Part 14 : Gaun Perkahwinan

898 69 2
                                        

"Yang ini? Cantik tak?" Soal Byun Aera buat kesekelian kalinya. Selepas meeting pukul 10 pagi tadi. Jimin memghantar mesej kepada Aera untuk survey baju perkahwinan mereka. Ialah, nanti kecil pula hati Aera.

Sudahlah ditolak pelawaan gadis itu untuk makan malam bersama, alang alang tengah free, baik ajak keluar. Rindu.

Bagi Park Jimin dia lebih selesa membawa baju rumah ke pejabat. Manalah tahu dalam masa masa terdesak. Boleh juga guna. Dan sempat dia tukar kepada pakaian yang dibawa dari rumaj.

"Sayang, semua yang awak pakai semuanya cantik." Park Jimin tersenyum manis. Dari tadi penat nak memuji, kalau tak puji lain pula jadinya.

Aera tersengih. Pandangan kembali teralih kepada baju gaun pengantin yang banyak tersangkut. Rambang mata dibuatnya. Park Jimin melempar pandangan ke luar butik melalui cermin lutsinar. Memandang orang yang lalu lalang.

Matanya menangkap kelibat perempuan yang amat dikenalinya bersama rakan baiknnya. Kim Taehyung.

"Kim Airin. "

Segera Jimin berlalu keluar mendapatkan pasangan itu.
Dihiraukan Aera yang sedang ralit memilih gaun.

Jimin's POV

"Ini kerja kau bila aku tak ada dekat rumah? Keluar dengan kawan baik suami sendiri?" Ayat itu aku semburkan sebaik sahaja aku berada di hadapan pasangan ini. Airin kelihatan terkesima, matanya membuntang memandang aku.

"Jimin."

"Tak sangka dia kekasih gelap kau, Tae. " Aku menghiraukan panggilan Airin. Hati aku panas saat ini. Ini namanya kawan tikam belakang!

"Kau, Jimin. Kalau tak tahu apa-apa baik kau diam sebelum kau makan penumbuk aku." Aku senyum sinis.

"Jimin." Kali ini bukan Airin yang menyeru. Tetapi Aera yang baru muncul di sebelah aku lantas memeluk lengan aku. Dia ni pun time ni jugaklah nak inter frame.

"Huh, yang kau ada kekasih gelap tak apa pula. Sudahlah Jimin. Jangan sakitkan hati Airin lagi. Jaga kesihatan kau. Jom Airin. " Taehyung berseloroh lalu menarik tangan Airin agar mengikut langkahnya. Airin nampak kaku. Jadi dia ikut je langkah Taehyung.

Apa yang aku harapkan Janganlah ada soalan pelik yang disoalkan pada aku dari Aera nanti.

"Jimin, apa maksud Taehyung?"

Ya tuhan, aku urut pelipisku sedikit sebelum membalas.

"Semua orang pun kena jaga kesihatan, sayang. " Aku cuit hidung Aera sedikit dan aku ukirkan senyuman. Tetapi dia tak, riak wajahnya kekal serius.

"Tapi saya pasti Taehyung tak maksdukan macam itu." Aku mengeluh, nak jawab apa lagi?

"Awak ada rahsiakan benda penting dengan saya, hmm?" Aera menyoal lagi.

"Maksud awak?" Aku cuba berlagak tenang. Nasiblah tak ada ramai orang yang lalu lalang dekat sini.

"Airin dengan Taehyung, mereka ada hubungan?" Byun Aera tukar topik dan jujur, aku lega.

"Mereka kawan baik. " Ujarku dengan tenang, kalau tidak mesti lagi banyak soalan yang nak dia diajukan.

"Dah pilih wedding dress?" Aku segera menyoal sebelum Aera menyoal soalan yang aku sendiri tak ada jawapannya. Dia mengangguk perlahan.

"Kalau macam itu, jom kita pergi lunch." Aku senyum pada Aera. Kami jalan beriringan ke restoran berdekatan.

Kim Airin. Siap kau bila aku balik nanti!

End Jimin's pov

⚊▶⚊

Airin's pov

Aku turun dari kereta Taehyung dengan sebungkus beg plastik di tangan. Barang-barang yang aku beli dengan dia tadi.

"Thank you, Tae. Maaf susahkan awak." Aku ucap sebelum menutup pintu kereta. Tanpa menunggu balasan dari Taehyung aku berpaling untuk membuka mangga pintu.

Ingatkan Taehyung dah beredar, rupanya dia turun pula dari kereta dan ambil bag plastik tu dari tangan aku.

Nampak aku terkial-kial nak buka mangga lah tu. Aku senyum sejemput pada dia. Jujur, aku sayangkan Taehyung. Tapi tak lebih dari aku sayang Jimin. Sayang aku pada dia hanya sekadar kawan. Tapi, entahlah. Keliru otak bila fikirkan.

"Kenapa tak balik lagi? Hari dah senja." Aku buka pintu gerbang yang gedabak depan mata ni. Bag plastik di tangan Taehyung aku rampas kembali. Sempat aku mengerling ke arah garaj. Kosong, Jimin belum pulang.

"Awak pasti awak boleh tinggal seorang?" Okey aku tahu soalan Taehyung tak buat lawak. Tapi aku tetap tergelak kecil.

"Saya dah biasalah Tae. Dari dulu semuanya sendiri." Aku tuturkan dengan nada selamba, Taehyung yang over. Dia buat muka nak menangis. Comel!

"Saya temankan nak?"

"Lepas itu esok keluar berita. Lelaki kacak dibunuh kerana bersama isteri kawan baik sendiri. Breaking news."

Taehyung ketawa. Aku juga turut mengukir senyum. Sumpah, rasa selesa bersama Kim Taehyung. Aku boleh luahkan pada dia apa saja! Dia pasti dengar bebelan aku dan berikan aku semangat untuk teruskan kehidupan.

"Awak ni kelakarlah, Airin. Sakit perut saya ketawa." Aku mengeluh kecil. Dari pagi tadi sampailah sekarang, Aku tak berehat pun.

"Pergi baliklah, Tae. Kesian awak penat." Aku menguap kecil. Mengantuk!

"Saya tak kisah kalau saya penat. Airin. Awak tu okey ke tidak?" Aku ketap bibir.

"Taehyung. Say--" percakapan aku terpotong dek bunyi hon kereta dihadapan kami. Kereta Jimin, matilah. Kereta Taehyung yamh terpakir dihadapan gate ini memang menghalang laluan Jimin nak masukkan kereta dia ke garaj.

"Tae, baliklah." Makin lama makin kuat dan laju bunyi hon tu. Bingit telinga dibuatnya.

"Buat apa nak takut dengan dia? Saya kan ada." Taehyung masih tak berganjak. Dan Jimin masih membunyikan hon.

"Baliklah, nanti saya call awak. Nanti jiran-jiran keluar mahunya jadi satu adegan dekat sini." Aku bersuara seakan-akan merayu.

"Okey sayang okay! Saya balik. Awak jaga diri ya. " Taehyung mencium dahi aku sekilas. Makin meleret bunyi hon. Aku menolak tubuh Taehyung menjauhiku, sempat dia mengenyitkan sebelah matanya padaku sebelummasuk ke dalam kereta dan berlalu pergi. Asyik memerhatikan Kim Taehyung, aku tak sedar bahawa Jimin memandu laju masuk ke dalam garaj.

Lengan aku terlanggar dengan cermin sisi kereta Jimin, bodoh! Baik langgar aku bagi mati je terus. Pintu kereta Jimin kedengaran dihempas kuat.

"Park Airin, tutup pintu. Masuk!"

Aku hentak kaki masuk ke dalam rumah.

⚊⏸⚊

M

aaflah sebab lama tak update. Entri kali ini hanya sekadar melepas rindu, hahaha.

[C] PJM ⚊ Only You Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang