Part 12 : Mengalah

1K 86 15
                                        

Song of the chapter; Natalie Taylor- Surrender.

"Nyamannya. " Airin hirup udara segar sementara menunggu Jimin memarkir kereta. Ralit mengelamun, pinggangnya terasa dipeluk  dari belakang membuatkan gadis itu tersentak. Park Jimin tersenyum nakal apabila terasa henjutan kecil bahu gadis itu akibat terkesima dengan perbuatannya.

"J-jimin, ramai orang. S-saya malu." Tangan yang melekap kemas dipinggang kecilnya cuba dileraikan tetapi lelaki itu masih enggan meleraikan.

"Apa yang nak dimalukan, kita suami isteri, kan?" Dagu diletakkan di atas bahu Airin.

"Jom pergi beli apa-apa, nak? " Sengaja dia berbisik di telinga gadis itu, berdiri bulu tengkuk dibuatnya.

"Beli apa?"

"Saya belum makan apa pun tahu. Nak date dengan awak punya pasal," Pelukan dileraikan. Jimin berdiri di hadapan Airin, memuncungkan sedikit mulutnya. Airin tersenyum.

"Jom, pergi beli makanan. Suami." Jimin tersengih dan menghulurkan tangan ke arah Airin, gadis itu menyambut.

"Jom, Isteri." Dengan senyuman kebahagiaan, mereka berjalan beriringan.

⚊▶⚊

"Angin apa menderu kau ni? Tiba-tiba nak lawat Han River pula." Soyeon bersuara sambil membelek mukanya di dalam cermin bedak solek, mereka duduk di satu kerusi berhadapan Sungai Han.

"Just feel like coming. Why noy?" Byun Aera menjawab sambalewa. Mood dia tak berapa elok hari ini, pergi pejabat Jimin tadi pun tidak dilayan oleh lelaki itu. Semakin hari Jimin semakin  jauh, usaha lelaki itu untuk mendapatkannya dulu kini sudah tidak kelihatan.

Mungkin dia nampak tenang. Tapi otaknya betul-betul sesak sekarang. Soyeon mencebik sedikit, bedak solek disimpan kembali ke dalam tas tangan.

"Aera." Lengan Aera disiku kuat,  membuatkan lamunan gadis itu mati.

"Apa?" Dia mengerutkan dahi memandang rakannya.

"Itu, bukan Jimin ke?" Jari telunjuk dihalakan ke arah kedai jeruk berdekatan mereka.

Tak cukup dengan serabut yang sekarang, ditambah lagi dengan serabut yang ini. Kenapa tangan perempuan tu dalam genggaman Jimin? Mendidih darah tengok adegan percuma itu, Aera bingkas berdiri dari duduknya.

Kaki diatur laju ke arah pasangan tersebut. Soyeon ambil langkah spontan untuk tarik lengan teman baiknya.

"Kau nak pergi mana? Calm down." Terpancar riak cuak di wajah Soyeon.

"Calm down? Dah ada depan mata kan? Hadaplah." Soyeon ditinggalkan di belakang.

⚊▶⚊

Airin's pov

Belum sempat aku nak bayar, Jimin dah hulurkan duit dia terlebih dahulu. Jimin pegang jeruk di sebelah tangan dan sebelah lagi dia rangkul tangan aku ke dalam genggamannya.

Kami berdua berpaling. Aku terperanjat sekejap bila tengok ada gadis yang berpakaian serba hitam mencerlung ke arah aku dan Jimin. Dia pandang kami berdua macam nak telan, tangan disilangkan ke dada. Dan aku dapat rasakan genggaman Jimin pada tangan aku melonggar.

"Aera." Jimin menyeru nama itu perlahan tetapi cukup jelas didengar.

"Banyak kerja?" Perempuan itu tersenyum sinis, kepala digelengkan beberapa kali.

"Sayang.. I can explain."

Sayang? Ah sudah.

Aku diam tak berkutik. Muncul seorang lagi gadis comel bergaun warna peach berdiri beberapa tapak di belakang gadis yang dipanggil Aera oleh Jimin tadi.

"Nice hoodies." Gadis itu bersuara lagi. Jimin melangkah kehadapan, ingin menggapai tangan gadis itu yang disilangkan lantas dia mengundur ke belakang.

"Belum cukup sakitkan saya, dulu?" Ada air mata yang aku lihat bermain di tubir mata gadis itu. "Sayang.. " Suara Jimin bertukar sebak.

Gadis itu menyapu air mata yang jatuh dengan belakang tangan.

"Kita batalkan semuanya, Park Jimin." Sesudah ayat itu diungkapkan, gadis itu berlalu pergi. Seorang gadis lagi yang aku pasti temannya itu terpinga-pinga, aku dan Aera dipandang silih berganti sebelum dia mengikut jejak langkah Byum Aera.

Aku melangkah kehadapan sedikit, ingin melihat kondisi Jimin. Dia.. menangis.

Kim Airin, kata nak jadi isteri yang berjasa? Peluang dah ada depan mata. Aku berlari mendapatkan Aera yang tidak jauh dari tempat tadi, dan berdiri di hadapanya.

"Kejap, biar saya jelaskan." Aku cuba berlembut, renungan dia seram nak mampus!

"Pergi mati." Perempuan ni, kasar betul. Macam mana nak jaga suami aku nanti? Sekali lagi dia melangkah ingin pergi. Aku menghalang.

"Aera biar saya jelaskan atau awak akan menyesal!" Dia berhenti dan kembali merenungku, memberi isyarat untuk aku memberikan penjelasan. Aku mengeluh sedikit. Tabah, Kim Airin.

"Aera, Jimin dan saya, kita orang berdua tak ada apa-apa hubungan istimewa, kami dipaksa oleh ayah Jimin. Jimin terpaksa akur supaya tidak mencemarkan nama ayah Gyeol. Aera, saya tak tahu apa yang dah berlaku antara awak dengan Jimin, tapi apa yang saya rasakan ialah Jimin perlukan awak. Sehingga saya dia tak pedulikan. Maaf, hari ini saya yang ajak dia keluar, dan tak lama lagi... Kami akan berpisah. " Aku habiskan penerangan, gadis itu jongketkan sebelah kening kanannya.

"Bukti? Boleh percaya ke?"

"Terpulang, tapi Jimin sayangkan awak. Penuh gambar awak dalam bilik dia. Either awak pergi pada dia sekarang, atau saya tak akan lepaskan dia pada sesiapa." Aku mengerling ke arah Jimin yang masih membatu.

Selepas berkira-kira, Aera berlari anak mendapatkan Jimin. Aku tersenyum, sebelum menoleh ke kanan.

"Hai! Saya Soyeon, kawan Byun Aera." Gadis comel yang aku maksudkan tadi mengenalkan diri sambil tersenyum manis.

"Saya Kim Airin, awak cantik." Aku puji dia dengan senyumannya seikhlas yang boleh. Tersipu-sipu gadis itu dengar pujian aku.

"Awak lagi cantik." Balasnya seraya selitkan rambut ke belakang telinga. Kami ketawa kecil bersama-sama, aku berpaling menghadap Aera dan Jimin, lelaki itu mencium dahi Aera sebelum gadis itu dipeluk erat, aku tersenyum lagi.

"Soyeon, saya perlu pergi. Jumpa lagi." Aku pamit tanpa menunggu balasan dari gadis itu.

Park Jimin, saya mengalah.

End Pov

[C] PJM ⚊ Only You Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang