Part 22 : Kemalangan

791 90 21
                                        

PRESS THE STAR BUTTON FIRST. THEN GO ON AND READ, hehe ♡

⚊▶⚊

"Kenapa, Aera? Aku tak ada masa nak berlama dekat sini. Aku nak balik, nak rehat." ujar Jimin malas. Tubuh diandarkan pada kereta kepunyaanya yang terpakir elok dihadapan rumah kekasihnya.

"Kalau iya pun masuklah dulu." Pelawa gadis itu, Jimin merenuf muka gadis itu, matanya kelihatan sembab.

"Mama, papa?"

"Outstation, abang pun keluar dengan girlfriend dia."

"Tak apa kut, awak cakap sekejap aje kan? Lagipun tak panas, mendung aje cuaca." Jimin silangkan tangan ke dada. Wajah Aera terus ditatapnya. Rindu.. Sedikit.

"Awak sihat?" Tuhan sahaj yang tahu betapa berdebarnya dia sekarang.

"Sihat, awak?" Byun Aera memundukkan kepala sebelum menggeleng perlahan.

"Sakit apa?"

"Tak sakit."

"Awak kenapa ni, sayang?" Mahu juga dia panggil Aera dengan panggilan yang satu itu.

"Jimin, saya minta maaf." Air jernih mula bertakung ditubir mata, Jimin yang memerhati mengerutkan dahi.

"Kenapa ni, hmm?" Lengan gadis itu disentuh lembut.

"Kalau lepas ini, awak nak batalkan semuanya. Saya tak kisah Jimin. Hal keluarga saya, nanti saya uruskan sendiri."
Air mata yang cuba ditahan gugur jua, namun senyuman masih setia terukir di bibir.

Segera Jimin hapuskan air jernih yang mengalir di pipi gadis itu. Lemah urat saraf tengok gadis ini menangis.

"Hei, sayang. Kenapa ni, hmm?" Lembut sahaja dia menyoal.

"Jangan panggil saya dengan panggilan tu, jangan sentuh saya. Saya tak layak, saya kotor saya jijik Jimin!" Aera menepis sentuhan Jimin pada lengannya.

"Sayang, sabar! Awak kenapa ni hmm? Awak bersama dengan saya, saya tak rasa jijik pun dengan awak!" Park Jimin dibelenggu rasa bersalah serta-merta.

Fikirnya mungkin Byun Aera berkelakuan begini kerana cara dia melayan kerenah gadis itu buat kebelakangan ini. Namun anggapannya salah.

"Tak, Jimin. Saya panggil awak ke sini sebab saya nak terangkan apa yang terjadi semalam! Saya tak kuat nak drive pergi rumah awak. Malah pergi mana-mana sekalipun."

"Awak kenapa Byun Aera!?" Suara Jimin naik satu oktaf, pusing kepalanya dengan kelakuan gadis itu.

"Jimin, semalam.." Tersedu-sedan dia dek kerana tangisan yang tidak dapat dikawal.

"Semalam apa?" Jimin ketap bibir, seperti dapat menangkap apa yang bakal tersembul dari mulut Aera sebentar lagi.

Dengar berita yang gadis itu ke kelab semalam pun dah berjaya menggoyahkan kepercayaannya.

"S-semalam saya pergi kelab Jay, ada seorang kawan Jay ini baik sangat dengan saya. Dia bagi saya m-minum, lepas itu saya tak sedar apa yang berlaku. Hari ini saya b-bangun aje..."

"Bangun aje kononya kau baru sedar yang kau tidur dengan jantan lain?" Jimin mencerlung tajam pada gadis itu.

"Jijik Aera! Murah sangat kau jual badan!" Suara Jimin semakin meningkat apabila gadis itu mengangguk lemah. Bimbang Byun Aera dibuatnya. Mahu jiran-jiran sebelah ni dengar, habis dia!

"Jimin. Saya tak sedar apa yan-"

"Aku tak nak dengar. Sekarang kau dengan aku dah tak ada apa-apa. Semuanya kau batalkan, S
sendiri cari nahas sendiri tanggung." Lantas lelaki itu menerobos masuk ke dalam perut kereta sebelum laju meluncur pergi.

[C] PJM ⚊ Only You Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang