Part 13 : Pengorbanan

1K 76 4
                                        

"Jimin dah pergi kerja?"
Tanya Taehyung sebaik sahaja Airin menerobos masuk ke dalam keretanya. Airin hanya mengangguk, sejak kejadian semalam, dia tidak pula bersua muka dengan lelaki itu.

Entahlah lelaki itu pulang atau tidak ke rumah semalam. Sebuah senyuman kecil dihadiahkan buat Taehyung.

Lelaki itu mula memandu,

"Awak sihat?" Taehyung menyoal prihatin, pada pandangannya Airin kelihatan semakin mengecil. Senyuman gadis itu juga jelas hanya palsu.

"Sihat, Tae. Awak? " Airin memandang sisi kacak Taehyung, lelaki itu kelihatan amat segak. Dengan lengan baju kemejanya dilipat hingga kesiku.

"Sihat, sayang. Cuma.. "

Airin menelan air liur, sentiasa dia akan pekakkan telinga jika Taehyung memanggilnya dengan panggilan itu.

"Cuma apa?"

Taehyung menoleh memandang Airin sekilas, "Cuma rindukan awak." Serius sahaja suara lelaki itu seolah-olah dia tidak bergurau.

Airin ketawa kekok.

"Airin. " Seru Taehyung selepas beberapa ketika.

"Ya?"

"Jujur dengan saya."

"Apa dia?"

"Apa tujuan awak nak jumpa dengan doktor yang merawat Jimin?" Gadis itu menghela nafas berat.

"Saya nak tahu tentang penyakit Jimin, mana tahu saya boleh tolong ubatkan. "

"Jimin yang bagitahu awak tentang barah dia?"

"Tak. "

"Mana awak cari tahu?"

"Adalah, rahsia."

"Tak bestlah macam ni, main rahsia bagai." Taehyung memuncungkan mulutnya sedepa. Airin ketawa kecil.

"Taehyung."

"Ya? "

"Jangan bagitahu Jimin tentang apa-apa, okey?"

"Kenapa?"

"Janji dengan saya."

"Janji."

⚊▶⚊


"Dan, itu sahaja pembentangan saya pada hari ini, sekian." Jimin mengambil tempat duduk di sebelah Park Gyeol, tepukan gemuruh bergema di dalam bilik mesyuarat tersebut dan lampu dinyalakan semula.

"Bagus, Encik Jimin, saya setuju dengan pembinaan tersebut. 2 hari lagi, setiausaha saya akan fax kan hitam putih. "

Park Jimin dan Park Gyeol tersenyum lebar memandang amtaravsesama sendiri, projek lumayan di Gwangju kini di dalam tangan mereka.

"Pihak kami undur diri dahulu." Mereka berdiri dan berjabat tangan. Kini hanya Jimin dan ayahnya sahaja yang tinggal di dalam bilik mesyuarat tersebut.

"Jimin duduk. Ayah nak cakap sikit." Niat Jimin untuk keluar dari bilik tersebut terbantut. Dia kembali ke tempat duduk.

"Malam ni datang rumah ayah. Kita dinner sama sama." Park Gyeol mengukir senyuman.

"Dengan Airin?" Tanya Jimin dungu.

"Iyalah. " Gyeol mengerutkan dahi. Tak akan tak nak bawak isteri sendiri?

[C] PJM ⚊ Only You Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang