Part 17 : Insiden

847 68 28
                                    

Airin's POV

Aku mengeluh lega setelah kaki aku jejakkan ke aras atas.

Rasa macam baru terlepas dari kerumunan semut! Dekat bawah dah tak macam rumah dah, dah macam disco!

Bingit, sempit, tak berapa nak nampak, gelap. Tidak sanggup  nak berlama di bawah, aku naik kejap ke tingkat atas.

Tapi terpaksa turun balik kejap lagi, Jimin memaksaku naik ke  biliknya untuk mengenakan salah satu gaun Aera yang dia bawa. Sebabnya, aku tak ada baju-baju mewah. Dan dia paksa aku turun bawah balik.

Aku mula menyarungkan gaun berwarna hitam ke tubuh. Gaunnya labuh, cuma bahagian belakang sedikit terbuka, aku ambil keputusan untuk  membiarkan rambutku mengurai.

Aku oleskan sedikit lipstick merah jambu lembut pada bibir sebelum melangkah turun ke tingkat bawah.

Sesampai sahaja di bawah. Bunyi gelas berisi minuman berakohol berlaga, bunyi ketawa perempuan-perempuan yang entah datangnya dari mana. Ingatkan kawan Jimin tak adalah ramai mana, penuh juga rumah besar gedabak dia ni.

"Airin sini." Jimin merangkul pergelangan tanganku dan mengheretku ke tempat yang sedikit lapang dari lautan manusia tadi. Dihadapan aku kini ada Aera, gadis dan jejaka asing.

"Jay, Chae. Ini isteri aku, Kim Airin." Jimin memperkenalkanku secara kasual. Ada terselit rasa bangga sebab dia perkenalkan aku sebagai isteri dia, tapi bila tengok dia rangkul pinggang Aera selepas itu buatkan aku rasa macam nak ketuk-ketuk kepala dia.

Bertuah punya suami! Bukan nak peluk isteri sendiri. Aku berbalas senyuman dengan gadis bernama Chae tadi.

"Hi." Dia hulurkan tangan tanda persalaman. Aku menyambut seraya tersenyum kecil.

Jejaka yang bernama Jay tadi pula menghulurkan tangannya. Ingatkan nak berjabat tangan, tekaan aku salah. Dia menyelinapkan sebelah tangan yang dihulurkan tadi merangkul pinggang aku. Dahi aku dikucup sekilas.

Aku terpana buat seketika. Aku menoleh memandang Jimin, dia mengetap rahanh. Aku simpam senyum di dalam hati. Cemburu?

"What a gorgeous wife you have here, Jimim." Jay memuji, sebelah tangannya masih melekap pada sisi pinggangku.

"Yeah, thanks. But she's still mine, Jay so back off." Pinta Jimin, lelaki disebelahku ini ketawa besar.

"Ada dua, yang ini bagi ajelah dekat aku." Aku mendengus geram. Aku menapak ke kanan beberapa langkah, melaraikan rangkulan lelaki itu pada pinggang itu.

"Your joke is not funny, Jay." celah Chaelin, bahu Jay ditumbuk manja.

"Jom, pergi minum." Aera bersuara, mereka sudah mengatur langkah ingin melangkah pergi.

"Jimin?" seruku, lelaki itu menoleh memandangku, tangannya masih setia terpaut pada pinggang Aera.

"Taehyung tak datang?" Soalku, bukan nak bagi dia cemburu. Tapi kalau Taehyung ada, ada juga teman yang aku rasa selesa untuk berbual.

"Datang, masa kau tukar baju tadi. Ada dekat dapur kut." Balas Jimin selamba.

"You ada apa-apa dengan Taehyung ke?" Tanya Jay.

Aku sekadar tersenyum kecil, tidak menjawab. Aku kemudiannya menunduk sedikit sebagai tanda meminta diri. Ingin menjenguk Taehyung di dapur.

End Airin's Pov

Jimin mengerutkan dahi.

Kenapa dia tak jawab? Dia memang ada hubungan dengan Taehyung ke? Ah, lantaklah. Sejak bila aku kisah?

[C] PJM ⚊ Only You Where stories live. Discover now