Part 28 : Cari.

767 109 32
                                        

Reminder: press the star button. Ini bukan paksa. Mohon buat dengan rela hati. 😂😂💕

----------

Jimin pulang ke chalet dengan membawa beberapa keperluan dia bersama Airin, dia tahu pasti Airin penat kalau nak diajak keluar. Dia juga penat. Tapi biarlah, semuanya dah cukup. Boleh rehat secukupnya. Lepas berbual dengan Taehyung tadi. Jimin singgah di pusat membeli-belah terdekat.

"Airin.." pintu chalet dibuka, Airin tidak menjawab, Jimin melangkah masuk lalu mengukir senyuman. Barangan tadi diletakkan disisi katil. Airin tertidur, perlahan-lahan Jimin baring disebelah Airin, mengiring menghadap gadis itu. Tangannya dilabuhkan pada pipi gadis itu. Diusap-usap.

Baru hendak bahagia tanpa gangguan. Ada juga lebah lain mahu menyedut madu dari bunga yang sama. Ceh. Apa yang patut dia lakukan? Jimin buntu.

Sepatutnya kata-kata Airin tadi tidak perlu dia ambil serius. Sedikit sebanyak dia tahu Airin tidak memaksudkan kata-katanya seperti apa yang Jimin fikirkan. Tapi Jimin over react. Kalau tadi tidak dipanggilnya Taehyung kemari, mesti bahagia aje hidup dia orang berdua sepanjang bulan madu.

Terlajak perbuatan. Nak buat apa lagi dah. "Jimin." Airin menyeru perlahan, kaget kecil Jimin dibuatnya. Mengelamun lagi. Sampai tak sedar yang Airin dah berjaga. "Hmm?" Jimin menggumam. Tangannya masih melekap di pipi Airin.

"Dah pukul berapa?"

"Tak tahu." Airin mengerutkan dahi.

"Pukul berapa pun tak tahu?"

"Tak. Tak nak tahu."

"Apa pelik sangat awak ni?" Tangan Jimin yang sedari tadi melekap dipipinya dicapai, dibawa turun dan digenggam. Jimin mengeluh, mata tidak berganjak dari merenung wajah Airin. "Airin."

"Ya?"

"Kalau nanti jodoh kita tak panjang macam mana?"

"Jimin,"

"Saya cuma tanya."

"Tanya soalan yang sepatutnya tidak ditanya. Baik awak diam aje dari mengarut yang bukan-bukan." Airin bersuara tegas. Malas betul dengar Jimin cakap pasal benda tak berfaedah.

"Manalah tahu.."

"Sudah Jimin." Jimin menghela nafas berat. "Okey."

"Kenapa awak tanya macam tu?"

"Awak bahagia dengan saya?"

"Kita baru nak belajar kenal hati dan perangai masing-masing."

"Tak. Maksud saya sebelum ini, sebelum kita berbaik. Waktu saya dengan Aera. Waktu kami bersama. Waktu saya sekadar hanya berniat untuk berbaik dengan awak tapi bukan dengan cara suami dan isteri. Waktu sebelum pembedahan saya. Awak bahagia dengan saya Airin?"

"Kenapa topik ini pula jadi sebutan?"

"Awak hanya rasa bahagia bila bersama Taehyung kan? Sampai terdetik awak berkahwin dengan dia dulu?" Soalan berbalas soalan. Bila nak ada jawapannya?

"Cukup Jimin."

"Jawab Airin."

"Saya kata cukup Jimin. Saya tak suka bangkitkan kembali benda yang lepas. Sekarang hanya cerita kita. Hanya kita. Kenapa awak tanya saya ni semua?"

"Sebab saya tahu awak masih ada perasaan pada Taehyung!" Jimin bangun dari pembaringannya diikuti Airin. Park Jimin meraup mukanya kasar. Airin keliru, kenapa dengan Jimin?

"Awak cakap apa Jimin?" Airin kembali menggapai tangan Jimin yang terlepas dari pegangannya tadi. "Jangan tipu saya, Airin."
Mereka berbalas tenungan.

[C] PJM ⚊ Only You Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang