Part 11 : Suami & Isteri

1.1K 79 4
                                    

Hari ini, hari dating Airin dengan Jimin. Dan memandangkan gadis itu dilayan dengan baik dua tiga hari ni, pagi-pagi lagi Airin dah melebarkan senyuman.

"Tunggu saya balik, pukul 4 petang tepat. Saya balik awal untuk awak, siap cantik-cantik." Pesanan yang diterima dari jimin bersama ciuman di dahi pagi tadi buatkan Airin bernyanyi-nyanyi semasa menyiapkan sarapan.

Lelah membuat kerja rumah, dia labuhkan punggung pada sofa di ruang tamu sambil menonton drama yang ditayangkan.
Ralit menonton, telefon bimbit yang berada di atas meja dihadapannya berbunyi.

Jam yang tergantung di dinding ditoleh sekilas.

"10:35 minit pagi. Tak akan baru berapa jam dah rindu?" Airin menggigit bibir sekilas sebelum panjangkan tangan untuk mqencapai telefon.

Unknown number. Airin senyum sinis, dia tahu siapa pemanggilnya.

Panggilan tersebut segera dijawab.

"Hello?"

"Sorry."

"Untuk apa?"

"Malam tu, saya bodoh biarkan awak balik seorang. Kalau jadi apa-apa jadi, mati saya dengan Jimin. Awak okey kan?" melulu Taehyung bersuara.

"Saya okeylah, tak ada apa yang berlaku. Semuanya okey. " Airin menyelesakan diri di atas sofa.

"Jimin tahu awak keluar dengan saya?" Tanya Taehyung takut-takut.

"Tak."

"Apa awak cakap dengan dia?"

"Kenapa awak nak tahu? Diam sudahlah."

"Amboi, mengajar." Airin ketawa kecil.

"Airin, saya nak tebus kesalahan saya. Jom keluar? Cakap apa yang awak nak, saya belikan."

Nope, tak boleh.

"Tak boleh." See? Pandai author teka jawapan Airin. Dia nak gi date dengan Jimin memang gini.

"Kenapa? Takut Jimin marah?"

"Tak. Saya rasa tak perlu kut, lagipun hubungan saya dengan Jimin dah makin baik." Taehyung diam tidak membalas.

"Oh, baik. Bye." ujar lelaki itu selepas beberapa ketika.

"Bye-"

"Kejap!" Laung lelaki itu dari dalam talian.

"Ada apa lagi, Taehyung?"

"Pasal awak nak jumpa doktor yang rawat Jimin," Taehyung sengaja gantungkan ayat.

"Cakaplah cepat, Tae!" Desak Airin. "Eh, mana awak tahu nama manja saya?" Airin tepuk dahi. Taehyung ketawa kecil sebelum menyambung.

"Okey, okey. Saya boleh bawa awak jumpa doktor yang rawat Jimin." mata Airin membulat.

"Serius?"

"Iyalah, nak ke tidak?"

"Nak! Bila?"

"Bila awak free nanti, call saya. Saya ambil awak dan kita pergi jumpa doktornya, ya?"

"Okey! Thank you so much Taehyung!"

"Sama-sama sayang. Take care. Bye." Panggilan ditamatkan serta- merta. Airin mengerutkan dahi, sayang? 

⚊▶⚊

"Hai sayang." Mata Jimin membuntang, Byun Aera? Tangan yang tadi sedang menaip untuk pembentangan terhenti.

"Hai." Balas Jimin, gadis itu mengambil tempat di atas meja Jimin.

[C] PJM ⚊ Only You Where stories live. Discover now