Part 19 : Persetujuan

868 65 23
                                    

"Airin, awak okey kan?" Erat tangan gadis itu digenggamnya.
Airin mengeluh perlahan, kepala diangguk beberapa kali.

Airin berfikir sejenak, kalau Jimin tanya dia pergi mana semalam nak kata apa? Tidur rumah Taehyung? Jawapan cari nahas namanya.

Tapi tidur rumah Taehyung lagi okey kut dari tidur 'dengan' Taehyung?

"Saya ada." Ujar Kim Taehyung lagi, mereka berdua membalas senyuman.

"Jomlah." Airin dan Taehyung turun dari kereta sebelum menuju ke arah pintu utama.

6 pasang mata di ruang tamu yang berselerak itu segera menoleh melihat ke arah muka pintu. Airin memandang pada Taehyung sekilas. Lelaki itu tersenyum manis.

Dia mengambil langkah mendahului Kim Airin.

"Kau pergi mana tinggal aku dengan Ara dekat sini? Nasib baik parents dia out station. Kalau tak apa aku nak jawab?" Bidas Jungkook sebaik sahaja Taehyung berlabuh duduk di sofa berhadapan mereka berenam.

Kim Taehyung mengetap rahang.

"Itu bukan masalah aku. Kau dua orang ada kaki kan? Balik jalan kakilah! Ingat aku driver kau orang ke?" Taehyung menghambur tidak puas hati.

Airin mengusap-usap belakang tubuh Kim Taehyung, ingin menenangkan amarah lelaki itu. Tidak pernah dia dengar suara Taehyung bernada setinggi sebentar tadi.

Sejuk sedikit hati Taehyung dengan tindakan Kim Airin. Aera menyandarkan tubuh ke sofa,  mata dikatup rapat.

Jay dan Chaelin menumpukan perhatian pada telefon bimbit masing-masing, malas hendak masuk campur.

Park Jimin ketap bibir.

Matanya tertancap pada genggaman tangan Kim Taehyung dan Kim Airin.

"Kau pergi mana semalam, Park Airin?" Soal Jimin acuh tidak acuh.

"Dia tidur rumah aku. Kenapa?" Berani sahaja Taehyung tolong menjawab soalan yang diajukan.

Jimin mengenggam penumbuk. Ini kes kawan makan kawan ke macam mana?

"Kau tahu dia isteri aku." Seloroh Park Jimim.

"Ya, aku tahu. Kau yang tak tahu dia isteri kau sebenarnya." Jimin  tersenyum senget. "Maksud kau?" Yakin sahaja dia menyoal seolah-olah tiada apa berlaku.

"Kalau dah tahu ada isteri buat apa tidur dengan perempuan murah macam dia." Giliran Taehyung untuk tersenyum sinis kepada lelaki itu, jari telunjuk dihalakan pada Byun Aera. Terbuntang luas mata Aera ketika itu.

Semua di situ terpana, fikir mereka Airin dan Taehyung tidak tahu menahu tentang hal ini. Mata Jimin segera merenung pada wajah Kim Airin.

"Airin.." Gadis itu menundukkan kepala, tidak betah melihat wajah Park Jimin. Lelaki itu bingkas berdiri dari duduknya, isterinya didekati. Segera Airin bersembunyi di belakang Kim Taehyung.

Apa motifnya?

Entah. Dia sendiri tidak tahu jawapannya. Mungkin terlalu jijik ingin berdekatan dengan Jimin ketika ini.

Lelaki lidah bercabang! Kejap cakap lain, tetapi kelakuan lain. Penat, penat dengan drama yang dimainkan Park Jimin. Tangan Kim Airin yang berada di dalam genggaman Taehyung cuba diraih,

Taehyung berdecit.

"Sudahlah, Jimin. Tak semestinya dia nampak kuat, hati dia tak ada rasa sakit sebab kelakuan bodoh kau." Airin hembus nafas lega apabila Jimin mula mengundur kembali ke sofa.

Aera hanya mendiamkan diri. Malu hendak bertembung mata dengan Airin.

"Sabar Tae, Airin. Aku ada benda nak bincang." Jimin bersuara lemah.

[C] PJM ⚊ Only You Where stories live. Discover now