Part 8 : Taehyung

1K 88 9
                                    

Dalam keadaan pipi basah dek air mata, telefon milik Airin berbunyi. Terhenti seketika tangisan gadis itu. Airin meraup segenap wajahnya dengan telapak tangan bagi menghilangkan sisa air mata.

Unknown number?

Dahi  Kim Airin berkerut, sebelum dia tetap menjawab panggilan tersebut.

"Hello?"

"Hai, Park Airin." Suara di dalam talian kedengaran ceria, makin pelik dia dengan si pemanggil.
Park Airin? Siapa lagi yang tahu  dia isteri kepada Park Jimin?

"Kau siapa dan kau nak apa?" Kasar soalan itu diajukan. Orang tengah sedih, jangan nak cari pasal.

"Kasar, I like." Gatal sahaja bunyinya. Panggilan segera Airin matikan. Seketika kemudian, telefonnya berdering kembali.

"Saya Kim Taehyung, kawan baik suami awak. Kita sempat jumpa masa majlis hari itu, ingat tak?" Airin tepuk dahi. Memang semua kawan Jimin macam perogol bersiri ke bila bercakap?

"Ya, saya ingat." Dari bahasakan diri aku kau, terus jadi awak saya. Kurang sopan pula bunyinya nanti.

"Awak buat apa? Dah makan?" Okey, dah nak masuk 5 bulan jadi isteri Jimin tak pernah sekalipun lelaki itu nak tanya dia makan ke tidak. Sedihnya hidup?

Kim Taehyung? Nice guy.

"Saya tengah kemas bilik Jimin. Dah makan, tadi sarapan. " Lembut saja Airin membalas.

"Sekarang pukul 4:56 minit petang, dan awak hanya makan sarapan? Patutlah makin kurus. " kata Taehyung diiringi ketawa kecil. Airin tersengih,

"Mana awak tahu saya makin kurus?"

"Look behind you."

"Almari." Mereka berdua ketawa kecil. "Ada apa call saya? Dan mana awak dapat nombor saya?"

"Saya curi dari handphone Jimin. Sengaja, nak goda isteri kawan sendiri. "

"Tak boleh, sebab isteri kawan awak ini setia pada yang satu." Airin tersengih sumbing.

"Untung kawan saya, saya yang merana." Dah kenapa?

"Kenapa diam?"

"Tak ada apa."

"Jom keluar?"

"Hah?" Makin pelik Airin jadinya.

Mungkin ini plan Jimin? Dia cintakan aku tapi tak nak mengaku sebab dia sakit? Eh macam cliche sangat aje? Apa kau ni, Airin?

"Kenapa? Tak boleh?" Namun begitu, Airin juga punya agendanya yang tersendiri.

"Bila?" Tanya gadis itu.

"Awak sudi?"

"Sudi."

"Yes! Tak payah tahu dekat mana atau bila. Macam ni, pukul 8 malam nanti saya ambil awak dekat rumah Jimin. Hmm?"

"Tapi sebelum tu-" Dia berkira-kira. Nak tanya ke tidak?

"Ya? Tanyalah, saya setia jadi kaunter pertanyaan untuk awak." tawa Airin terletus, kekok.

"Jimin macam mana?"

"Selama ni pernah ke dia ambil tahu pasal awak, Airin?"

Airin terdiam, gugup bila dengar suara Taehyung bertukar serius.  Ada benar jugak kata lelaki ini.

"Awak kawan rapat Jimin kan?"

"Ya, berapa kali perlu saya beritahu awak?"

"Saya cuma nak pastikan. Awak boleh tolong saya tak?"

[C] PJM ⚊ Only You Where stories live. Discover now