Bab 15

7.9K 236 0
                                    

"Nanti kamu honeymoon kat mana?" Soal ibu. Ketika itu kami duduk santai di ruang tamu sebelum berpindah ke rumah baru.

"Entah lah ibu. Kitorang pun tak tahu. Masa abah dengan ibu dulu honeymoon kat mana?" Soal aku.

"Abah kamu ni. Tak romantik langsung. Ada ke pergi jungle tracking. Nasib baik ibu tak kejung kat situ. Sakit lutut ibu ni ha." Ibu tepuk sikit lututnya. Aku dan Daniel tergelak.

"Eh eh. Suka hatilah abang nak pergi mana pun. Dah masa tu abang suka sukan lasak. Kena la terima." Abah tak mahu mengalah. "Kira ok lah masa honeymoon kedua abang bawa awak ke Bali. Sangkut juga Rin ni." Sambung abah lagi.

Lagi terburai ketawa aku. Ibu dah senyap. Surrender la tu. Aku menggeleng lihat telatah ibu dan abah. Daniel juga terhibur.

"Ok lah abah, ibu. Kitorang gerak dulu. Takut lambat sampai." Daniel sudah bangun. Aku turutinya. "La, cepat betul masa berlalu. Jauh ke rumahnya, Daniel?" Soal abah.

"Tak jauh mana. Tapi ambil masa juga lah. Dalam 2 setengah jam macam tu." Abah mengangguk perlahan. Kami semua ke pintu utama.

"Jaga diri elok-elok. Pandu kereta tu cermat. Ha Rin, kamu dah ada suami. Jangan buat tabiat anak dara kamu tu." Pesan ibu pada ku. Aku menyengih dan mengangguk. Kemudian mencium tangan mereka diikuti Daniel.

"Daniel, abah harap kamu jaga Rin ni baik-baik. Segala makan pakai dia abah selama ni jaga. Lepas ni, kamu pula jaga. Abah sayang anak abah ni macam nyawa abah sendiri. Abah pun harap Daniel macam tu, ya?" Sebak abah menuturnya. Matanya mula berkaca.

"In Sha Allah, bah. Daniel memang dah kunci dia elok-elok. Daniel takkan hampakan abah." Daniel dan abah berpelukan.

Aku sebak mendengar tuturan abah. Walaupun abah tak begitu memanjai ku seperti abang, kasih sayang abah pada ku tak pernah dibezakan dengan abang. Tanpaku sedar air mataku berlinang.

"Dah. Pergilah gerak. Kang tak sempat pula." Daniel dan aku mengangguk. Kami masuk ke dalam kereta. Beg awal-awal lagi Daniel sudah masukkan dalam kereta.

Kami lambai pada ibu dan abah kemudian bergerak menuju destinasi. Suasana dalam kereta menjadi senyap. Hanya kedengaran celoteh dj radio saja. Daniel sibuk memandu, aku sibuk tengok telefon.

Kebanyakan rakan seuniversiti aku mengucapkan tahniah atas pekahwinan ku. Ngantuk tengok telefon dan perjalanan masih jauh, aku ambil keputusan untuk tidur dulu.

"RIN, bangun sayang. Kita dah sampai ni." Danial menggoyangkan tubuhku. Aku membuka mata. Silau mataku saat cahaya memasuki retinaku ini. Aku memisat mata.

"Urm? Dah sampai ke?" Aku soal dalam mamai. Baru bangun tidur kut. "Dah. Jom. Abang dah angkat beg masa Rin tidur tadi." Daniel beri aku ruang untuk keluar dari kereta.

Aku menunggu Daniel membuka pintu rumah. Aku masih mamai tapi masih meliar lihat laman rumah baru Daniel dan aku.

"Meh masuk sweetheart." Daniel membimbing aku yang dalam keadaan separuh sedar.

Mata ku terhenti di sofa. Ah, aku nampak sofa tu memanggil-manggil aku ni. Terus aku melabuhkan diri di situ. Tak lama kemudian ku sambung tidur.

"Ya Allah, Rin. Orang yang memandu, dia yang over letih." Daniel menggeleng lihat isterinya yang terbaring.

AKU bangun setelah lama tidur. Puas aku dapat tidur. Aku pandang sekeliling. Sekarang aku dalam bilik. Mesti bilik kitorang. "Bangun dah? Pergi mandi. Barang basah kita tak beli. Jadi tak de makanan. Hari ni kita makan kat luar ye?" Aku mengangguk.

Terus aku turun dari katil dan menuju ke bilik air untuk bersihkan diri. Nasib baik aku tak solat, tak risau kalau tertidur lama.

Lepas mandi, aku bersiap untuk keluar makan seperti yang dikatakan Daniel. Aku hanya memakai tudung crepe hitam dan baju labuh serta seluar track. Malas nak melaram, aku cuma kenakan bedak compact.

Mr. Cop Mrs.Doc (Complete)Where stories live. Discover now