"Kau pergi mana tadi?" Jimin memandangku dengan renungan yang tajam, sumpah seram. Ingatkan balik boleh berehat kejap, tiba-tiba ada sesi soal jawab pula. Dia duduk di atas sofa dan aku berdiri dihadapannya.
"Pergi beli barang dapur." Sengaja aku ajak Taehyung ke pasaraya selepas bertembung dengan Jimin tadi. Sekurang-kurangnya adalah juga alasan nak bagi bila ditanya.
"Tak ada suami nak ajak dia pergi beli?" Aku mengeluh kecil. Apa yang aku perasan, semenjak aku restukan hubungan Jimin dengan Aera. Perangai dia kembali kepada perangai yang dia amalkan pada awal perkahwinan kami.
"Awak tak balik rumah, dah dua hari saya tak nampak muka awak. Barang dapur dah habis. Siapa lagi saya nak ajak?" Aku bidas balik. Beg plastik di tangan aku genggam erat.
"Dah tak reti nak berdikari? Pergilah seorang. Nanti kalau aku lepaskan kau, tahulah jugak kau ke sana ke mari sendiri. "
Sakit hati dengar kata-kata Jimin, sentap! Tadi suruh ajak dia, ini kata lain pula. Dia yang tak betul ke aku yang gila ni?
Malas bertengkar aku menyusun langkah ke bilikku.
"Airin!" Laung Jimin,
"Apa lagi?" Aku menjawab malas, berpaling padanya dengan riak wajah malas nak layan, kau boleh diam tak?
Jimin bangun dari duduknya dan melangkah ke arahku. Serius aje riak wajah. Cuba senyum, kan manis aje dipandang?
"Aku belum habis cakap kan? Kau nak pergi mana?" Beg plastik yang aku genggam sedari tadi dia rentap dan dilepaskan ke atas lantai. Nasib baik kandungan beg plastik tersebut tiada bahan yang mudah pecah.
Dia ni dah kenapa?
"Kalau cakap setakat nak sakitkan hati saya. Baik tak payah bersuara, Jimin."
"Kau memang nak kena, Airin. "
Rahang Jimin bergerak-gerak. Dia nampak bengang dengan jawapan aku, aku mengutip semula beg plastik yang terdampar di atas lantai.
"Ikut suka hati awaklah, Jimin."
Sekali lagi, aku mengatur langkah ingin pergi. Tetapi lengan kiri aku digenggam kuat dan spontan aku menjerit kesakitan.
"Sakit!" Segera aku memukul-mukul tangan Jimin agar melepaskan genggaman. Tak adalah kuat mana genggaman Jimin. Ini mesti kes kena side mirror kereta Jimin tadi!
"Kau kenapa, Airin? " Muka Jimin cemas, dan aku hampir pecah dengan tawa.
Dia comel!
Lengan baju t aku ditarik ke atas, tersembul setompok lebam berwarna biru. Author punya drama, baru berapa minit kena dah warna biru lebam aku!
"Taehyung dera kau?!" Tersembul soalan itu dari mulut Park Jimin. Amboi! Cepat benar buat kesimpulan, siapa yang dera siapa?
"Hello, awak yang langgar saya dekat luar tadi." Aku berseloroh seraya mengomel kecil.
"Hei senget, kalau aku langgar kau dah lama kau meninggal." Tangan Jimin masih erat memegang lenganku. Bila agaknya nak lepas?
"I mean, minor accident. Saya terkena side mirror awak tadi."
"Kenapa tak bagitahu ?"
"Ini kan saya bagitahu."
"Baru sekarang?"
"Baru tadi kena."
Jimin mengetap bibir, aku tersengih. Kang mood dia lari lagi susah.
"Ada aje benda yang nak menjawab. "
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] PJM ⚊ Only You
Fiksi Penggemar🌙 - I guess I was getting kinda used to being someone you loved? I wrote this when I was like thirteen? So please bear with it :)
![[C] PJM ⚊ Only You](https://img.wattpad.com/cover/75241724-64-k704611.jpg)