Part 29 : Masa.

665 46 21
                                        

"Tidur bawah."

"Sedapnya mengarah. Yang Aera dengan Jimin elok tengah berpeluk dekat sana yang awak dekat sini suruh saya tidur bawah."

Buk!

Sedas Airin baling bantal tepat kena pada muka kacak Kim Taehyung menyebabkan kepala lelaki itu terteleng sedikit. Taehyung memuncungkan mulut sedepa.

"Sampai hati." Rajuknya.

"Cakap banyak lagi, nanti saya suruh awak tidur bawah betul-betul." Airin merebahkan badan ke atas katil diikuti Taehyung, selamba sahaja dia merangkul pinggang gadis itu. Airin berdecit kecil.

"Sekarang dah tak mahu saya lagi lah ya?" Ujar Taehyung berjauh hati.

"Bukan macam itu,"

"Lepas itu macam mana?"

"Jimi-"

"Yeah, its all him now." Taehyung leraikan rangkulan.

"Tae," seru Airin kembali memujuk.

"Berhenti bermain dengan dilema, now I'm going to ask you a question." Suara tegas lelaki itu buatkan bulu romanya berdiri, seram!

"A-apa?" Dengan gugup dia menoleh memandang wajah Taehyung dari sisi.

"Choose, saya or dia?" Airin tersentak, wajahnya bwrubah riak. Kenapa sekarang? Dia senyap tidak menjawab.

"Choose Airin, so I would know what to do. One day you tell me that you miss me and the other day, you were ignoring me like this. I'm human too. Saya bukan patung, tak ada perasaan." Lembut sahaja ayat-ayat itu dituturkan Taehyung.

Ada nada sedih yang terselit. Airin bangun dan wajah Taehyung menjadi tatapan. Ada air mata yang mengalir dari tubir mata lelaki itu namun segera Taehyung sapu hapus.

"Tae, pandang saya."

"Lagi saya pandang, lagi dalam saya jatuh suka pada awak."

"Hei, Kim Taehyung." Dagu lelaki itu ditarik agar memandang ke arahnya. Tetapi Taehyung masih menindakkan pandangan mata,.

"Kim Taehyung." Bisik Airin lembut.

"You don't call my name without telling me who do you choose."

"Tae, please."

"Please what? Understand you? I can't anymore! Saya tak faham awak dari dulu dan saya tak nak faham awak lagi."

"Kim Taehyung! Saya keliru!"

"Ya, keliru. Saya boleh rungkaikan kekeliruan awak, Airin. Awak sayang Jimin, awak cintakan dia. Awak cuma perlukan saya sebagai teman. Sebab saya ada masa awak susah dulu, ya? Awak rasa bersalah sebab masa awak bahagia, saya tak ada sedangkan kita dah rancang semuanya, betul atau tidak Kim Airin?" Taehyung mengetap gigi. Dia bangkit dari pembaringan ketika separuh jalan menuturkan kata-kata itu tadi. Airin menunduk, bibirnya digigit sekilas.

"Iya, itu apa yang saya rasa."

"See?" Taehyung bersuara sarkastik, dia pusingkan badan mencapai bantal lalu dibaling ke bawah.

"Tidurlah, esok pagi-pagi saya dah nak balik." Taehyung berguling dari katil ke lantai secara perlahan.

"Ha?" Airin bersuara serba salah, kepalanya dijengukkan sedikit memandang Taehyung di bawah,

"Your honeymoon. Enjoy." Taehyung memejamkan mata,

"Tae,"

"Tidur." Airin serba salah. Inilah yang buatkan dia keliru!

----------

"Good morning!" Airin cuba menceriakan suasana pada pagi ini, Taehyung bangun lebih awal darinya tapi gadis itu tidak dikejutkan. Sengaja. Tunjuk protes. Taehyung mengerling sekilas pada Airin melalui ekor mata, lalu kembali fokus pada skrin telefon.

"Tae, hari ini kita nak pergi mana?" Airin menyoal sambil tangan lincah menyapu krim muka. Tiada balasan, Airin mencebik bibir sedikit, dia labuhkan punggung di sebelah Taehyung dan lelaki itu dipandang.

"Kim Taehyung," Senyap.

"Tae," masih tiada respon.

"Sayang." Taehyung berdecit kecil, wajah diangkat dari skrin telefon memandang Airin.

"Apa?" Airin senyum.

"Harini kita nak pergi mana?"

"Saya nak balik Seoul."

"Sampai hati-"

"Awak lagi sampai hati buat saya macam tak ada perasaan." Taehyung bangun dari duduknya. Airin mengeluh kecil,

"Janganlah macam ini, saya minta maaf." Taehyung berdiri di hadapan meja solek. Sambil-sambil mata mengerling ke arah Airin. "Tak salah buat apa nak minta maaf."

"Tae,"

"Jangan bagi saya harapan palsu Airin." Airin diam, mulut bagai dikunci.

"Awak nak balik Seoul, saya tinggal seoranglah jawabnya, Jimin dengan Aera."

"Dah ada orang nak teman jual mahal, sekarang padanlah dengan muka awak." bidas Taehyung menuju seraya mengatur langkah ke arah bagasinya, diseretnya beg besar itu menuju ke pintu utama chalet. Mata Airin membundar, bila masa beg besar gedabak tu ada dekat situ?

"Taehyung, seriuslah?" Taehyung sudah berdiri di muka pintu, Airin berdiri di belakang lelaki itu. Taehyung membalas tanpa memusingkan tubuh.

"Serius, bye." Tombol pintu dipulas, Airin segera memeluk Taehyung dari belakang, bergetar nafas kedua-dua mereka. Taehyung hentikan perbuatannya, mengeluh berat apabila merasa nafas Airin di belakangnya disebalik baju nipis yang dipakai.

"Let go."

"No."

"Let go, Kim Airin."

"Please Tae,"

"Apa?"

"Teman saya. Please?"

"I'm not going to be your rebound, a third wheel either. So let go." Airin menggelengkan kepala.

"Tak, Taehyung. Saya nak awak ada dengan saya. Buat masa sekarang. Please Kim Taehyung." Cair hati Taehyung dengan pujukan Airin. Tapi otak dia masih berfungsi.

"Hanya untuk sementara? Bila ada Jimin nanti, awak dah tak nak saya ada dengan awak. Kam?" Taehyung leraikan pelukan, dia pusingkan tubuh menghadap Kim Airin.

Baru nak melentinh, tapi melihat ada air mata yang mengalir dari tubir mata seorang Kim Airin, ah! Ini yang buat dia lemah. Tangan diangkat dan air mata Airin disapu dengan ibu jari perlahan.

"Jangan menangis."

"Saya minta maaf." Taehyung mengeluh.

"Jom kita pergi sarapan. Lepas itu saya bawa awak jalan-jalan sekitar Busan. Hmm?" Airin senyum sejemput.

"Baik, terima kasih Kim Taehyung!" Pipi Taehyung dicium sekilas menjerit Taehyung dalam hati.

"Oops, maaf. Saya lakukan tanpa sedar." Ujar Airin, Taehyung tersenyum lebar.

"Its okay. Pergi siap, saya tunggu awak." Airin mengangguk laju sebelum bergegas ke dalam bilik air. Taehyung seret kembali bagasi ke dalam. Bibir mengukir senyuman.

To Be Continued

[C] PJM ⚊ Only You Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang