33 : Punah

318 30 12
                                    

"Dekat mana Jimin?" Taehyung menyoal dengan nada kelam kabut. Merinik peluh di dahi mereka bertiga. Punah segala rancangan untuk pergi ke mahkamah.

"Bangunan depan tu, cepat." Jari ditunding ke arah bangunan lama yang terletak di hadapan mereka sebelum dia segera melintasi lorong kecil yang menjadi pemisah antara bangunan tersebut dan tempat mereka memakir kereta.

Langkah mereka bertiga terhenti di saat ada adegan yang menarik perhatian.

"Aera." Jimin menyeru perlahan. Gadis itu diikat tangannya dengan tali dan ditekup mulutnya dengan kain. Matanya kelihatan sembab seolah-olah tidak berhenti menangis seharian.

Seorang lelaki berambut hitam duduk di hadapannya dengan memegang selaras pistol tersenyum sinis.

"Kau nak apa?" Tanya Jimin tidak puas hati. Airin sekadar memerhati, seluruh badannya bergetar akibat keadaan yang kelihatan amat menyeramkan pada ketika ini. Jimin mengancing gigi.

"Aku nak dia, tapi dia nak kau." Si lelaki berambut hitam membalas. Dia kemudiannya bingkas berdiri menghampiri Jimin. Taehyung sudah menolak Airin yang sedang berpaut pada bajunya untuk berundur ke belakang.

"Kau nak tahu siapa yang tidur dengan dia waktu kau orang hampir kahwin dulu?" Kepala  pistol dimain dengan jari.

"Aku. Kau orang batalkan perkahwinan itu. Too bad, she still wasn't in love with me." Wonho mencebik sedikit. Dia beralih pula pada Byun Aera.

"Tujuan kau culik dia dan panggil kami ke sini?" Taehyung menyoal dengan berani, tidak gugup. Wonho lantas tersengih.

"Kami? No, no. I only invited your friend. Youwo were not in my guest list anyway." Dia mengerling pada Kim Airin yang bersembunyi di belakang Taehyung. Lelaki itu segera merangkul erat bahu Airin rapat ke tubuhnya.

"Soalan terakhir untuk you, Byun Aera." Dia duduk mencangkung di hadapan gadis itu. Mata Aera jelas kelihatan melayarkan pandangan benci pada wajah jijik dihadapannya.

"Choose, Jimin or me. Diam kalau kau pilih dia, meronta kalau kau pilih aku." Wonho ketawa jahat. Aera mengerling pada Jimin. Lelaki itu mengangguk. Hampir 30 saat berlalu tanpa seabarang respon dari Aera. Wonho yang asyik menenung wajah mulus gadis itu kembali berdiri.

"Diam, diam, diam." Dia acukan pistol pada kepalanya sendiri. Picu pistol tersebut dimain-main dengan jari jemari.

"Aku rasa aku ada hadiah paling baik untuk cinta sejati macam kau orang berdua."

Airin berpaut kuat pada tubuh Taehyung. Tangan Wonho memberi isyarat agar mereka berdua berundur ke belakang dan tinggalkan Jimin berseorangan di tempat yang dia sedang berdiri ketika itu.

Melihat akan wajah Park Jimin yang masih selamba seolah-olah ada strategi tersendiri, Airin dan Taehyung akur lalu melangkah beberapa tapak ke belakang.

"Apa kata aku hantar kau orang berdua ke syurga?" Mata mereka di situ membundar. Pistol diacukan pada Aera dan Jimin silih berganti.

"First you." Pistolnya diberhentikan ke arah Byun Aera. Jimin yang sedari tadi memerhati mula hangat hati. Lihat gadis yang pernah dicintainya dulu ditembak di depan mata sendiri? Mustahil dia tidak melakukan apa-apa.

"Then you." Wonho senyum senget lalu pistol diacu ke arah bahagian abdomen Jimin.

"Dah tak ada perempuan lagi ke dekat dunia ni?!" Satu suara mencelah. Mereka menoleh pada Kim Airin. Taehyung tepuk dahi

"Sayang, shh!" Mulut Airin ditekup namun gadis itu menepis kasar. Dia yang tadinya bersembunyi di belakang Taehyung melangkah mendapatkan Jimin. Dia berdiri disisi suaminya.

"Are you available?" Wonho menyoal nakal pada Airin. Makin geram Jimin dibuatnya. Dua-dua si Wonho ni nak sapu nampak?

"No." Park Jimin tolong menjawab.

"Then I guess no one else." Wonho angkat bahu sedikit. Pistol yang tadinya diturunkan diangkat semula ke arah Aera.

"Say goodbye to your angel, either meet her in hell or heaven." Satu das tembakan dilepaskan. Airin dan Jimin terkesima. Sungguh meleset jangkaan mereka untuk mengalihkan perhatian Wonho.

Setelah berpaling, nafas mereka turun naik. Siren polis mula kedengaran. Wonho segera meninggalkan tempat tersebut. Pistol dilemparkan ke tanah.

"Taehyung!" Airin terduduk disisi pemuda itu. Bukan Aera yang menerima das tembakan tersebut namun Taehyung. Ya, Kim Taehyung being the hero he is. Bahunya ditusuk dalam dengan peluru M16 yang dilepaskan oleh Wonho sebentar tadi.

Kedengaran derapan tapak kaki mula masuk ke dalam bangunan tersebut. Beberapa anggota polis yang sedia memegang senjata masuk menghampiri mereka.

"Dia lari ke arah sana." Aera yang baru dilepaskan oleh seorang pegawai perempuan menundingkan jarinya pada satu arah. Tidak perlu banyak bertanya, 4 dari 6 orang polis yang berada di situ segera bergerak ke arah yang ditunjuj Aera. 

"Sayang, sakit." Air mata Taehyung menitis.

"Itulah! Gatal tunjuk hero kenapa!" Airin memukul lembut pinggang lelaki itu, turut mengalirkan air mata. 

"Hei! Saya tengah sakit, boleh pulak awak pukul."

Dia memuncungkan bibirnya sedepa. "Kau ingat kena tembak dengan pistol air ke, Tae? Bangunlah! Kita pergi hospital." omel Jimin, tangan sibuk menampung tubuh temannya untuk membantu dia berdiri.

"Saya minta encik datang ke balai selepas jalani rawatan ya? Bagi keterangan sebagai saksi." Seorang pegawai memesan. Mereka sekadar mengangguk.

"Kau orang pergi rawat Taehyung dulu. Saya ke balai polis. Kita jumpa di sana nanti." Aera bersuara, dia menyelitkan rambut ke belakang telinga.

Airin segera memimpin Kim Taehyung untuk keluar dari bangunan tersebut. Kesian dia, tak ada kena mengena pun boleh terjebak sekali dalam hal Byun Aera. Bengang juga Airin dibuatnya.

"Jaga diri." Jimin spontan mengucup dahi gadis itu sebelum mengikuti langkah Airin dan Taehyung yang mendahuluinya. Aera terpana seketika. Sikap Park Jimin betul-betul tak dapat dijangka.

⚊⏸⚊

[C] PJM ⚊ Only You Where stories live. Discover now