Part 10 : Luahan Hati

1K 99 17
                                    

Dek kerana paksaan Park Jimin, Airin terpaksa akur dengan permintaan lelaki itu jugak.

Dan kalau difikirkan balik, malam ini boleh dikatakan malam terbaik dalam sejarah hidup dia sebagai isteri Jimin.

Keluar date dengan kawan baik suami sendiri, lepas itu dipaksa tidur sebilik dengan Jimin.

Auch, bahagia.

"Saya belum mandi, Jimin." Airin bersuara setelah berlabuh duduk di birai katil.

Mata memerhati Jimin yang berdiri membelakanginya di meja solek di hadapan katil.
Jimin balas pandangan gadis itu dari pantulan cermin.

"Perlu ke?" Lelaki itu menanggalkan subang yang dipakai kemudian berpaling menuju ke katil dan merebahkan badannya di situ. Airin masih lagi membatu.

"Perlu. Saya keluar mandi kejap, ya?"

"Kau cakap dengan aku atau dengan cermin tu?" Kim Airin mengeluh. Malas-malas dia memusingkan kepala melihat Jimin yang berbaring dengan berbantalkan sebelah lengannya.

"Boleh tak?"

"Tak payah."

"Kenapa?"

"Masa kau dekat dengan aku tadi, tak ada bau apa pun. Kau tak payah cari jalan nak mengelak."

"Mana ada mengelak, saya cakap nak mandi aje." Airin mencebik sedikit.

"Cebik, cebik. Kiss nak?" Jimin bersuara nakal. Airin tekup mulut dengan kedua-dua belah tangan. Jimin ketawa kecil.

"Kalau macam itu saya pergi ambil tilam kejap." Belum sempat pun bangun dari katil, Jimin tarik pergelangan tangannya.

"Ambil apa?" Lelaki itu menyoal.

"Tilam."

"Katil aku tak cukup besar?" Airin menghela nafas panjang, no more escape plan.

"Okey, baik." Airin baringkan diri di atas katil, dengan posisi yang paling sopan. Dan jarak yang amat besar antara dia dengan Jimin.

"Jauhnya, macam aku nak buat apa-apa aje dekat kau. " Jimin tersenyum sinis. Lelaki itu menutup mata.

"Jimin," Tiada sahutan.

"Jimin.." Masih tidak menunjukkan sebarang respon. Teringat akan barah lelaki itu, Airin menepuk kuat bahu Jimin.

"Auch! Kau kenapa gila?" Berkerut muka Jimin menahan bisa tangan Airin. Tangan aje kecil, urat dawai tulang besi!

"Saya panggil awak tak menyahut, risau tahu tak?"

"Kau tengking aku?" Bulat mata Jimin memarahi Airin dalam nada bergurau. Gadis itu hanya tersengih.

"Jimin, nak tanya awak satu perkara boleh?"

"Hmm?"

"Awak tahu awak boleh bagitahu saya apa sahaja, kan?"

"Kau siap-" Telefon milik Jimin berdering.

"Diam." Jimin memberi arahan sebelum menjawab panggilan.

"Hello, sayang."

Airin's Pov

Sayang? Prang! Hati aku berkecai lagi. Pekakkan telinga, Kim Airin.

Tak, jangan pekakkan telinga. Aku pasang telinga mendengar perbualan Jimin dengan entah siapa.

"Ya, esok kita keluar ya?" Aku tahu itu buah hati dia, aku tak adalah bodoh mana.

"I love you too, goodnight. Take care, sayang." Cepat-cepat aku membelakangi Jimin. Kalau ucapan itu untuk aku, kan bahagia hidup.

"Oi." bahu aku terasa ditujah dari belakang, aku pejamkan mata.

[C] PJM ⚊ Only You Where stories live. Discover now