Diingatkan ya. Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Tiada kena mengena yang hiudp mahupun yang mati. Sis still a student, so sis tak reti nak buat cerita mengenai seorang doktor. Ini hanya imaginasi sis sahaja. Sis cuba buat yang terbaik. Jadi jangan persoalkan kalau jalan cerita ni tak sesuai dengan kehidupan seorang doktor. Kalau rasa pelik dengan cerita ini,dipersilakan tekan anak panah kiri di sebelah kiri atas ya? Selamat membaca!
*******
Tanganku meliar mencari alarm untuk menutupnya. Segera kaki diatur ke bilik air. Sesudah membersihkan diri, aku pergi bersujud pada Ilahi yang telah memberikanku satu hari lagi untuk beribadah kepadanya.Usai solat, aku turun ke meja makan. Kelihatan abah dan ibu sedang enak menjamu selera. "Assalamualaikum. Morning abah, ibu." Tuturku sambil duduk di kerusi.
"Waalaikummussalam. Kerja ke hari ni? Kan hari Sabtu." Soal abah sambil matanya menyorot pada kot putih yang tersidai di kerusi. "Macam tu la abah. Ada appointment dengan patient." Balasku sambil menyumbat roti bakar ke mulut.
"Yalah. Kerja elok-elok." Pesan abah. Aku mengangguk. "Ok la. Rin pergi dulu. Assalamulaikum." Aku mengucup tangan abah dan ibu dan mengambil kunci motor Yamaha.
Ye. Walaupun kerja doktor gaji besar, aku lagi suka pakai motor. Senang. Tak de la stres balik rumah sebab jammed. Aku pakai kereta bila perlu je.
Motor dipandu ke Hospital KPJ Kuala Lumpur. Tempat aku kerja. Oh ya. Aku kerja sebagai doktor psikiatri. Rawat orang yang ada masalah mental. Baik kan aku? Tepuk sikit.
"Chombi, apa kau buat kat sini?" Soal ku pada Kayla yang aku gelar Chombi. "Aku ada kerja sikit. Kau buat apa?" Soal Kayla. "Ada appoinment dengan patient." Kayla hanya mengangguk.
"Ok la. Aku pergi bilik aku dulu. Apa-apa hal panggil aku eh?" Aku mengangguk. Kayla menuju ke biliknya, aku ke bilik aku. Tombol pintu dipulas, tersergam bilik yang comey cun kebabom. Well, aku yang decorate. Ops. Terpuji.
Jadualku diselak. "Hmm..pukul 9 appointmentnye. Sekarang baru pukul 8. Apa nak buat eh?" Aku mengetuk dagu memikirkan sesuatu. Tiba-tiba telefonku berdering. Aku menekan punat hijau.
"Hello, Farisz. Apahal cari aku?" Soalku. "Kau masuk kerja ke hari ni?" Soal Farisz. "Haah. Asal?" Aku menyoal lagi. "Tak de la. Aku baru habis surgery. Ingat nak ajak kau pekena teh tarik ke." Balas Farisz.
"Oh. Kau oncall duty eh?" Soalku. "Haah." Aku berfikir sejenak. "Boleh la. Kau kat ne?" Barang-barang aku dikemas. "Depan surgery room. Aku nak tukar baju dulu. Kau tunggu aku kat taman." Farisz menamatkan panggilan.
Kaki aku melangkah ke taman. Aku duduk di salah sebuah bangku. Seronok duduk kat situ. Pagi yang hening. Suhu yang nyaman. Mata aku tersorot pada Dr James yang berlari seperti terkejar-kejar sesuatu.
"Hey, jomla. Aku belanja." Tegur Farisz dari belakang. Aku mengangguk. "Makan mana ni?" Soalku. "Tak jauh. Seri Persona. Kompem kau lepas makan kat situ, rasa nak makan lagi." Bersungguh Farisz bercerita. Aku hanya melayan.
Setelah beri pesanan, kitorang mula berbual. "Kau pukul berapa dapat call on duty?" Soalku. "Pukul 3 pagi macam tu. Well, kitorang ni doktor surgery. Kalau ada yang accident ke apa, kitorang la jadi super hero. Tak macam kau. Layan orang sakit jiwa je. Sampai kau pun aku tengok dah hilang jiwa." Gurau Farisz.
Aku menjengilkan mata. Sedap je kutuk aku. "Biarlah aku hilang jiwa ke apa. Kau apa kesah?" Bidasku. "Tak de la. Cuma aku ambil berat pasal kau je." Tutur Farisz kemudian menghirup teh tarik.
Usai makan, aku kembali ke bilik. Kelihatan ada seorang budak kecil bersama anak patung di tangannya dipimpin ayahnya di sisi. "Maaf saya lambat." Aku duduk di tempat ku. Menghadap dua beranak itu.
YOU ARE READING
Mr. Cop Mrs.Doc (Complete)
RomanceAirina Sofea- Doktor psikiatri yang berkaliber. Tidak berapa menyukai lelaki atas sebab tertentu. Daniel Hazif- Polis yang berwawasan. Punyai rupa paras yang maskulin. Kehilangan ibu bapa sekaligus menyebabkan dia dirawat oleh Airina. Saat rawatan...