"Tidurlah dekat bilik mana yang awak nak. Bilik saya pun boleh."
Taehyung tersengih comel.
"Emm, Tae?"
"Ya?"
"Saya tak bawa baju." Airin menggumam perlahan. Nak lari tapi sehelai sepinggang, dah nama pun lari.
Rumah Apartment Taehyung tak adalah besar mana, tapi sesuai untuk tenangkan diri. Dengan pemandangan yang dapat dilihat melalui kaca pengganti dinding.
"No worries, saya ada dua tiga pasang baju perempuan." Airin mengerutkan dahi.
"Fikir apa tu sayang? Baju adik sayalah. Ingat saya bawa balik perempuan luar ke?" Taehyung tersengih lagi. Airin menggaru kening seraya tersenyum kekok.
"Tae. Awak tak akan buat bend-"
"Awak tak percaya saya ke? Muka saya nampak macam perogol ke? Hello, muka saya kacak okey. Tak ada maknanya nak buat benda-benda tak baik dekat awak." Airin ketawa kecil. Sedikit sebanyak, waktu bersama Taehyung lebih membahagiakan dari waktu bersama Park Jimin.
Park Jimin. Entah kenapa Airin tidak begitu mempedulikan apa yang dilakukan oleh lelaki itu sekarang. Cuma penyakit yang dialami Jimin merisaukan dia.
Kerap kali dia tanya pada diri sendiri. Dia cinta, suka atau menangih simpati terhadap lelaki itu?
Kim Taehyung, ada tatkala susah dan senang. Membahagiakan, menyejukkan hati, baik, kacak. Yang pastinya lebih tinggi dari Jimin? hahaha.
"Sayang." Seru Taehyung.
"Awak panggil siapa sebenarnya?" Soal Airin.
Panggilan itu lama kelamaan jadi sedap di pendengaran. Suara deep Taehyung memanggilnya dengan panggilan yang sebegitu romantis.
Ah, cair!
"Awaklah." Airin cebikkan bibir. Taehyung melabuhkan punggun disis Airin sebelum alat kawalan jauh dicapai.
"Tak nak tidur ke? Dah hampir pukul 12." Taehyung menoleh pandang pada Kim Airin. Gadis itu kelihatan letih.
Nasiblah sekejap sahaja tangisan gadis itu reda. Kalau tak satu kerja pula nak kena tenangkan gadis cengeng seorang ni.
"Belum rasa nak tidur." Jawab Airin. "Mata kuyu semacam aje." Kata Taehyung. Airin mengukir senyum, lelaki itu kembali menumpukan perhatian pada kaca televisyen.
"Tae?"
"Hmm?"
"Terima kasih."
"Sama-sama sayang." Taehyung kusutkan rambut lembut Kim Airin, gadis itu mendengus kecil. Lengan Taehyung dipukul lembut membuatkan Kim Taehyung ketawa geli hati.
Selepas lebih kirang 15 minit berlalu, mata Taehyung mula kuyu menahan kantuk. Dia berpaling pada Airin.
Airin yang sudah ralit dibuai mimpi. Kim Taehyung mengeluh kecil, kepala gadis itu ditarik perlahan lalu disandarkan pada bahunya.
Taehyung perbetulkan kedudukan. Tidur atas sofalah jawabnya aku malam ini.
Taehyung mematikan televisyen. Alat kawalan jauh diletakkan ke atas meja dengan berhati-hati. Bimbang kalau-kalau Airin terjaga dari tidur.
⚊▶⚊
"Arghhh." Dia mengerang lemah, kesakitan di kepala dan di dada menyerang serentak membuatkan Park Jimin mengatup matanya rapat.
Kepala digelengkan beberapa kali sebelum mata dibuka perlahan-lahan.
Dia memerhati ke sekeliling bilik, sebelum mata tertancap pada sosok tubuh yang sedang tidur membelakanginya. Bahu perempuan itu terdedah
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] PJM ⚊ Only You
Fanfiction🌙 - I guess I was getting kinda used to being someone you loved? I wrote this when I was like thirteen? So please bear with it :)
![[C] PJM ⚊ Only You](https://img.wattpad.com/cover/75241724-64-k704611.jpg)