Part 31 : Need your love before I fall.

481 51 29
                                        

"Saya suruh makan ubat, tak nak. Tengok apa dah jadi," Bebel Byun Aera. Membebel, bebel jugak tapi tangan tu masih mengurut-urut bahagian belakang tubuh badan Jimin. Sempat mereka bersarapan sebelum naik ke pesawat. Terbang saja pesawat ke langit, Jimin sudah membuangkan kembali segala isi perut.

Park Jimin angkat muka dari plastik pakai buang, dilap bibirnya dengan tisu. Tubuh diandarkan ke tempat duduk.

"Saya tak suka ubat." Ujar Jimin, mata dipejamkan dengan harapan rasa pusing di kepala hilang dengan serta merta.

"Kalau macam tu, bilanya nak baik." Tempelak Aera, mata tidak lepas dari memerhati wajah Jimin.

Risau, sayang. Gila tak sayang?

"Mati lagi bagus," tutur lelaki itu perlahan. Sebagai balasan, Aera menumbuk sedikit bahu Jimin membuatkan dia ketawa kecil.

_______

"Nak balik rumah Jimin atau nak balik rumah saya?" Tanya Taehyung sebaik sahaja dia dan Airin menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Seoul.

"Rumah Jimin. Apa pulak rumah awak?" Kim Airin kerutkan dahi.

"Bukan awak kata sampai aje Seoul awak nak kahwin dengan saya ke?"

"Tak jadilah. Tahap miang awak tak boleh bawak bincang." Balas Airin mendatar, dahi lelaki itu dijentik sedikit.

"Airin." Seru Kim Taehyung selepas beberapa ketika.

"Hmm?"

"Jangan curang dengan saya bila awak bersama Jimin di rumah dia nanti ya?" Suara Taehyung kedengaran sayu, perhatian Airin beralih kepada Kim Taehyung, Airin senyum sejemput.

"Tapi dia masih suami saya," Ujar Airin dengan jujur. 50 peratus hendak Taehyung ingat akan fakta tersebut dan 50 peratus lagi sengaja hendak mengusik lelaki itu.

"Right." Taehyung menggosok-gosok belakang leher, rasa malu mula menterjah dirinya apabila berpesan sebegitu pada Airin tadi.

"Tapi saya sayang awak, Tae. Jangan risau. " Airin kenyitkan sebelah matanya. Untuk tenangkan sedikit gelodak hati Taehyung yang mula berubah riak wajah. Taehyung mengangguk sedikit dan membalas senyuman gadis itu.  

_____

Sampai saja Taehyung dan Airin di rumah Jimin, lelaki itu dan Aera juga berada di hadapan rumah megah tersebut. Airin masuk ke dalam rumah dahulu selepas berbalas ucapan selamat tinggal dengan Taehyung.

Kim Taehyung mula beransur pergi, ada rasa kurang selesa untuk berhadapan dengan Jimin ketika ini.

"Awak baliklah, terima kasih Aera." Jimin senyum sedikit, tangan mula mengambil bagasinya yang sedari tadi diseret Byun Aera.

"Hmm, kereta awak dekat busan macam mana?" Soal Aera, sengaja ingin berlama.

Memanglah kesian dekat Jimin demam bagai, tapi isteri dia kan ada tu.

"Saya suruh Jihyun ambilkan, dah tak larat nak drive, awak pun takut nak drive jauh-jauhkan?" Byun Aera mengangguk-angguk.

"Jimin." Panggil gadis itu.

"Hmm?"

"Saya rindu.."

"Rindu?"

[C] PJM ⚊ Only You Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang