Bab 17

7.3K 221 2
                                    

Aku bangun pagi untuk menyiapkan sarapan. Simple je aku masak. Mi goreng basah dengan roti bakar. Ketika aku hidang makanan, ada sepasang tangan melingkar di pinggangku. Aku hanya membiarkan.

"Apa menu hari ni?" Soal Daniel dari belakang. Terasa nafasnya di telinga. "Takkan tak tahu? Dah nampak makanannya pun mahu lagi tanya." Aku melepaskan rangkulan Daniel dan duduk di kerusi. Daniel turut duduk dikerusi.

"Abang pergi kem latihan tu eh?" Soalku sekadar pecah kesunyian. Daniel mengangguk sambil menyumbat roti bakar ke dlaam mulut.

"Memang tak de uniform rasmi ke kerja abang ni? Ni Rin tengok pakai tshirt biru gelap ni." Kataku lagi. Daniel menilik baju di badannya. "Kira ok lah ni. Sekurangnya abang pakai baju. Kalau tak pakai, ramai awek yang minat kat abang karang." Kata Daniel dambil tersengih.

Aku menunjukkan penumbuk comel pada Daniel. Berani buatlah. Ada juga yang dibuat pisang goreng potong dadu karang.

"Tak lah. Ada je uniform dia. Tapi hari ni abang malas nak pakai. Lagipun, abang kan cheif, kerja mengarah je." Aku mencebik. Untung ler ketua.

"Dah. Makan cepat. Cepat pergi kerja." Aku mengemas pinggan yang sudah licin. Setelah cuci, aku menghantar Daniel ke muka pintu. "Kerja tu elok-elok." Daniel sengih dan mengangguk. Aku capai tangannya dan tunduk menciumnya. Daniel balas dengan mencium dahiku.

"Be a good wife my sweetiepie. I'll miss you a lot today." Aku senyum mendengar kata-katanya. Mataku menghantar Daniel sehingga dia keretanya hilang dari pandangan.

Haih, memang lah Daniel ni. Buat apa aku duduk rumah besar ni tapi tak de kawan? Aku mesej Daniel minta izin nak keluar dengan kawan.

Kemudian aku mesej kawan lama aku yang berdekatan dengan sini, Mafy untuk berjumpa. Singkatan untuk Mairah Fylzanah. Aku tak tahu kenapa mak dia advance sangat bagi nama pelik tu.

Asal kitorang panggil Mai je tapi sebab masa sekolah dulu ramai sangat yang namanya mula Mai, kitorang pun panggil dia Mafy.

Habis kunci pintu, aku ke kafe yang dijanjikan. Aku nampak Mafy duduk sambil memakai cermin mata hitamnya. Rambutnya dilepaskan. Aku menegurnya.

"Mafy kan?" Gadis dihadapanku membuka cermin matanya. Terus dia mengoyak senyum dan memeluk ku. "Rin!!!! Aku rindu gilerr kat kau!" Jerit Mafy sambil memelukku erat. Aku membalas pelukannya. Aku pun rindu dia gak.

"Makin cantik eh kau aku tengok sekarang." Puji Mafy. Aku tersipu malu. "Alah kau. Macam cakap dengan cermin je. Dia pun cantik jugak." Balasku.

"Kau bahagia?" Soal Mafy. Aku mengangguk. Sungguh aku bahagia. Mafy senyum. "Aku dah. Kau bila?" Soalku pula. Senyuman Mafy mati.

"Eh, aku ada lukakan perasaan kau ke?" Gelabah aku. Tadi elok senyum. Sekarang muram pulak. Mafy geleng seraya tersenyum hambar. "Tengoklah kalau ada jodoh." Aku senyap. Mafy pun senyap.

"Eh apa pulak aku buat drama kat sini. Anyway, kau sekarang kerja apa? Bukan nak upload status kau kat fb." Aku senyum.

"Aku tak suka berfacebook lah. Insta aku kau tak follow ke?" Mafy angkat kening. "Oh my, memang Airina Sofea cuma kau je dalam dunia ni." Mafy mula tunjuk gaya divanya yang dulu.

Mafy ni diva kat sekolah dulu. Memang gedik habis. But with girls lah. No boys allowed nak masuk hati dia. Dulu dia memang jual mahal.

"Kau memang tak ubah perangai diva kau kan?" Mafy tersenyum. "Can't help it. I'm born with it." Kata Mafy bangga. Aku gelak. Hingga ke tengah hari aku dan Mafy berborak. Kawan lama tak jumpa lah katakan.

Kalau tak sebab Daniel nak makan tengahari kat rumah, memang aku duk situ sampai malam lah. Rindu sangat dengan Mafy.

"Sayang baru balik jumpa kawan ke?" Soal Daniel yang muncul dari dapur sebaik aku masuk rumah. Aku mengangguk. Tangan Daniel aku capai dan kucup. Daniel balas dengan mencium dahiku.

Mr. Cop Mrs.Doc (Complete)Where stories live. Discover now