun pakaiannya ke dalam almari.

⚊▶⚊

Badan yang lelah dilemparkan ke atas katil. Buntu, buntu dengan statusnya sekarang sebagai seorang suami. Mata dipejamkan dan seperti selalu, setiap kali menutup mata pasti wajah gadis tercinta bermain di layar mata.

Jantung Jimin berdegup kencang. Ah! Memang kuat betul penangan cinta Byun Aera.

Hampir sahaja hendak berlayar ke alam mimpi, telefonnya menjerit minta diangkat. Lantas mata Jimin yang ingin terkatup terbuka layu.

Tangan kanannya menyeluk kocek seluar mengeluarkan  telefon bimbit yang berdering.

"Hello." Jimin menjawab malas.

"Kau ingat aku tunggul ke tunggu kau kat sini?" Telefon dijauhkan dari telinga untuk melihat nama pemanggil, Taehyung!

Dia yang beria-ria janji, dia yang lambat.

"Taehyung! Kau dah sampai ke? Kenapa tak bagitahu awal-awal?!" Dia menyoal dungu.

"Hello, aku tahu kau pengantin baru. Tapi kok ye pun, malam nantilah. Kau jugak cakap yang kau tunggu aku dekat sini! Sekarang mana kau?" Kim Taehyung menjerit kecil.

"15 minute please, aku on the way." Jimin bingkas bangun dari pembaringan, laju dia mencapai kunci kereta yang terletak di atas meja kecil di kepala katil.

Pintu bilik dibuka lalu ditutup semula sebelum kakinya ligat menuruni anak tangga namun telefon bimbit masih melekap di telinga.

"Asal tak cakap setengah jam aje? Cepat la tak ada masa nak tunggu kau lama-lama. Dah lah ramai perempuan seksi, maksiat je aku duduk sini." leter Taehyung.

Jimin ketawa kecil sebagai respon, ada masa lagi dia nak buat lawak hambar.

"Ya, kejap aku sampai." Panggilan dimatikan, Jimin segera menerobos masuk ke dalam perut kereta miliknya lalu memandu pergi.

⚊▶⚊

Terjegul kepala Kim Airin dari tingkap dapur ke luar rumah. Kereta Park Jimin kelihatan meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah mereka.

Bertuah punya suami, kalau ya pun nak bunuh diri, nanti-nantilah. Aku baru kahwin dengan dia tadi kut? 

Airin gigit bibir sekilas. Sabar ajelah dapat suami macam tu. Dia atur langkah ke ruang tamu, memerhati keadaan sekeliling.

Kemas. Dia melangkah pula ke aras atas, pintu bilik nombor dua belah kanan yang disebut Jimin seketika tadi lalu dikuak dengan berhatu-hati.

Macamlam pintu itu boleh runtuh.

"Fuhh! Pengemas betul suami aku. Untung, untung." Dia menggumam sendiri. Sibuk matanya menyinggah ke segenap bilik, dia menangkap kehadiran bingkai gambar yang terletak elok di atas meja kecil pada kepala katil.

[C] PJM ⚊ Only You Where stories live. Discover now