Part 24 : Kita

830 90 44
                                    

Airin's pov

Kaki aku aturkan laju menuju ke wad yang menempatkan Park Jimin. Taehyung mengekori langkahku beberapa langkah di belakang, pintu wad tersebut aku kuak kasar. 

Aku disapa kelibat Mark yang sedang berdiri disisi katil, seorang diri. Aku merenung ke arahnya, berharap. Namun air mata yang sedang mengalir di pipinya dengan gelengan kepalanya membuat urat sarafku lemah serta merta.

Kain putih yang melitupi seluruh badan suamiku aku selak. Wajahnya pucat, bibirnya kebiru-biruan.

"Jimin..." Aku seru perlahan.

"Tak kelakar buat saya macam ini, bangunlah!" Laungku lantas memeluk tubuh kaku itu, wajah aku sembamkan kuat ke dada Jimin yang berbekas jahitan.

"Airin, sakit!" Aku mengerutkan dahi, muka aku angkat dari dada bidang lelaki itu.

"Park Jimin!" Pecah ketawa Mark Tuan dan Park Jimin ketika itu.

End Airin's POV

Taehyung membundarkan mata, Hampir sahaja dia bungkah langkah lari tak cukup tanah bila dengar suara Jimin tadi.

"Semua plan Jimin, ya? Saya pelakon tambahan aje." Mark mengangkat kedua-dua belah tangan seolah-olah mengalah apabila Kim Airin mencerlungnya tajam.

Airin masih memeluk erat tubuh Jimin, cuma wajahnya diangkat. Pandangan tajam Kim Airin kini beralih kepada Park Jimin. Ada air jernih di tubir mata lelaki itu.

Bukan menangis, tapi sebab banyak sangat ketawa!

"Park Jimin." Seru Airin serius.

"Iya sayang?" Lelaki itu  tersenyum lebar.

"Tak kelakar!" Airin menjerit kecil. Muka dah macam budak dua tahun tahan menangis.

Jimin ketawa lagi.

"Awak takut kehilangan saya, hmm?" Dia senyum manis, hidung mancung Airin dicuit sedikit.

"Hmm.." Wajah kembali dilekapkan ke dada Jimin. Lelai itu mengusap lembut rambut isterinya.

Kini air mata yang sebenarnya mula mengalir. Entah kenapa, rasa terharu, sebak!

Mark senyum sejemput sebelum memberi isyarat pada Taehyung agar mereka berdua segera beredar dari situ.

"Airin, pandang saya." Pinta Jimin. Airin menggeleng sedikit.

"Saya nak tengok wajah isteri saya, saya dah sedar." Airin angkat wajahnya lanbat-lambat Jimin menyeka air mata yang membasahi pipi gadis itu dengan ibu jari.

"Jangan tinggalkan saya lagi." bisik Airin perlahan. Park Jimin senyum sebelum menginjak memberi ruang kepada Airin untuk berbaring disebelahnya dengan berhati-hati.

Terasa seperti dicucuk-cucuk pada bahagian rusuk kiri.

"Tidur sebelah saya." Airin segera memanjat ke atas katil, kepala dilabuhkan atas lengan Jimin.

"Airin?"

"Hmm?"

"Aera,"

"Saya dah tahu semuanya."

"Kalau macam itu. Awak tahu kan lepas ni awak akan bersama Taehyung, kan?" Airin senyap tidak membalas.

"Airin, nanti waktu kita berpisah, awak jaga diri baik-baik ya sayang? Kita dah jarang jumpa lagi. Saya dah tak ada siapa lagi, Aera tak ada, awak pun saya tak ada, sayang. Saya minta maaf. Banyak kali sangat saya lukakan hati awak, saya-" Bergetar bibir Park Jimin. Makin erat pelukan Kim Airin pada pinggang lelaki itu.

[C] PJM ⚊ Only You Where stories live. Discover now