34 : Kembali Bersatu

573 43 8
                                    

"Kau orang berdua tahu tak kenapa benda ni berlaku?" Taehyung berseloroh dari katil hospital. Menghadap pada Jimin dan Airin yang duduk dihadapannya.

"Aera diculik waktu kita dalam perjalanan ke mahkamah. Maksudnya, kau orang berdua memang ditakdirkan untuk bersama." Sambungnya sambil tersenyum lirik. Airin yang tadi tunduk dongakkan kepala.

Dahi gadis itu sudah berkerut sedikit. "Sedar tak apa yang awak cakap?" Taehyung anggukkan kepala.

"Sedar. Awak tu yang belum sedar." Bibirnya menjuih.

"Park Jimin, kau dah macam abang aku. Tak akanlah aku nak rampas isteri kau." Jimin pulak yang kerutkan dahi.

"Aku plan semua ni, sebab nak bagi kau cemburu. Nak kau tahu yang kau ada isteri bak bidadari. Bukan sibuk pergi meratap cinta orang lain. Kau orang dah dijodohkan bersama. Buat apa cari orang lain lagi?" Omel Kim Taehyung. Tak payah pergi mahkamah untuk mendapatkan kaunseling, wad ini pun dah terasa macam bilik kaunseling bagi pasangan suami isteri tersebut.

"Maksudnya selama ini awak berlakon aje sukakan saya?" Tanya Airin acuh tidak acuh. Ah! Sakitnya rasa hati kalau Taehyung hanya berlakon semata-mata. Sebab sepanjang perkenalan mereka, Airin memang ada hati pada lelaki itu tanpa rasa berdosa, cait!

Namun baru dia tahu niat Taehyung hanya ingin membantu mereka kembali bersatu semata-semata.

"Saya tak pernah sukakan awak, Airin. Malah saya nak tengok awak dan Jimin bersatu semula. Tapi bila Jimin tidur dengan Aera depan awak, saya jadi marah. Geram sebab tak sangka orang yang saya anggap bijak ada bodohnya."

"Eish, main lepas nampak?" Sampuk Jimin tidak puas hati.

"Sorry, brother." Taehyung ketawa comel.

"Bersatulah kau orang, aku dah tak larat nak berlakon. Ni, nampak. Sampai kena tembak sebab masuk dalam dilema kau orang." Jari ditunding ke arah lukanya yang baru lepas dijahit.

"Sayang.." Jimin menyeru, kepala ditolehkan pada Kim Airin. Entah kenapa tiba-tiba gadis itu rasa gugup. Macam blind date pulak.

"Aku nak check out kejap." Taehyung ungkap ayatnya lambat-lambat sebelum melompat turun dari katil dang melangkah keluar dari wad privasi yang menempatkan mereka bertiga.

"Saya panggil awak ni, dah tak nak tengok muka saya ke?" Lengan baju isterinya ditarik sedikit. Airin gigit bibir sebelum menoleh.

"Kenapa?" Soalnya pada Jimin. Lelaki itu tersengih sebelum melutut di hadapan Airin. Hampir sahaja gadis itu melatah lalu terjatuh daru kerusi.

"Eh, eh." Jimin ketawa kecil melihat telatah isterinya.

"Kita kena kahwin paksa, banyak cerita cliche dalam perkahwinan kita. Dan saya rasa dah sampai masa untuk kita tamatkan cerita cliche tersebut dan jalani kehidupan suami isteri macam biasa." Tangan isterinya diraih dan diusap-usap.

"Kim Airin, I never really ask you this. But I think its time." Jimin tarik nafas dalam-dalam.

"Will you marry me?" Mata Airin membundar. Hatinya berdegup kencang. Bagai hendak terlompat keluar dari tubuh.

"S-say-ya."

"Yes or no?" Lelaki itu memotong percakapan gagap Airin.

"Yes." Airin membalas seraya tersenyum sipu. Jimin senyum lebar lalu bingkas berdiri semula diikuti Kim Airin.

"Tak ada lagi sakit hati, tak ada lagi babak cliche. Yang ada hanya sekadar cinta kita yang akan bersemi. Forever and ever!" Dia berbicara sarkastik.

Airin mencemik sedikit.

"Ayat awak pun dah cliche." Mereka berdua ketawa. Jimin melangkah ke hadapan lalu dahi isterinya dikucup.

"Terima kasih sebab beri saya peluang, Park Airin." Dahi mereka bertembung. Menenung ke dalam anak mata masing-masing.

"Dan terima kasih kerana sudi terima saya, Park Jimin."

______

"See that? Aku harap kau cari orang lain. Terima hakikat yang Jimin dah berpunya." Taehyung dan Aera kembali duduk di kerusi yang terletak di tepi pintu wad privasi Taehyung.

"Hmm, aku harap mereka berdua bahagia." Byun Aera menggumam. Taehyung anggukkan kepala sedikit.

"Lepas ini apa plan kau?" Gadis itu menyoal pada sahabat buah hatinya. Yang kini sedang dilamun cinta dengan isteri tercinta.

Maaf, ayat cliche lagi.

"Kumpul duit, aku nak travel seorang diri nanti." Taehyung membalas bersahaja. Mata meliar ke sekitar kawasan hospital sebelum tertancap pada seorang gadis yang tidak terlalu pendek dengan senyuman yang terlayar di bibir manis itu bersama lesung pipit. Terpana seketika lelaki itu.

"Kita travel dua orang nak, Tae?" Aera menyoal teragak-agak. Taehyung kerutkan dahi. Dia menoleh pandang gadis itu bersebelahannya.

"Kau tengah try aku ke, Aera?" Gadis itu selitkan rambut ke belakang telinga.

"T-tak. Maksud aku sebagai kawan." Dia bersuara yakin. Namun Taehyung tahu apa yang tersulit. Tak serik lagi perempuan ni sampai kena culik dan sebab kau aku kena tembak.

"Tak apa. Aku nak travel sendiri. Seorang. By myself. Period." Habis segala ayat yang memaksudkan dirinya seorang dia tuturkan.

"Okey." Aera hembus nafas keluar perlahan-lahan.

"Tapi kalau kau nak, aku masih available." Aera mengusik lagi, seronok pula rasanya mengusik Kim Taehyung.

"Euw, tak nak!" Lelaki itu berdiri dari duduknya. Berlari anak ke luar hospital. Aera ketawa lucu. Moga-moga kita jumpa kebahagian masing-masing, Taehyung.

and... CUT!

tamat, tamat, tamat! Sambungan? ;)

[C] PJM ⚊ Only You Where stories live. Discover now