Part 4 : Check Up

1.1K 92 0
                                    

Pejam celik, dah hampir 3 bulan Airin bergelar isteri kepada Park Jimin. Tetapi hubungan mereka bukan semakin baik, Airin ada jugak ajak berdamai, tapi Jimin susah betul nak bawak bincang.

Bukan apa, di sudut hati Airin nak jugak menumpang kasih yang namanya suami. Tapi, lelaki itu bagaikan mengelak dari bersua muka dengannya.

Hubungan Jimin dan Aera semakin rapat. Setiap hari lepas habis waktu kerja, lelaki itu ambil keputusan untuk habiskan masa dengan Byun Aera berbanding isteri dia yang tak tentu arah dekat rumah.

"Kacaknya kau, Park Jimin. Patutlah Aera boleh berpaling tadah." Dia tersengih sedikit, bermonolog sendirian di hadapan cermin. Lelaki itu mengenakan kemeja longgar hitam dan skinny jeans yang sepadan warna dengan bajunya.

Lengan kemeja dilipat hingga ke paras siku. Selesai bersiap dia mengatur langkah ingin menuju ke garaj, tetapi sampai sahaja di aras bawah Airin memandang Jimin dengan apron yang masih tersarung di badan.


"Awak nak pergi mana?" Airin menyoal.

"Not your business." Jimin kembali mengorak langkah.

"Awak suami saya, kenapa saya tak boleh ambil tahu?" Satu lagi soalan dilontarkan oleh Airin kepada Jimin, dengan sudip di sebelah tangan. Rasa macam nak ketuk aje kepala Jimin.

"Sampai aku ceraikan kau."

"Awak anggap saya apa, Jimin?"

"Orang gaji aku?"

Airin tersentak. Bibirnya diketap,darah di dalam tubuh terasa bagaikan sedang mendidih.

Jimin toleh pandang pada Airin dan tersenyum sinis, "Kau ingat aku anggap kau apa? Isteri? Permaisuri? Tolonglah Kim Airin, sedar diri kau. "

"Saya sedar dirilah ni, awak tu yang tak sedar. Awak suami saya, sedar tak?" Sengaja nak sakitkan hati Jimin, dia lawan balik kata-kata lelaki itu sambil jongketkan kening.

Jimin melangkah merapati Kim Airin, mereka terpisah diantara meja makan sederhana besar di tengah-tenagh ruang makan.

"Kau nak aku jujur tak Airin? Aku dah ada perempuan lain. Aku dah cakap, kau hanya buat sementara. Jadi kau tak payahlah buat novel cliche kahwin paksa yang selalu kau baca jadi kenyataan." Panjang lebar lelaki itu berceloteh.

"Not trying to make one, and saya tahu awak ada dia. But you need to wake up from the untrue dream you live in and open your eyes to the beautiful reality. " Selamba dia ungkapkan ayat tersebut sedangkan Jimin dah naik berang.

"Siapa kau untuk ajar aku!" Park Jimin melaung. Airin berdecit sedikit. Baru nak buka mulut, terdengar batuk yang amat teruk dilepaskan oleh Jimin. Sebelah tangan lelaki itu menutup mulut.

Mata Kim Airin membundar, dia letakkan sudip ke atas meja dan melangkah merapati Jimin, menggosok-gosok belakang lelaki itu walaupun terasa ditepis kasar.

"Jimin-" Jimin lantas mencapai beberapa helai tisu dan mengenggamnya.

"Tepi." Dia melanggar bahu Airin dan berlalu pergi. Wajah gadis itu pucat lesi. Masih terbayang di layar mata darah yang mengalir di tepi bibir Jimin dan yang terkumpul pada tapak tangan lelaki itu.

Park Jimin, awak dah kenapa?

⚊▶⚊

"Apa khabar?" Tanya Aera untuk hilangkan situasi janggal antar mereka.

"Setiap hari jumpa awak, mahunya tak sihat?" Dia cuit sedikit hidung mancung Byun Aera. "Konon." Gadis itu tersengih.

"Kalau sihat kenapa muka pucat?" Aera menyoal lagi. Tangan Jimin naik meraup wajahnya sekilas.

"Pucat ke?" Dia menyoal kembali.
Byun Aera mengangguk. Mereka berhenti sebentar ketika pelayan datang menghantar pesanan.

"Saya letih mungkin."

"Kalau macam itu, mulai esok. Kita tak payah keluar setiap malam lagi, hmm?"

"Kenapa?" Jimin capai kutleri dari atas meja, sedia untuk menjamah spaghetti yang dipesannya.

"Awak rehat, mesti penat setiap kali balik kerja terus datang jumpa saya."

"Tapi saya tak boleh kalau tak jumpa awak walapun sehari." rengek Jimin manja.

"Gediknya, makan." Byum Aera mengarah. "Baik ma'am." Jimin segera sumbatkan spaghetti sehingga penuh mulut.

Byun Aera ketawa kecil, Park Jimin comel!

⚊▶⚊

"Dekat 1 jam tunggu kau." Jimin memulakan perbicaraan seraya berjabat tangan dengan Mark, kawan karibnya.


"Minta maaf sangat, ada emergency tadi. Kau kenapa datang jumpa aku?" Mark labuhkan punggung di hadapan Park Jimin.

"Long story short, aku rasa tak sedap badan lately. Kadang-kadang sesak nafas, batuk pun keluar darah, perit tekak."
Bicara Jimin serius.

"Kau biar betul?" Mark tegakkan badannya. Meremung ke arah Jimin dengan wajah yang sukar ditafsir.

"Kenapa kau?"

"Sounds familiar, tapi aku tak nak bagi keputusan melulu. Kita buat check up, ambik darah kau. Less than one week kita boleh tahu apa yang tak kena dengan kau."

"Okey then." Jimin angkat bahu.

⚊⏸⚊

[C] PJM ⚊ Only You Where stories live. Discover now