Bab 23

6K 211 0
                                    

Aku bangun awal hari ni. Daniel kata, dia dah start cuti. Hmm, untung la. Aku minggu depan baru dapat cuti. Baru apply. Nasib baik pihak atasan faham dengan keadaan aku.

Aku menyediakan sarapan hari ni. Special sikit. Nasi lemak. Aku tahu, Daniel selera dia memang lidah melayu. Nak makan nasi. Nasib baik tak ikut barat sangat. Mahu payah aku nak belajar resepi tu semua.

Lepas berperang didapur, aku naik atas. Nak siapkan diri. Aku lihat Daniel yang masih tidur. Aku senyum dan perlahan menapak ke arahnya.

"Abang, bangun. Pergi mandi. Dah subuh ni." Aku menggoyangkan dirinya. Dia memisat matanya. Tak lah susah mana pun nak kejut.

Kami turun lepas solat berjemaah. "Wah, rajinnya masak nasi lemak." Daniel tarik kerusi untuk duduk. Aku senyum sambil mencapai pinggan.

Nasi diceduk kemudian dihulur pada Daniel. "Abang buat apa nanti sorang-sorang? Rin kerja hari ni." Kataku. Daniel memandangku. "Mungkin pergi jumpa anak buah abang kot." Balas Daniel. Aku sekadar mengangguk.

"Ok lah abang. Rin pergi dulu." Aku mencapai tangannya. Waktu itu kami sudah habis makan. "Bawak motor tu elok-elok." Balas Daniel kemudian mencium pipiku. Perlahan dia mencium bibirku.

"I'll miss those lips very much." Aku senyum. Aku peluknya erat. Daniel membalas pelukanku. Terus aku mencapai kunci motor dan kasut sneakers putih. Well, aku tak perlu pakaian formal. Haha. Untung kan aku?

"Yo. Selamat pagi." Kata Farisz. Aku senyum. Walaupun dah berlaku macam-macam sebelum ni dengan Farisz, kami tetap berkawan seperti biasa.

"Yo." Balasku pendek. Sejujurnya emosi aku masih terganggu dengan perkara yang sudah berlaku. Hmm..

"Kau ok? Muram je aku tengok." Kata Farisz. Ketika itu kami di kaunter. Saja lepak-lepak pagi² ni. "Tak lah. Aku penat je kut. Semalam tak dapat tidur." Kataku. Memang semalam aku tak dapat tidur. Menangis je kerja.

"Mata kau tu. Asal sembap?" Soal Farisz. Aku menggosok mataku. "Ah, ini. Aku tengok cerita korea sampai tak tidur. Menangis la tengok cerita tu. Tu yang sembap." Tipuku. Aku tak nak Farisz tahu apa yang berlaku.

"Tu la kau. Orang tidur, kau layan drama." Farisz mengumpulkan failnya. "Dah la. Aku nak pergi. Kau kalau ada masalah, cari aku. Mana tau, aku boleh tolong." Kata Farisz sebelum pergi.

Aku tunduk memerhati perkataan yang ada dalam fail yang aku pegang. Macam mana ni? Aku ambil nafas sedalamnya. Nak tak nak, aku perlu belajar erti redha. Tak apalah. Ada hikmah di setiap yang berlaku.

"ASSALAMUALAIKUM." Aku meletakkan kasut dalam rak kasut. Adeh, sakit leher ni. Asyik menunduk sepanjang hari ni. Cek fail. Mana yang tak update perlu dikemaskinikan.

Aku masuk dalam ruang tamu. Wah! Bersihnya. Sakit pulak mata ku tengok lantai, meja sume bersinar. Pintu kaca ni pun dah berkilat. Ada pembantu baru ke?

Aku nampak Daniel yang keluar dari dapur dengan apron maid. Deyy...mana dia dapat ni? Apron masak tu, aku terima gak lah. Tapi apron maid ni, buat aku.......nak tercirit gelak.

"Abang buat apa ni? Siap pakai apron bagai. Berenda pulak tu." Aku tunjuk pada apronnya. Daniel termangu-mangu. Mungkin blurr sebab aku tiba-tiba saja sampai ke rumah.

"Biarlah. Penat abang kemas rumah ni tau. Semua abang bersihkan." Kata Daniel. Aku menggosok kepalanya. "Good boy. Bagusnya suami Rin ni." Daniel senyum dan peluk pinggangku.

"Dah salam abang belum ni?" Soalnya. Aku sengih dan mencapai tangannya. Kemudian dia mencium pipiku. "Masham. Dah. Jom naik. Kita mandi, lepastu makan."

"Mandi? Sama-sama ke?" Soalku naif. Daniel tergelak kecil. Hidungku dicubit. "Nak ke? Abang on je." Katanya nakal. Aku geleng laju. Terus aku meninggalkan Daniel yang tergelak sorang-sorang.

Daniel tarik kerusi untuk ku. Aw, sejak bila jadi sweet ni? Kemudian, Daniel buka tudung saji. Tara! Chicken chop dan mushroom soup. Wahau. Da lama aku tak makan western ni.

"Ok. Abang tak mampu lah nak masak western ni. Mampu ni je. Berperang juga. Jangan makan kalau tak sedap." Aku senyum. Kira ok lah. Ada effort dia nak masak.

Daniel mengetuai bacaan doa. Usai itu, kami mula menikmati hidangan. Pergh!! Gila kau tak sedap. Walau nama western, tapi rasa ada macam makanan melayu sikit. Haih, Daniel dan melayu memang tak dapat dipisahkan. Tapi muka macam hollywood. Tak apalah. Aku sayang juga pada Daniel.

Aku bantunya membersihkan pinggan kotor. Kami naik untuk solat maghrib berjemaah. Kemudian, kami hanya lepak dalam bilik tengok tv. Malas pulak nak turun. Perut dah buncit, mana mahu geraknya.

Aku lihat Daniel bermain dengan telefonnya. Mesej siapa tu? Hmm..mesti anak buah dia. Bukan anak Dania eh, means budak² bawah dia dalam team Alphs tu.

Aku tau pun sebab aku pernah skodeng wassap Daniel. Mesej hampir 1000 daripada group team Alphs tu je. Mungkin kerja yang berkaitan negara? Who knows?

"Hujung minggu ni kita pergi rumah ibu dengan abah eh? Abang dengan Kak Nuha nak sambut befday Muiz." Kataku. Daniel mengangguk kecil. Amboi, busy bebenor tu.

Daniel meletakkan telefonnya di meja. Ah, finally! Mata dia dah teralih dari telefonnya. Kalau tak, macam aku cakap sorang².

"Sayang, nanti mesti abang rindukan sayang." Dia memelukku. Oh, baru nak sayang². Tadi sibuk dengan fon je. Aku cemberut. Badannya ku tolak sedikit.

"Pergi lah sambung main fon." Kataku perlahan. Daniel gelak. Dia memeluk badanku erat. Pipiku diciumnya. "Ehh, apa cium² ni? Lepas la..." Rengekku. Daniel masih tak mahu lepas.

"Kenapa ni? Merajuk? Alah, ada kerja tadi. Anak buah abang bagi information untuk ke sana nanti." Terang Daniel. Aku masih cemberut. Saja nak bermanja 😝.

"Abang...kena pergi sana jugak ke? Kalau tak pergi tak boleh ke?" Soalku naif. Daniel tersenyum. Pelukannya dieratkan.

"Nak buat macam mana? Abang kerja memang macam tu." Kata Daniel dengan nada berbisik. "Rin tak leh ikut ke? Rin kan doktor." Daniel mencium pipiku pula.

"Apalah sayang ni. Sayang kan doktor psikiteri. Kat sana tak de orang gila,sayang. Kalau doktor bedah macam Farisz tak apalah." Aku mengeluh. Aku melentokkan badan pada Daniel. Lagi sedap Daniel ketatkan pelukan.

"Kalau Rin pregnant,abang tetap pergi jugak ke?" Soalku. Daniel diam. "Can't help with it." Ah, sudah. Mulalah nak bergenang air mata. Cepat² aku lap. Tak nak Daniel tahu aku menangis.

🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃

Keep voting and reading!🙆

Mr. Cop Mrs.Doc (Complete)Where stories live. Discover now