Ding dong!
Aku dan Daniel yang sedang duduk bersantai di ruang tamu terus memandang pintu rumah. Aii...sapa yang datang?
"Abang pergi tengok dulu." Daniel bangun dan terus ke pintu rumah. Nak tengok siapa yang datang. Tak lama kemudian, Daniel kembali.
"Rin, pergi naik atas. Jangan sesekali turun." Kata Daniel serius. Aku dah cuak. "Kenapa ni? Siapa yang datang tadi? Penyamun ke?" Soalku.
Daniel menggeleng. "Just go upstairs, Rin. And don't you dare to earsdropping." Daniel memberi amaran keras.
"Abang, apa jadi ni? Bagitahu la Rin." Kataku. "Rin...tak da apa. Cuma abang nak bincang soal kerja dengan kawan abang. " Riak muka Daniel mula tenang.
"Hmm...ye la.." Aku perlahan menapak ke tangga. Aku curiga. Macam serius sangat je. Ah, mungkin ianya ada rahsia kerajaan yang perlu dilindung. Daniel kan pasukan khas.
Daniel POV
"Maaf lah Tuan. Kami terpaksa. Benda ni emergency sangat." Kata Zak. Aku mengangguk. Aku mengajak mereka untuk berbincang di ruang tamu. Aku menjeling tangga. Takut Rin curi-curi dengar pula. Aku tak mahu. Takut.
"Proceed je." Kataku. Zak mengangguk. Dia memandang rakan sekerjanya di sebelah, Paul mengeluarkan fail sulit dari briefcase.
Isi fail tersebut dikeluarkan. "Ini tuan. Dia dah dapat jejak kita. Serangan hendap pun dah mula. Tapi mereka dah mula kan aktiviti di Afghanistan. Saya ingat pelan yang kita buat beberapa tahun lepas, boleh tahan mereka untuk beberapa tahun, tak sangka pula mereka boleh kalahkan kita." Kata Paul.
Aku diam. Meneliti setiap isi di dalam fail. Aku mengeluarkan biodata Herman. Ya. Herman Sakhoda. Manusia paling durjana dan kejam. Dia lah yang memusnahkan keluarga aku. Kalau tak kerana orang-orang ku yang menjaga keselamatan keluarga Rin dan Dania, memang dia nak bunuh semua orang.
Herman Sakhoda
33 tahun
Kod nama - The Cordia
Kod diri - 060690
Mula mengedarkan dadah di Afghanistan
Aktiviti menyerang hendap sudah mula dilakukan. Suku team Alphs sudah tumbang.Mataku terbuntang membaca maklumat terakhir. What? "Ada list team kita yang tumbang tu?" Soalku. Zak mengangguk dan mengeluarkan list itu dari fail yang lain.
Aku memerhati setiap satu persatu nama yang tercedera. "Dead?" Soalku. Zak menggeleng. "No. Serious injury." Aku mendengus bengang. Banganglah setan ni. Siot!
"Itu sebab kami ke mari. Kami dapat arahan dari pihak atasan, Herman sudah melakukan serangan di Afghanistan. Orang ramai ada yang tercedera. Jadi mereka nak kita ke sana untuk berkawal." Aku terkedu. What?!
"Bila perginya?" Soalku. "2 minggu dari sekarang. Mereka bagi 2 minggu untuk bersama dengan keluarga. Dalam masa dua minggu tu, kita tidak diwajibkan bekerja. Lepastu, kita kena kerah tenaga." Terang Paul.
Aku memegang kepala. Setan durjana. Aku memandang tangga. Rin..aku takut, tak dapat jumpa dia. Risikonya terlalu tinggi. Aku tak nak tinggalkan dia.
"Team kita dah tahu?" Soalku. Mereka menggeleng. "Not yet. Nanti masa mesyuarat kami bentangkan." Aku mengangguk.
"Oklah. Fail tu kau simpan. Nanti beritahu team kita yang lain. Aku..nak cari cara nak bagitahu isteri aku." Perlahan aku bangun dan menuju ke bilik.
Aku membuka pintu bilik. Kelihatan Rin sedang melukis sesuatu di meja kerjaku. "Sayang buat apa tu?" Aku memeluknya. Ah, aku tak sanggup nak tinggalkan Rin.
"Lukis gambar abang." Aku lihat kertas yang dicontengnya. Cantik. Tak sangka Rin pandai melukis. "Cantiknya. Mana Rin belajar melukis ni?" Soalku kemudian menariknya duduk di katil. Pelukanku masih tak dilepaskan.
"Rin ambil seni masa sekolah menengah. Tu sebab Rin boleh la melukis sikit-sikit." Terang Rin. Aku mengangguk. Aku memerhati lukisan itu. Cantik. Agak serupa dengan aku.
Aku gelak sedikit. Asal muka aku kat sini seksi sangat ha? Hahahaha. Rambut pun wavy semacam. Mengancam sangat muka aku kat sini. Macam ni ke rupa aku dalam fikiran Rin? Auch!"Rin, nanti abang tak de tau." Kataku perlahan. Aku memeluk pinggangnya. Dia duduk di antara dua kakiku. Aku letakkan kepala di bahu Rin.
"Eh? Tak paham la..." Kata Rin. Aku senyum. "Lepas dua minggu, abang tak de. Outstation." Sambungku. Ah, tak sanggup aku nak lukakan hati Rin.
"Lama ke?" Riak Rin berubah mendung. "Agak lama lah juga. Abang kena hantar ke Afghanistan." Rin terkejut. "Bukan kat situ ada pergolakan ke?"
Aku senyum tawar. Mukaku disembamkan ke lehernya. "Abang tak nak tinggalkan Rin, but i have to." Kataku. Mataku mula bergenang.
Terasa kepalaku dielus lembut. "Tak apalah. Kan ada dua minggu tu, kita gunakan sebaik mungkin. Rin pun sedih juga. Tapi Rin faham dengan kerja abang. Takkan la Rin nak pentingkan diri sendiri sedangkan banyak nyawa yang abang perlu di selamatkan?"
Kata-kata lembut Rin menyentakkanku. Aku memeluknya lagi erat bagai tiada hari esok buat kami. Ini la sebab aku tak nak tinggalkan Rin. Aku takut aku tinggalkannya. Risiko aku ke Afghanistan amat tinggi. Nyawa aku boleh melayang.
Airina POV
Aku duduk di balik bilik air. Tersedu-sedan aku menangis di sebalik pintu. Air mata laju mengalir. Jujur, aku kata aku tak kuat untuk menghadapi semua ini.
Ingat sudah selesai lepas Rafiq, tapi ada masalah yang lebih besar mendatang. Aku tak menangis depan Daniel sebab aku tahu, Daniel perlukan kekuatan. Kalau aku lemah, macam mana Daniel nak teruskan perjuangan dia kat sana?
Kat sana, macam-macam boleh jadi. Nyawa Daniel juga boleh terancam. Melalui berita, ada pemberontak tengah memberontak di sana. Aku takut. Kalau Daniel terkorban.
Aku tak sanggup nak lepaskan dia. Aku tak mampu. Aku cintakan dia. Aku cintakan dia sangat-sangat, Ya Allah...
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Hahaha padan muka Daniel kena outstation. Pikir senang je sis nak kasi korang bahagia sedangkan sis tak? Hahahaha. Sis ingat nak buat Daniel ni mati. Setuju tak? Keep voting and reading!🙆
YOU ARE READING
Mr. Cop Mrs.Doc (Complete)
RomanceAirina Sofea- Doktor psikiatri yang berkaliber. Tidak berapa menyukai lelaki atas sebab tertentu. Daniel Hazif- Polis yang berwawasan. Punyai rupa paras yang maskulin. Kehilangan ibu bapa sekaligus menyebabkan dia dirawat oleh Airina. Saat rawatan...