Part 27 : Honeymoon

818 65 32
                                        

"Kita nak ke mana?"


"Banyak songeh betul, bukannya saya nak jual awak pun." Park Jimin cebik bibir,

"Memanglah awak bukan nak jual saya. Tapi dah lebih 3 jam kita dalam kereta!" Cuak sahaja bunyinya, Jimin memandang pada gadis itu sekilas seraya tersengih.

"Airin, kalau saya beritahu awak marah tak?" Tak tentu arah Airin dibuatnya, gugup.

"Beritahu apa?"

"Kita bukan nak pergi date." Jimin menguak rambut yang terjurai di dahi ke belakang.

"Jadi?" Wajah Jimin dipandang penuh tanda tanya. Lampu isyarat berwarna merah, lelaki itu memberhentikan kereta. Tenungan Airin dibalas.

"Kita nak pergi Busan. One week, honeymoon." Bersahaja ayat itu meluncur laju keluar dari mulut Park Jimin.

"Jimin!" Airin melopong, lengan Jimin ditampar spontan.

"Dah kenapa?" Berkerut dahi lelaki itu menahan sakit.

"Awak gila, ya?"

"Kenapa pulak?"

"Baju tak bawa, satu benda apa pun tak bawa. Awak expect saya untuk pakai apa 7 hari dekat sana?" Jimin tersengih, lampu isyarat bertukar warna. Dia segera meneruskan pemanduan.

"Dah namanya pun honeymoon. Tak payah pakai ap--" Pak! Sekali lagi lengan lelaki itu ditampar. Kali ini lebih kuat.

"Sakit!" Jimin memuncungkan bibir sedepa.

"Merepek lagi." Kim Airin silangkan tangan ke dada

"Sayang."

"Apa sayang, sayang?"

"Garang betul, dah songsang sekarang. Isteri pula yang garang." Airin masih senyap tidak membalas.

"Hei, nanti kita beli baju dekat sanalah. Suami awak banyak duit, sayang."

"Kalau banyak pun tak semestinya kena membazir. Baju dekat rumah itu semua elok lagi."

"Dah berapa lama awak ulang pakai baju tu semua, hmm?"

"1, 2 tahun?" Jawab Airin selamba.

"Serius?!"

"3 tahun kut."

"Membazirlah sangat! Terlebih jimat namanya!" Park Jimin ketawa besar.

"Awak kata..."

"Kata apa?"

"Honeymoon?" Jimin senyum simpul. "Ya, honeymoon."

"Oooo kay."

"Awak fikir apa, hmm?" Tanya Jimin, "Fikir apanya?"

"Manalah tahu awak fikir--"

"Focus on your driving Jimin, focus." Jimin ketawa kecil.

⚊▶⚊

Additional Information ; The chalet is huge. It has a balcony, the bed were placed on the left side when we enter the room but we can't see the bed when we peek from the door.

⚊▶⚊

"Cantik."

"Macam awak," Jimin memeluk kemas pinggang Kim Airin dari belakang, dagunya dilabuhkan pada bahu gadis itu.

"Jimin,"

"Hmm?" Jimin menggumam, dia pejamkan mata seraya menghirup udara laut.

[C] PJM ⚊ Only You Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang