Part 16 : Parti

727 68 4
                                    

Fokus Jimin terhadap pemanduannya sehinggakan keadaan di dalam kereta senyap sunyi. Radio juga tidak diputarkan.

Sesekali Airin mengerling sekilas ke arah Park Jimin. Muka lelaki itu sukar ditafsir. Ada riak sedih, geram. Entahlah, dia menghela nafas berat.

"Jimin." Seru Kim Airin, namun tiada sahutan.

"Park Jimin." Masih tiada respon.

"Awak tak boleh buat macam itu, tak hormat namanya." Dia bersuara serius. Sedikit sebanyak ingin memberitahu kepada Jimin bahawa tindakan lelaki itu salah.

"Kau tak faham, diam." Fuh! Bergetar tulang rusuk. Bukan dilamun cinta, tapi tegas dan ngerinya suara Jimin pada pendengaran Airin buatkan gadis itu rasa seram sejuk!

Jimim menekan pedal minyak, meneruskan kelajuan pada tahap berlebihan dari normal. Tersentak tubuh Airin pada tempat duduk.

"Jimin, awak kenapa?" Sebelum nyawa aku tercabut, baik tanya. Sekurang-kurangnya mati pun tak adalah sia-sia.

"Kau tak faham, Airin."

Kereta dia alirkan ke tepi jalan tanpa memberi signal. Brek ditekan secara mengejut.

Nasib baik pakai tali pinggang, kalau tak sia-sia gigi rongak dek tersembam di dashboard. Airin mengambil nafas lega, tapi tak lama. Jimin mengetuk kuat stereng kereta.

"Argh stress!" Kedua-dua belah tangan ditekupkan ke muka. Airin merenung Jimin pelik.

Apa lelaki ini? Tak akanlah nak dapat mak baru stress macam mati bini? Eh, minta-mintalah aku panjang umur.

"Selama ini, aku hidup sendiri Airin. Appa tak pernah nak ambil tahu. Tapi dia tetap nak tentukan jalan hidup aku. Dia paksa aku kahwin dengan kau. Dia nak kahwin baru. Semuanya dia tak tanya pendapat aku! Aku ini siapa sebenarnya? Aku tak ada hati dan perasaan ke? Aku tak ada kebahagiaan aku sendiri ke? Aku tak boleh terima sesiapa pun untuk menggantikan tempat mama, faham tak?"

Sebak Airin dibuatnya mendengar luahan Park Jimin. Segera dia mengambil tindakan untuk menarik lelaki itu ke dalam pelukan. Tidak lama kemudian, dia dapat rasakan yang pelukannya berbalas.

Jimin disembamkan pada lekuk leher Airin. Sedikit sebanyak pelukan dari isterinya dapat menenagkan gelodak jiwa.

Airin mengusap lembut rambut Park Jimin.

"Shh, saya kan ada."

⚊▶⚊

"Airin, saya nak buat parti malam nanti." ujar Jimin.

Dia sedang menongkat dagu di bar dapur, ralit memerhati Airin lincah menyediakan makan tengahari.

Jimin ambil keputusan untuk tak masuk ofis sebab malas bersua muka dengan Ayah Gyeol.

"Parti? Parti apa?" Kim Airin menyoal seraya membasuh lobak merah yang dipotong sebelum dilemparkan ke dalam periuk berisi stew daging yang sedang menggelegak.

Park Jimin suruh dia masak, mengidam mungkin? Tapi eh, belum jalan dah mengandung ni apa cerita? (Maaflah fikiran saya out of state sikit harini, hahaha.) Sudu diambil lalu dicedok sedikit kuah stew dagingnya untuk merasa.

"Naked party." Terbatuk-batuk Airin mendengar jawapan Jimin. Dadanya ditepuk-tepuk. Jimin ketawa besar.

Masuk air punya suami, kalau aku tersedak mati dekat sini macam mana?

"Chill lah, aku gurau aje."

"Gurau kasar." Bidas Airin acuh tidak acuh, dia hadiahkan
jelingan tajam pada Jimin. Lelaki itu ketawa lagi.

"Parti kecil-kecilan aje, ajak kawan-kawan saya. Boleh?"

"Rumah awak, kenapa tanya saya?" Airin capai senduk lalu mengacau stew daging yang siap dimasak sebelum menutup dapur eletrik yang digunakan untuk memasak.

"Bukan rumah kita ke?" Jimin tersenyum simpul, Airin pekakkan telinga.

"Sempat ke nak beli barang-barang semua?" Dia sendukkan stew daging ke dalam mangkuk.

"I have my beautiful girlfriend to do those job. Aera dalam perjalanan bawa barang untuk malam nanti." Sedikit sebanyak ayat pujian Jimin terhadap Byun Aera menyinggung perasaan Kim Airin.

Tapi.. ah biarlah! Janji dia masih dapat berbual dengan Jimin, masih dapat bergurau senda walaupun dia tahu tak lama.

"Oh." Kini sepatah dia menjawab sebelum meletakkan semangkuk stew ke atas meja.

"Makanlah." ujar Airin tanpa memandang sekilaspun pada Jimin.

"Tunggu Aera sekalilah. Kita makan tiga orang."

"Hmmm." Airin bergerak ke singki untuk membasuh peralatan yang telah dia gunakan untuk memasak. Seketika kemudian kedengaran loceng rumah mereka berbunyi.

"Yay!" Laung Jimin sebelum melompat dari duduknya, berlari anak ke pintu utama.

Airin tersengih. Perangai tak ubah macam budak-budak.

"Hi, Airin!"

"Hi, Aera." Gadis itu tayangkan senyuman paling manis buat Byun Aera. Jimin letakkan barang yang dibeli Aera ke atas permukaam singki.

Cantik. Aera memakai dress kembang berwarna baby blue paras betis. Dengan solekan tipis, gadis itu nampak bersinar-sinar!

Patutlah Jimin tertiarap, Airin mengerling ke arah pakaian yang tersarung ditubuhnya sekilas. Seluar slack hitam, dipadankan dengan baju t oversize. Rambut disanggul secara messy bun, muka pucat tanpa solekan.

"Kita makan dulu ya? Lepas ni baru kita buat persiapan untuk parti malam nanti." Jimin bersuara. Dia mengambil tempat di sebelah Aera, berhadapan dengan Kim Airin. Kedua-dua gadis itu sekadar mengangguk.

Mereka mula menikmati hidangan tengahari yang disediakan sepenuhnya oleh Kim Airin.

"Awak dah jemput orang untuk parti malam nanti?" Aera menyoal pada Jimin.

"Hmm, and guess what? Jay dengan Chaelin dah balik dari Australia 2 hari lepas."

"Seriously? Jadi mereka datang jugalah malam nanti?" Park Jimin mengangguk kecil.

"Actually parti malam nanti sedikit sebanyak untuk sambut kepulangan mereka berdua."

"Great!" Byun Aera tersenyum. Airin sekadar pasang telinga. Rasa macam halimunan pun ada.

"Airin. " Seru Aera.

"Ya?"

"Pandai awak masak, sedap sangat!" Pujiaan gadis itu buatkan Airin tersenyum sipu.

"Terima kasih."

⚊⏸⚊


[C] PJM ⚊ Only You Where stories live. Discover now