Part 1 : Perkahwinan Paksa

2K 123 4
                                        

Pagi yang tenang itu tidak dapat menenangkan hatinya yang kini ingin memberontak geram dengan keputusan melulu yang dibuat oleh bapanya tanpa memikirkan tentang perasaan dan meminta pendapatnya  terlebih dahulu.

Tup tup, semuanya sudah tersedia.

"Jimin hanya perlu bawa diri sahaja dan ringankan mulut tu untuk berkata 'I do', tak susah kan?"

Kata-kata Park Gyeol masih lagi terngiang-ngiang di cuping telinga. Sungguh senang berkata-kata. Tidak guna bertengkar, akhirnya dia mengalah.

Mengalah. Bukan erti dia mengalah dengan cinta buat gadis yang dia damba. Wajah gadis tersebut bermain lagi di layar mata. Andai saja hati gadis itu dapat dimiliki, tidak pernah terlintas dek akal fikiran untuk dia lepaskan.

"Park Jimin, majlis akan berlangsung dalam masa kurang daripada 15 minit." Satu suara mengejutkan lamunannya. Pintu bilik persediaan dikuak separa.

Jimin berpaling ke arah muka pintu dimana berdirinya seorang lelaki segak bertuxedo putih, juga dikenali sebagai pembantu peribadinya atau lebih spesifik, Lee Jihyun.

Memang dia tak suka bila perempuan jadi pembantu peribadi, banyak songeh!

Kepala diangguk beberapa kali, pintu yang tadinya terbuka kembali tertutup rapat. Jimin mengurut pelipisnya. Dia kembali bersandar pada kerusi yang didudukinya. Mata dikatup dan wajah gadis itu muncul lagi.

Seketika kemudian jurusolek yang ditempah khas untuk majlis perkahwinannya hari ini masuk  lalu mendapatkan Park Jimin.

Ralit mengelamun, Jimin buka mata setelah merasakan bahawa ada benda lembut yang menyinggah ke seluruh wajah.

"Eh, maaf. Saya ingat awak tengah tidur tadi. Tuan Gyeol suruh saya touch up make up memandangkan majlis dah nak mula, saya masuk tengok awak teng-" Belum selesai menjelaskan keadaan, percakapannya dicantas.

"Awak tak perlu terangkan satu persatu. Saya faham, Yumi." Jimin senyum sejemput. Juru solek yang bernama Kim Yumi itu tertunduk dan mengundur beberapa langkah ke belakang apabila lelaki itu bangun dari duduknya.

Park Jimin melangkah menghala ke meja solek. Melihat dirinya yang segak, luarannya nampak tenang namun otak ligat berfikir yang sebentar sahaja lagi dia akan bergelar suami kepada gadis yang dia sendiri tidak kenali.

"How's my makeup? Is it done?" Jimin menyoal sambil memerhati Yumi dari pantulan cermin. Gadis itu lantas mengangguk seraya tersenyum.

"Yes, perfectly done." Ujar Yumi.

"Thank you." Jimin tersenyum tawar. Pintu bilik persediaan tersebut terbuka lagi. 

"Encik Jimin, majlis akan bermula sebentar sahaja lagi." Lee Jihyun yang tadinya menghilang muncul kembali di muka pintu.

"Jom." balas Jimin ringkas, satu keluhan berat dilepaskan. Ritma jantungnya juga memainkan peranan untuk menambah kegusaran di dalam diri pada ketika ini.

"Okay, you may follow me."

Jihyun memberi arahan.

"Thanks, Yumi. You did a very good job." Kata lelaki itu sebelum mengikuti langkah Lee Jihyun.

Kim Yumi tersenyum simpul, tangannya lincah mengemas alat solek yang digunakan sebentar tadi dan turut berlalu keluar.

⚊▶⚊

The Church Of Busan

Makin berdebar rasa hati apabila matanya tertancap pada seorang gadis yang mula menapak ke pentas persatuan diiringi oleh ayahnya sendiri.

Gadis itu lengkap berpakaian gaun pengantin yang ringkas tapi cukup menonjolkan kecantikannya, dia nampak menyerlah walaupun dengan solekan yang amat tipis.

Walaupun wajahnya samar-samar dari pandangan mata Park Jimin. Lelaki itu tanpa sedar sudahpun memuji bakal isterinya di dalam hati.

Diiringi Park Gyeol, akhirnya gadis itu tiba di pentas penyatuan. Park Gyeol kembali ke tempat duduknya, dan gadis itu naik ke pentas dengan berhati-hati.

Bergetar lutut apabila menghadap Park Jimin. Dia hanya menunduk memandang lantai. Wajah Jimin tidak terpamer sebarang reaksi walaupun gadis itu berada di jarak yang dekat.


Paderi yang ingin menyatukan mereka berdua kini berdiri di sisi sambil membaca ikrar yang harus mereka tepati apabila disatukan nanti.

Pasangan itu langsung tidak ambil peduli tentang apa yang dikumat-kamitkan paderi tersebut. Sibuk melayan perasaan masing-masing, sehinggakan Jimin tersedar apabila namanya diseru.

"Park Jimin, minta perhatian. Saya ulang ya." Paderi itu bersuara sedikit tegas.

"Park Jimin, do you take Kim Airin as your wife?" Satu keluhan dilepaskan, hari ini sahaja entahlah berapa kali dia mengeluh.

Jimin menoleh memandang ayahnya. Park Gyeol hanya sekdar mengangguk seraya tersenyum.

Hanya untuk sementara, ya sementara.

"I do." Ucap Jimin perlahan tetapi jelas didengar. Bakal isterinya angkat muka.

Kalau tak setuju, kenapa mengaku?

Jimin yang bagai dikurniakan kesedaran terpana seketika apabila matanya bertembung dengan mata gadis itu.


"Kim Airin, do you take Park Jimin as your husband?"

"I do." Lembut Kim Airin melafazkan ayat itu tanpa gugup.

"Park Jimin, you may now kiss y
the bride." Paderi tersebut mengundur beberapa langkah ke belakang. Jimin mengeluh lagi.

Do I really need to do this?

Dengan teragak-agak dia mendekati Kim Airin, gadis yang baru sahaja bergelar isterinya.

Dagu gadis itu disentuh lembut, wajah isterinya diangkat sedikit. Airin merenung ke dalam anak mata Jimin. Jelas sekali kelihatan ada mutiara jernih yang ditahan gadis itu dari terjatuh.

Bibir Kim Airin dipagut Park Jimin. Dan saat bibir mereka bersatu, air mata yang tadinya ditahan mengalir jua membasahi pipi gadis manis itu. Ciuman dilepaskan. Para hadirin bangun memberi tepukan yang gemuruh.

Jimin mendekatkan bibirnya ke telinga Airin lalu membisik perlahan. "Tak payah sedih, tak payah menangis. Ini hanya buat sementara." Dengan kata-kata itu, makin bercucuran air mata Kim Airin jatuh.

⚊⏸⚊

[C] PJM ⚊ Only You Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang