Airin's Pov
"Tae!" Ujarku sebaik sahaja pintu utama aku buka.
"Hi sayang!" Senyuman Kim Taehyung meleret, aku pejamkan mata dan mengurut sedikit pelipisku. Pukul 8 pagi tepat, dah tertancap makhluk kacak ini di hadapan pintu!
Sudahlah aku baru dapat tidur, sibuk fikirkan tentang aku dengan Jimin, adalah dekat pukul 6 pagi baru aku terlelap.
"Tak happy ke saya datang?" bibir Taehyung memuncung.
"Masuklah." Pelawaku sebelum melangkah ke ruang tamu, berlabuh duduk di atas sofa. Aku mengeluh perlahan,
"Kenapa sayang?" Tanya Taehyung setelah mengambil tempat di sebelahku.
"Kejap lagi saya nak pergi mahkamah, uruskan penceraian kami." Mata Kim Taehyung membundar.
"Kau orang dah.."
"Ya, dah bincang. Dah tak tahu nak buat apa lagi."
"Awak okay kan?" Soal Taehyung, aku mengeluh sebelum mengangguk perlahan-lahan.
"Saya nak naik atas kejap, kejutkan Jimin, awak duduklah tengok tv ke apa dulu ya?" Selepas menerima respon anggukan dari Taehyung, aku bingkas bangun ke bilik Jimin di atas.
Sebelum ber'bulan madu' dengan Jimin tempoh hari memanglah kami mula duduk satu bilik, tapi semenjak perang dingin itu terus aku ambil langkah menjauhkan diri.
Pintu bilik Jimin aku kuak dengan berhati-hati. Sejak Jimin bagi muka ni, dah tak adanya aku nak ketuk dulu baru masuk.
Kelihatan Jimin tidur dengan lena di atas katil. Aku duduk di birai katilnya.
Pipi kiri Jimin kembung dek tertekap ke bantal. Selimut melitupi seluruh tubuh, hanya kepala sahaja yang kelihatan. Bantal dipeluk erat rapat ke tubuh. Ya tuhan, comelnya! Aku menyentuh dahi Jimin, suhu badannya dah turun sedikit.
Okey sedikit dari semalam.
"Hey," Bisikku, rambut Jimin aku usap perlahan.
"Hmm," Jimin menggumam sedikit, aku tersenyum.
"Bangun, dah pukul 8." tangan Jimin mula melingkar ke pinggangku, mata dibuka sedikit lalu wajahku dipandang sayu. Haihlah suami, lemah hati bila kau pandangku begitu.
Ceh.
"Sayang." makin meleret senyumanku, rindu!
"Ya sayang?" aku membalas.
"Esok, bila saya bangun waktu ni awak dah tak ada dengan saya lagi. Awak ada dalam dakapan Taehyung," hilang terus senyum pada bibir aku ketika itu. Rambutnya aku belai penuh kasih sayang.
"Taehyung ada di bawah." pelukan pada pinggangku terlerai. Dia bangun dari pembaringan seraya mengeliat kecil.
"Dia nak ikut kita ke mahkamah?" soal Jimin, menggosok-gosok matanya yang kelihatan kuyu.
"Mungkin," aku pandang wajah Jimin. Riak wajahnya bersahaja. Kemudian dia angguk sedikit.
"Pergilah siap, tunggu saya dekat bawah" Jimin bangun mencapai tuala mandi miliknya yang tersangkut dan melangkah masuk ke dalam bilik air.
Aku mengeluh, kaki aku aturkam ke tingkat bawah. Setelah memaklumkan kepada Taehyung bahawa aku ingin bersiap. Aku tinggalkannya di ruang tamu sendirian untuk menyiapkan diri. Tanpa sedar ada air yang mengalir dari tubir mataku, cepat benar hubungan aku dengan Jimin berakhir kan?
End POV
__________
"Kau dah fikir masak-masak ke Jimin?" Taehyung menyoal pada temannya yang baru keluar dari bilik mandi. Terkejut Jimin dek sergahan suara Kim Taehyung.
"Dah cukup masak, Tae. Dah hangus rasanya masakan aku." Jimin tersengih, melangkah ke dalam walk-in wardrobe miliknya.
"Kau tak menyesal?" tanya Taehyung lagi.
"Kalau kau dan dia bahagia, aku pun bahagia!" sahut Jimin dengan iringan gelak tawa yang jelas kedengaran dibuat-buat.
"Jangan paksa diri, Jimin." desis Taehyung, mata merenung pada Jimin yang sibuk menyiapkan diri.
"Aku ikhlas Tae, aku hormat pada takdir aku." Jimin senyum pada Taehyung melalui pemancaran cermin.
_______
"Naik kereta Taehyung." Jimin menghilang diri ke dalam keretanya, meninggalkan kedua-dua bakal pengantin baru itu.
Airin dan Taehyung membalas pandangan sebelum melangkah masuk ke dalam kereta milik Taeyung yang terparkir di hadapan pintu pagar rumah Jimin.
Pintu dikatup dan tali pinggang keledar dipakai. Airin melepaskan keluhan lagi dan lagi. Taehyung menggapai sebelah tangan gadis itu lalu mengusap perlahan.
Perjalanan mereka senyap sunyi, radio juga tidak dipasang. Hanya bunyi deruan enjin kereta sahaja yang dapat didengari. Sehingga bunyi deringan telefon Taehyung menjerit minta diangkatm
"Hello?"
"Baik! Kau jalan dulu, aku follow dari belakang." Taehyung bersuara cemas.
"Airin, Aera diculik!"
"Hah?!"
⚊⏸⚊
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] PJM ⚊ Only You
Fanfiction🌙 - I guess I was getting kinda used to being someone you loved? I wrote this when I was like thirteen? So please bear with it :)
![[C] PJM ⚊ Only You](https://img.wattpad.com/cover/75241724-64-k704611.jpg)