Part 3 : Byun Aera.

1.1K 99 0
                                    

Pintu utama rumah nya dikuak, jam ditangan dilandang sekilas. 9 malam.

Pintu tak berkunci, rumah gelap. Ingat rumah bapak dia ke apa? Dia berdecit. Jimin melangkah ke arah suis lampu yang tersemat di dinding bersebelahan pintu utama.

Pintu dikatup dan dikunci dari dalam. Dia melangkah pula menuju ke bilik Kim Airin. ingin mengintai apa yang dilakukan gadis itu sampai pintu tak berkunci, rumah gelap gelita.

Dipulasnya tombol pintu bilik tersebut, malah tersekat. Pintu berkunci. Segera Jimin mengetuk kuat pintu bilik tersebut.

"Airin, bukak pintu." Lembut namun tegas nada suaranya.

Tidak lama kemudian pintu bilik tersebut terbuka dan kelibat Kim Airin yang berdiri tegak dalam keadaan mamai di hadapan Jimin buatkan dia rasa nak lempang aje gadis itu.

Sabar.

"Kau boleh tidur dengan pintu tak berkunci! Rumah gelap! Kalau pencuri masuk rumah aku then rogol kau, macam mana??" Jimin mencerlung tajam pada Kim Airin. Gadis itu menguap malas.

"Saya pun tak sedar bila saya terlena." 

"Kau tengok muka aku macam aku kisah ke?" Rahang gadis itu dicengkam kuat.

"S-sakit" Adu Airin, matanya yang tadi kuyu terbuka luas. Jimin lepaskan cengkamannya secara kasar

"Dengar, Airin. Aku bersumpah dengan diri sendiri yang on the end of this year, aku akan lepaskan kau! Tak payah berangan nak bahagia dengan Park Jimin!" Dahi Airin ditunjal-tunjal dengan jari telunjuk. Jimin berpaling ingin pergi, tetapi tubuh sasa itu dipeluk Airin dari belakang.

"Tak baik awak buat saya macam ini, tahu?" Muka disembamkan pada belakang tubuh Jimin. Lelaki itu mendengus kasar, sepasang tangan yang memeluk erat pinggangnya itu dileraikan sebelum menolak tubuh Airin  jatuh menyembah lantai.

"Kau ingat comel buat suara macam nenek tua tertelan pil?"
Airin sapu air mata yang merembes keluar, dia bingkas berdiri.

"Park Jimin cengeng! Memang aku comel pun!" Sengaja dia kuatkan suara.

⚊▶⚊

"Aish." Jimin buang tubuh ke atas katil. "Park Jimin cengeng! Memang aku comel pun!" Laungan Airin kedengaran dari aras bawah.

"Serabut betul lah perempuan ni." Dia menggumam

"Aera." Nama itu meniti di dibibirnya. Jimin lantas mengukirkan senyuman, telefon bimbit yang berada di dalam kocek seluar dikeluarkan.

Tangan lincah mendail nombor telefon Aera yang tertera di atas kad yang diberi oleh gadis itu tempoh hari. Tanpa banyak berkata-kata, dia mendail nombor tersebut.

"Byun Aera speaking." Dengar sahaja suara itu, bibir Jimin koyak dengan senyuman.

"Byun Aera? The angle that came from the heaven?" Jimin bersuara nakal.

Aera berdecit dari dalam talian. "Awak ni siapa? Tell me or I'm going to hang this up-"

"Aera! Sayalah, Jimin."

"Oh, awak! Nak apa?" Gadis itu bersuara sarkastik.

"Bukan nak kacau awak. Just wanted to talk to you." Jimin bangkit dari perbaringan. Dia gentongkan kaki pada birai katil.

"Well, I'd say I'm looking forward for you to not call me." Jimin ketawa kecil. Tak adalah lawak mana, tapi kalau Aera yang buat. Serta- merta berubah ya?

"Not going to happen. Straight to the point, esok awak free tak?"

"Tak." Seringkas yang Aera boleh jawab.

"Alaa, wanna meet you!" Lelaki itu merengek minta lempang.

"Don't make that voice, geli tahu geli?" Jimin ketawa lagi.

"Please for tomorrow?"

"Where?"

"Dalam hati saya?"

"Park Jimin, that is so lame." Kalau Airin dengar, mesti dia kata suami dia gila sebab tergelak macam orang sasau malam-malam.

"Esok, at the cafe near your work place. Pukul 1?"

"Oh, the popular kafe itu ya? Alright then."

"Can't wait to see you tomorrow sayang, sleep well and don't let the bug bites."

"Bye, Park Jimin." Aera meletakkan panggilan. Senyuman masih melekat di bibir Jimin. Telefon bimbit diletakkan ke atas meja kecil di hujung katil. Bingkai gambar sebesar tapak tangan itu diambil dan dibelek gambarnya.

"Gonna make you mine, gonna make me yours."

⚊⏸⚊

[C] PJM ⚊ Only You Where stories live. Discover now