Part 6 : Selfish

1K 108 5
                                    

"Ada isteri dengan girlfriend lupa kawan kau kan?" tempias Kim Taehyung, wajah Jimin dijeling tidak puas hati sebelum menyumbat sesudu nasi goreng ke dalam mulut.

Jimin sekadar tersengih.

"Aku mana boleh lupa kau, Tae. You will always be in my heart." Jimin kenyitkan mata kanan.
Taehyung gelak paksa sambil buat muka tahan nak muntah.

Jimin gagau gelas berisi kopi yang dipesan tadi. Belum sempat dia menyisip, gelas itu dirampas rakus oleh Taehyung.

Nasib baik tak tumpah atas kemeja putih yang dipakai oleh Jimin.

Gelas tersebut diletakkan di meja kosong bersebelahan mereka. Belum sempat Jimin membuka mulut, Taehyung terlebih dahulu bersuara.

"Kau sakit, nanti effect kalau banyak minum kafein. "
Jimin kerutkan dahi. Setahu dia, perkara tentang penyakit yang dihidapinya hanya diketahui oleh dia dan Mark.

"Sakit apa ni?" Jimin pura-pura ketawa.

"Kau ingat Mark kawan kau seorang aje? Aku berhak tahu, Jimin." Taehyung menyudahkan suapan terakhirnya.

Jimin bingkas berdiri.

"Toilet." Ujarnya sepatah sebelum berlalu ke tandas.

"Itu pun nak sentap ke?"
Taehyung keluarkan telefonnya dari kocek seluar, dibeleknya satu persatu mesej yang diterimanya. Ralit membalas mesej, telefon Jimin yang terletak elok di atas meja berbunyi.

Melihat nama pemanggil, lantas Taehyung menyambut panggilan tersebut.

"Hello, Jimin. Ayah nak jumpa kamu di pejabat, segera." Belum sempat Taehyung membalas, panggilan dimatikan oleh Park Gyeol.

Tuan besar.

"Anak bapak sama aje, tak reti tunggu orang balas cakap." bebel Kim Taehyung. Pada masa ini, hatinya terdetik satu benda yang tidak pernah terlintas dek akal fikiran, ikon contact pada telefon Jimin ditekan.

Hampir terlepas kedua-dua telefon yang dipegang apabila meja diketuk kuat. Kepala dipanggungkan untuk melihat siapa gerangan yang hampir-hampir bagi dia serangan jantung.

"Buat apa telefon aku?" Terjungkit kening kiri Jimin seraya menyoal. Dengan selamba Taehyung menghulurkan telefon yang dipegang kepada pemiliknya.

"Tuan Gyeol telefon tadi, kata nak jumpa kau dekat ofis dia. Segera." Taehyung ajuk suara tegas Park Gyeol seperti yang dia dengar dalam talian tadi.

"Lepas itu kau tunggu jodoh ke kat sini? Jomlah balik ofis."

"Kau dah bayar?"

"Kalau belum pun, kau nak bayarkan?" Jimin menyoal balik.

"Tak. "

"Jalan." Kim Taehyung mencebik.

⚊▶⚊

"Hubungan kamu dengan Airin macam mana?" Park Gyeol tersenyum, wajah anak tunggalnya dipandang penuh harapan.

"Kami masih dalam proses mengenali satu sama lain?" Jawapan Jimin kedengaran kurang pasti, satu keluhan turut dilepaskan.

"Dah hampir empat bulan, kenapa lama sangat?"

"Ayah, Jimin kahwin dengan Airin bukan atas dasar cinta tahu? Malah siapa dia sebelum ini pun, Jimin tak kenal. "Jimin menyusun ayat agar percakapannya tidak kedengaran kurang sopan.

"Jimin, dengar. Walau apa pun yang berlaku. Ayah nak kamu berdua kekal sebagai suami isteri. Jangan pernah lepaskan Airin. Dia lain dari yang lain. " Wajah tua itu yang tadinya lembut bertukar gerun.

"Jimin faham, Jimin keluar dulu. Banyak kerja perlu diselesaikan."


⚊▶⚊

"Naik bilik aku. " Kim Airin yang sedang menanti di muka pintu terperanjat atas arahan Jimin yang melulu. Langkah kaki kemudiannya diatur ke arah bilik Park Jimin.

Pintu kamar lelaki itu diketuk beberapa kali sebelum pintu dikuak. Terasa tidak enak rasa hati, berdebar yang bukan-bukan.

Dia disapa dengan kelibat Jimin yang sedang rebah di atas katil.

Airin berdiri disisi katil. Mata lelaki itu terpejam rapat, tangan kanannya dilabuhkan di atas dahi. Airin mengambil peluang untuk menatap wajah lelaki itu.

Comel.


"Airin, sekarang bulan 8." ujar Jimin namun matanya masih tertutup.


"Kau ingat apa yang aku kata, tak?" Jimin bersuara lagi apabila balasan Kim Airin tidak kedengaran.

"Kata apa?"

"Lupa atau buat-buat lupa?" Jimin buka mata, dia bingkas bangun duduk di birai katil. Wajah Airin ditenung dalam-dalam.

"Tak ingat." Airin tunduk memandang lantai.

"Aku pernah cakap, hujung tahun ni aku akan lepaskan kau. "

"Ingat?" Jimin menyoal sekali lagi dengan nada tegas.

"Ingat." Sepatah Kim Airin menyahut.

"Kau okey, kan?"

"Bodoh soalan awak, Park Jimin." berani Kim Airin bersuara, kepala diangkat memandang Jimin.

Lelaki itu tegakkan badan. Suka hati dia panggil aku bodoh?

"Mungkin awak memang macam ini dari dulu. Tak pernah nak ambil tahu pasal apa yang orang lain rasa, kan?" Airin menempelak, tangan disilangkan ke dada yang terasa sebak.

"Awak tak nampak pun berapa banyak effort yang saya tunjuk, untuk awak ubah fikiran semlit awak tu." ujar Airin tidak puas hati. Mereka berbalas pandangan. Jimin telan air liur.

"Tapi kalau itu yang awak nak, apa saya boleh buat? Saya tak nak paksa awak. Buat apa yang awak suka, anggap saya tak ada."

Tersekat sebentar nafas Jimin bila melihat sebutir air mata jatuh di pipi gadis itu. Niat nak bangun dan menyapu air jernih tersebut. Tapi dengan ego yang melangit. Dia sekadar

"Anggap saya tak ada, okey?" Airin berlalu keluar dari situ.
Terkatup sahaja pintu biliknya, tanpa sedar air mata Jimin juga turut mengalir.

Apa yang aku dah buat? Tangannya naik meraup segenap muka.

⚊⏸⚊

your vote and comment are very much appreciated 💕

[C] PJM ⚊ Only You Where stories live. Discover now