Part 20 : [Belum] Selesai

837 80 13
                                    

"Dah?" Airin bersuara memecahkan kesunyian.

Lagi lama dibiarkan, lagi besar masalah awak nanti. Kata-kata Kim Airin tersebut membuatkan Jimin segera bertindak utuk menghubungi Byun Aera, Ayah Gyeol untuk ke rumahnya pada malam esok.

Jimin tersenyum.

"Dah."

"Penat ya?" Tamya gadis itu pada Kim Taehyung yang sedang  terlantar di atas sofa dihadapannya, Jimin duduk disisi Kim Airin dengan telefon bimbit di tangan.

Kim Taehyung nampak macam tengah nazak.

"Sangat!" Mulut lelaki itu ternganga luas, Airin ketawa kecil.

"Rehatlah, saya pergi buang sampah dekat luar kejap." Gadis itu bingkas berdiri.

"Saya ikut. " Ujar Jimin, sempat dia mengerling pada Taehyung yang mula berlayar ke alam mimpi.

"Tak apa, nanti awak penat. Rehatlah." Dia segera mengatur langkah meninggalkan ruang tamu. Jimin mengeluh kecil, badan dibaringkan ke atas sofa.

Satu sahaja yang sedang bermain di dalam kepala seorang Park Jimin sekarang. Moga-moga semua yang dirancang berjalan lancar!

 ⚊▶⚊


"Semua dah ada." Jimin
menghembuskan nafas perlahan-lahan. Cuba menenangkan diri.

Park Gyeol, Kim Taehyung, Kim Alessia, Byun Aera, termasuk Byun Baekhyun juga turut bersama dalam perbincangan mereka malam ini.

Kim Airin berlabuh duduk di antara Kim Taehyung dan Park Jimin. Aera dan Baekhyun  berada di sofa sebelah kanan mereka. Manakala sebelah kiri Park Gyeol dan Kim Alessia.

Park Gyeol kenal akan Aera. Dia tahu apa yang jadi antara gadis ini dengan Jimin dahulu.

Persoalannya, kenapa dia juga perlu ada?

"Apa yang penting sangat, Jimin?" Ayah Gyeol memulakan perbicaraan.

"Jimin.." Teragak-agak Park Jimin ingin menuturkan hasratnya. Kim Airin yang perasan akan kegugupan lelaki itu segara mengusap tubuh belakang Jimin perlahan-lahan.

Menyumbang sedikit kekuatan lelaki itu untuk terus berkata-kata. Kim Taehyung diam tidak bersuara, sekadar memerhati reaksi wajah-wajah yang berada di situ.

Park Jimin menarik nafas dalam sebelum menghembus keluar perlahan-lahan buat sekelian kali.

"Ayah, Jimin minta maaf atas kelakuan Jimin pada malam itu." Paek Gyeol tersenyum seraya mengangguk kecil.

"Tak apa, ayah faham."

"Kedua. Ayah, Aera, saya sakit." Senyuman yang terukir di bibir tua Park Gyeol mulai lenyap.

"S-sakit apa?" Soalnya lambat-lambat.

"Kanser hati tahap dua? Hampir ke tahap tiga."

Mata Byun Aera dan Gyeol membuntang luas. Tak cukup itu, Baekhyun juga kelihatan terkesima. Nasib baik Park Gyeol tak ada lemah jantung, kalau tak mahu hilang nafas dia dekat situ juga.

"Kenapa tak bagitahu ayah awal-awal? Ini bukan perkara main-main Jimin!" Dia membentak,

"Lepastu adik aku macam mana? Perkahwinan kau orang?" Sampuk Baekhyun. 

Ish dia ini! Awal-awal dah pecah lubang. Orang nak take it slow. Airin ketap bibir.

"Perkahwinan siapa?" Dahi Gyeol mula mengerut. Wajah anak lelaki tunggalnya, Airin, Aera dan Baekhyun dipandang silih berganti.

[C] PJM ⚊ Only You Where stories live. Discover now