Bab 20

6.9K 206 0
                                    

Daniel memeluk pinggangku erat bagai tak mahu melepaskanku. Aku membalas pelukannya. Tahulah badan aku kecik, tak payah lah nak peluk sampai lemas.

"Thanks, sayang sebab bagi cinta dan kasih sayang kat abang." Kata Daniel tiba-tiba. Aku mengetatkan pelukanku.

Sejuk sangat kat bumi Paris ni. Walaupun dah pakai baju tebal, sejuknya masih terasa.

Aku memandang Daniel. Senyuman paling manis aku hadiahkan padanya. "Terima kasih jugak sebab kembalikan kepercayaan Rin terhadap lelaki. Rin sayang abang. Sangat-sangat." Aku peluk Daniel erat. Daniel gelak dan peluk aku lagi ketat. Ah, bahagianya.

"Jom ke kedai tu." Daniel tarik aku. Aku serta-merta ikut langkahnya. Aku melihat barang-barang di situ. Comel-comel semuanya.

Ada beruang, ada barangan kaca dan benda comel lain. Tapi paling banyak kat sini....kunci mangga yang paling banyak dijual. Kenapa ek?

"Jom." Daniel tarik aku ke sebuah jambatan. Aku teruja melihat banyak padlock love yang telah dikunci di sepanjang jambatan itu.

"Ini jambatan Pont des Art. Bawahnya Sungai Seine. Humor, kalau sangkut padlocks kat jambatan ni, boleh buat pasangan tu kekal bersama selamanya." Terang Daniel sambil menunjukkan padlocks yang telah terukir.

Daniel❤Airina

Aku terus mengambil padlock tersebut. Nak belek dengan lebih dekat. Daniel senyum melihat gelagatku.

Kemudian, kami mengunci padlock di jambatan tersebut bersama. Setelah itu, Daniel mencampakkan kunci tersebut jauh-jauh. Aku senyum. Daniel senyum. Bahagianya hidup kami!

"Hai Chombi. Kau ok? Penat semacam je kau ni." Soalku. Aku tengok Chombi melentokkan kepala atas meja. Penat gamaknya jaga anak.

"Gila kau tak penat. Hedzri tu ok lagi. Dah besar sikit. Kira boleh lah nak jaga. Nasha tu. Mula dah memberontaknya. Si kecik. Masha Allah. Malam-malam nangis. Aku dengan Adam bergilir nak jaga." Luah Chombi.

Aku pandang perutku yang masih tiada benihnya. Tanganku mengusap lembut perutku. Macam mana aku nanti kalau ada anak? Mampu ke aku dan Daniel nak jaga?

"ABANG dah balik? Sorry sebab tak masak lauk sedap-sedap. Rin balik lambat hari ni. Banyak kerja kat hospital tu." Aku letakkan makanan yang telah siap di atas meja makan.

Terus aku mencapai tangan Daniel. Daniel membalas dengan mencium dahiku.

"Dah. Abang pergi mandi. Busuk." Aku tutup hidungku. "Eleh. Badan busuk ni lah yang sayang selalu peluk malam-malam." Kata Daniel kemudian ke bilik. Aku senyum.

"Abang kerja hari ni ok?" Soalku. Waktu itu kami sedang makan malam.

"Ok je. Sayang?" Soal Daniel pula. "Boleh lah. Tapi banyak pesakit la sejak kebelakangan ni. Penat nak layan." Aduku.

Daniel senyum. "Tu lah. Sape suruh jadi doktor. Psiketeri pulak tu." Aku memuncungkan mulut. Ada pulak cakap camtu. Orang bagilah support..

"Urm..Rin nak tanya. Lama dah. Masalah abang dah selesai?" Soalku. Pergerakan Daniel terhenti.

"Erk...kalau abang keberatan nak cerita, tak apa." Kataku teragak-agak. Daniel lepas tu jadi diam dan kurang berselera makan. Tadi punya kata lapar, tapi nasi di pinggan tak habis. Siapa lagi nak habiskan kalau bukan isteri dia yang terchenta ni😜

Aku duduk sambil menyandarkan kepala di dada Daniel. Dia sudah kelihatan tenang. Kami habiskan waktu malam kami dengan menonton televisyen bersama.

Aku lihat adegan yang ditayangkan di televisyen. Si hero menyatakan kata-kata manis dan cinta kepada si heroin.

Serta-merta aku memandang Daniel. Bila difikirkan balik kan, Daniel bukannya selalu kata I love you kat aku. Bukanlah aku mengharap, cuma pelik. Tapi aku tahu yang dia cintakan aku.

"About your question...." Aku mengangkat kening. Soalan? Oh...soalan yang dekat meja makan tadi.

"Abang manage to solve it, for a while maybe." Aku mengangkat kening lagi. "Maybe? Macam mana boleh jadi maybe tu?"

"Diorang still kat luar sana. Urm..this thing so difficult to explain you know..." Daniel menggosok belakang lehernya.

"Ok, then. Diorang nak apa? Keluarga abang ada buat apa?" Soalku. Dah lama aku nak tahu benda ni.

"As you know, ayah abang kerja pegawai kerajaan kan? Well..sebenarnya dia lebih dari tu." Aku kerutkan dahi. Ha?

"Ayah abang dulu polis. I don't know how to explain. Macam kerja abang, tapi pangkat lebih tinggi." Aku terkejut. Huyyo, satu keluarga nak kerja polis. Aku suruh anak aku jadi polis jugak lah.

"Ada satu masa tu, team ayah abang dapat special case. Masa tu kes buat dadah tengah jadi topik utama. Team ayah kena investigate. Bila dapat kesan, terus diorang buat serang hendap kat sarang buat dadah tu." Daniel menarik nafas dalam.

"Keadaan masa tu darurat. Most of the team has beated down. Ayah pun dah nak tumbang. Dalam keadaan dia yang dah parah, dia sempat nampak kawan baik dia diacu pistol oleh seorang lelaki. Tak teragak-agak, ayah terus tembak dia. Headshot. Mati tempat kejadian."

"Orang yang ayah tembak tu, adik kepada taiko punya pengedar dadah. Sejak tu, dia berdendam. Orang tu dah meninggal sebab dadah yang overdose. Tapi dendam dia turun pada anak dia. And here we go now. Walaupun ayah dan mak dah mati, dia tak puas lagi. Dia kalau boleh nak satu keluarga kami mati." Kata Daniel perlahan.

Aku memeluk Daniel erat. Sungguh berat ujian Mu pada suamiku ini. Kau permudahkanlah perjalanan hidup kami ya Allah...

🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃

Keep voting and reading!🙆

Mr. Cop Mrs.Doc (Complete)Where stories live. Discover now