Aku terbangun. Rasa sakit di rahimku tak dapatku tahan lagi. Aku singkap selimut yang menutupi badanku. Aku sentuh kain batik yang aku pakai. Basah. Dah tiba masanya ke?
Dengan perlahan aku cuba turun dari katil. Aku cuba untuk jalan menuju ke bilik ibu. Pintu bilik ibu di ketuk. Apabila tak dapat sahutan, aku ketuk bertalu-talu dengan kuat. Sakitnya makin kuat!
"Ibu! Ibu!" Aku sandar pada dinding. Tak larat. Pantas pintu dibuka. "Rin? Ya Allah Rin! Abang! Rin dah nak deliver! Jom kita ke hospital!" Ibu cuba memapahku untuk berjalan. Abah muncul dari balik pintu. "Astaghfirullahalazim,Rin. Jom abah papah. Ibu pergi siap." Ibu mengangguk dan terus bersiap.
Aku dikejarkan ke hospital Columbia memandangkan itu yang dekat dengan rumahku. Aku menangis. Sakit sangat wey! Aku ditolak ke dalam sebuah bilik. Maybe labour room.
Aku lihat ada seorang lelaki lengkap sut doktor untuk membedah. Mungkin ini yang akan sambut baby aku. Tak kesah lah. Sakit ni. "Orait puan. Spread the leg. Bukak luas-luas. Saya nak cek primid (Bukaan rahim)." Aku ikut saja kata-katanya.
"Sakittt!!!!" Aku menjerit saat aku rasa ada contraction yang kuat pada laluan rahimku.
"Uih, kepala baby dah nampak ni. 10 cm. Ok, puan terus teran. Teran ya." Aku terus meneran. Bergema satu bilik itu dengan jeritanku. Ya Allah! Sakitnya! Beginikah ibu lahirkan aku dulu? Masha Allah!
"Teran lagi puan. Teran puan. Jangan teran kat kepala. Teran kat bawah." Aku meneran lagi. Nurse di kedua tepiku cuba menolak perutku untuk memudahkan baby keluar.
"Doktor, saya ambil alih. Saya ada pengalaman dalam bidang ni. Doktor terang sikit-sikit ya?" Aku mendengar suara yang amat aku rindukan. Adakah itu dia? Aku tak mampu untuk membuka mata.
"Puan! Jangan pengsan dulu puan. Kepala tak lepas lagi ni." Aku buka mata perlahan-lahan. "Orait. Puan teran lagi. Teran macam teran berak. Banyakkan selawat puan. Semoga dipermudahkan." Aku ikut kata doktor itu. Aku teran. Dalam hati aku banyakkan selawat.
Akhirnya, aku rasa lega. Tapi sakit di bukaan rahim. Aku penat. Ya Allah.......aku hanya nampak pandangan yang kabur. Aku lihat seperti seorang lelaki datang ke arahku sambil membawa bayi yang berdarah berbalut kain.
"Our son, sayang."
Aku pandang lelaki itu. Daniel? Awak ke tu? Terus pandanganku kelam. Hitam pekat saja aku nampak. Kemudian aku tak tahu apa yang terjadi selepas itu.
*******
AKU membuka mata perlahan. Sinaran cahaya yang menembusi mataku amat terang membuatkan mataku berpinar. Aku menggososk mata. Ya, aku secara official sudah menjadi seorang ibu. Alhamdulillah!Aku lihat diriku. Baju hospital pink. Aku lihat sekeliling. Tanganku dicucuk branula . Untuk kedua kalinya aku dicucuk bende ni. Aku juga disambungkan dengan CPAP, Continues Positive Airway Pressure. Bahasa mudahnya mesin bantuan pernafasan. Saja nak tunjuk pandai kat korang. Aku kan doktor. Haha.
Aku lihat ada seorang nurse datang. "Macam mana puan? Feeling any better?" Soalnya sambil membawa sebuah alat untuk mengukur tekanan darah. "Saya nak buat check up ya?" Aku mengangguk lemah. Aku hanya membiarkan dia melakukan tugasnya. Dalam dia membuat kerjanya, aku terlelap. Penatnya ya Allah....
*******
DENGAN perlahan aku membuka mata. Setelah lama aku tidur, aku rasa sedikit bertenaga. Aku lihat di sisiku. Ibu sedang duduk di kerusi. Matanya terpejam. Pasti penat menungguku sedar."Ibu....ibu..." Aku memanggilmya perlahan. Ibu terpisat-pisat bangun. Saat matanya menangkapku telah sedar, terus ibu menerpa ke arahku.
"Rin! Ya Allah Rin dah sedar!" Ibu mencium tanganku. Aku senyum. "Ibu, sebelum Rin pengsan, Rin ada nampak macam bayangan Daniel. Kelakarkan? Sedangkan Daniel bukannya ada pun." Terangku. Sekadar berkongsi cerita.
Ibu kelihatan terkejut. Kemudian perlahan ibu mengukir senyuman. "Rin dah ok belum?"
"Boleh la. Sakit lagi kat bawah. Ngilu." Luahku. Terasa kepalaku di sentuh. "Biasalah tu. Ibu pun macam tu dulu. Nanti lama-lama ok la." Aku senyum.
"Abah mana?" Soalku setelah lama berdiam. "Katanya pergi cafe. Lama sangat tunggu Rin bangun." Aku mengangguk kecil.
"Baby Rin mana?" Soalku lagi. Ibu senyum. "Ada kat nursery kalau tak silap. Nanti ada yang bawa ke la tu. Mungkin abah atau tetamu lain." Aku pelik. Tetamu lain? Aku hanya anggap tetamu lain itu mungkin saudara aku.
"Rin nak bagi nama apa pada anak Rin?" Soal ibu. Aku berfikir. Terkenang kembali memori bersama Daniel sewaktu berbincang soal nama anak.
"Abang, nanti kalau kita ada anak, abang nak nama apa?" Soalku pada Daniel. Waktu itu kami sedang duduk lepak di laman rumah sambil minum teh Earl Grey. Suasana yang selepas hujan memang sesuai untuk minum air panas.
"Kalau abang, abang suka nama Zahra." Aku kerut dahi. "Kenapa?"
"Satu, nama tu adalah nama anak Nabi Muhammad. Kedua, namanya pun sesuai dengan era moden kita. Paling penting, orang kampung abang boleh sebut namanya tanpa berbelit lidah. Abang tak mahu sebab nama abang pun orang kampung susah nak sebut." Terang Daniel.
Aku mengangguk sedikit. "Kalau Aisyah?" Aku soalnya lagi. Daniel meletakkan tangan bawah dagu. Tanda berfikir.
"Hmm, ok juga. Actually abang suka dengan nama yang relate dengan zaman nabi." Terang Daniel sambil tersenyum ke arahku. Aku tenung rumput halaman rumahku. Hmmm.....
"Nama anak perempuan kalau kita letak Aisyah Az-Zahra?" Aku mengutarakan pendapatku. "Tak kesah. Janji namanya ada maksud yang baik." Aku senyum.
"Lelaki abang nak nama apa?"
"Christiano Ronaldo."
"Ha?!" Melopong aku memdengar jawapan Daniel. Tadi beria kata nak nama zaman nabi lah, alih² nama lelaki pemain bola.
"Abang gurau je la. Cuak betul muka." Daniel gelak. Aku muncung. Pipiku di cubit perlahan.
"Dari dulu lagi abang nak nama anak abang Adam Haidan." Aku pandang Daniel. Adam Haidan? "Kenapa?"
"I don't know. I just want it."
"Kenapa tak letak Muhammad kat depan?" Soalku lagi. Daniel senyum.
"Nanti nama jadi panjang sangat. Kesian dia nak tulis kat paper every subject. Lagi satu, dalam exam, murid di susun ikut pangkal nama. So, kalau anak kita dapat straight A's, nama anak kita kan disebut dulu." Aku pulak yang gelak. Sampai macam tu sekali.
"Kalau Rin?"
"Rin ikut abang je. Mana-mana pun boleh. Semua nama abang bagi Rin suka. Sebab Rin sayang abang." Aku memeluk Daniel erat. Daniel membalas pelukanku.
Aku mengesat tubir mata yang bergenang. Aku cuba mengukirkan senyuman. "Rin dah tahu nak bagi nama apa." Aku tarik nafas dalam-dalam.
"Nama anak Rin....."
"Muhammad Adam Haidan. Kan sayang?"
Aku terkedu. Diam. Kaku. Rasa seperti nak pengsan saat melihat dia berada di sini. H- How?!!!
YOU ARE READING
Mr. Cop Mrs.Doc (Complete)
RomanceAirina Sofea- Doktor psikiatri yang berkaliber. Tidak berapa menyukai lelaki atas sebab tertentu. Daniel Hazif- Polis yang berwawasan. Punyai rupa paras yang maskulin. Kehilangan ibu bapa sekaligus menyebabkan dia dirawat oleh Airina. Saat rawatan...