Tiga hari berlalu selepas Jimin jalankan pemeriksaan kesihatan,
Kim Airin diamkan diri semenjak perbalahan dia dengan Jimin tempoh hari.Sengaja tunjuk protes.
Apron yang tersarung pada tubuh ditanggalkan dan disangkutkan pada tempatnya.
Dia beranikan diri untuk naik ke bilik Jimin walaupun dia tahu suara lelaki itu akan meninggi macam tarik high note.
Sebabnya dah lewat, suami aku tak pergi kerja ke? Cuti? Hari ini hari rabu? Aish.
Tombol pintu bilik Jimin, tidak berkunci. Pintu dikuak dengan berhati-hati, tiada kelibat Jimin yang kelihatan selain bonggol besar yang dilitupi oleh selimut di bahagian tengah katil. Airin mencebik sedikit, dia mengorak langkah menuju ke arah katil Park Jimin dan pintu dibiarkan terbuka.
Selimut yang menutup bonggol itu diselak sedikit. Wajah pucat lesi Jimin membuatkan amarahnya yang menggunung lesap begitu sahaja, lelaki itu sedang hiruk pikuk menahan kesejukan. Sempat dia memuji ketampanan suami sendiri saat dilamun mimpi. Tangan kanannya laju menyentuh dahi dan leher Jimin.
Panas, sangat panas. Segera alat kawalan jauh pendingin hawa digapai dan diturunkan suhunya. Pada masa yang sama Jimin mengeliat sambil membuka mata.
"Siapa izinkan kau masuk ke sini?" Soalan biasa yang Jimin akan acukan apabila Airin masuk ke dalam kamarnua, tetapi kali ini suara si penyoal kedengaran lembut dari biasa.
"Maaf. Saya cuma nak periksa mana tahu awak terlajak tidur ke sebab dah dekat pukul sembilan, tak nampak awak turun pun." Dia menyusun ayat, takut Jimin tengking pula kalau tersilap cakap.
"Tak pergi site, tak sihat. Rehat dekat rumah ajelah." Jimin pejamkan semula matanya.
Kalau tak bukan main halau aku keluar terus?
"Kalau macam tu biar saya siapkan sarapan. Makan ubat lepas itu awak rehat, ya?" Airin bersedia ingin melangkah keluar.
"Kau nak masak apa untuk aku?"
"Bubur ayam?"
"Tak suka, tak sedap. Nak telan ubat lagi." Jawab Jimin dengan nada manja. Ya tuhan, rasa nak gigit-gigit pipi yang sedang mengembung ditembab bantal tu!
"Saya buatkan yang sedap untuk awak. Kejap lagi saya bawakan." Belum sempat Jimin nak menjawab, pintu bilik sudah terkatup rapat. Lelaki itu mengeluh perlahan. Menahan sakit pada bahagian dada.
⚊▶⚊
Terkocoh-kocoh Kim Airin menatang dulang berisi semangkuk bubur ayam, segelas air kosong dan ubat demam yang dibawa untuk Jimin seraya membuka pintu bilik lelaki itu.
Jimin sedang bersandar ke kepala katil, ralit membelek skrin telefon seraya menaip sesuatu.
Airin cebik sedikit, dia labuhkan dulang yang ditatang ke atas meja kecil bersebelahan katil.
"Mulut tu nak kena tarik?" Jimin angkat muka. "Ingat aku tak nampak kau mencebik?" Airin senyum sejemput.
"Saya keluar dulu."
"Macam ni kau kata kau isteri aku? Sanggup tengok suami kau yang tengah sakit ni makan sendiri." Airin menggaru kepala yang tidak gatal. Dia capai mangkuk berisi bubur ayam.
Dia melutut di sisi katil. "Buka mulut. "
"Mengajar. Mentang-mentang aku tengah sakit. "
![](https://img.wattpad.com/cover/75241724-288-k704611.jpg)
YOU ARE READING
[C] PJM ⚊ Only You
Fanfiction🌙 - I guess I was getting kinda used to being someone you loved? I wrote this when I was like thirteen? So please bear with it :)