"Itulah ceritanya."
Aku senyum . Lama gile nak habiskan cerita. Cik Mah dah menangis. Ibu juga sama.
Aku? Lagi-lagi la menangis. Aku memeluknya. Daniel membalas pelukanku.
"Nasib baik abang selamat."
Daniel mengangkat mukaku dan mengelap air mataku.
"Ye, sayang. I'm home."
Aku peluknya erat-erat.
"Nang sihat ke? Macam mana Nang boleh ada kat sana?"
Daniel angkat bahu. Aku sekadar mengangguk. Terima kasih Nang. Awak tak lah jahat mana.
"Kak Mah ingat, nak buat kenduri. Kenduri kesyukuran. Boleh ke?"
Ayah dan ibu mengangguk. "Saya sponsor. Dan kalau boleh, ingat nak buat kat sini pula. Tapikan, kan lebih elok buat aqiqah terus. Senang. Sekali harung."
Cik Mah pula mengangguk. "Janji berjalan."
Kami masing-masing mengucap kesyukuran ke atas Ilahi. Nikmat yang diberikan-Nya sungguh tak ternilai.
***************
Usai sudah sesi cukur jambul Adam. Aku memeluknya erat dan mengucupnya. Comel betul dia."Tahniah Rin."
Aku memandang orang yang baru sahaja mengucapkan tahniah padaku. Jim. Aku takut. Adakah dia akan menganggu rumah tanggaku?
"Terima kasih."
Daniel memeluk bahuku. Aku dah memberitahunya mengenai Jim. Dia sekadar mengangguk.
Jim dan Daniel berpelukan. Eh? Macam dah lama kenal je?
"Sorry bro. Waktu kau tak de aku pernah try tackle isteri kau. Tapi kebal eh isteri kau. Aku punya handsome camni pun dia tak mahu pandang."
Aku memutarkan bebola mata. Eh tolong sikit eh? Suami ai yang paling hensem.
"Ha, tu sebab kau masih tak cukup handsome nak lawan kehandsomean aku."
Jim cemberut. Dia mengeluarkan sampul putih dan berikannya pada Daniel.
"Heh. Kurang handsome pun laku!"
Daniel membuka sampul tersebut. Oh, jemputan perkahwinan lah ni?
"Pergh, congrats bro! Oh kau. Dalam 2 bulan kau cari bini eh."
"Bukan cari. Jumpa 😌" Muka riak Jim ditayangkan. Aku gelak.
Aku lihat Adam. Rakan-rakanku yang lain berebut nak gendung dia. Eh eh doktor-doktor ni la. Cepuk karang. Macam tak pernah jumpa baby.
**************
Aku letakkan Adam dalam katil bayi. Kemudian perlahan aku menapak ke meja solek. Losyen disapu ke tangan. Dah jadi tabiat. Kemudian baru aku melangkah ke katil.
Aku merapati Daniel yang sibuk dengan telefonnya. Aku menjeling sekilas telefonnya. Wassap. Tak habis dengan wassapnya.
"Abang kerja macam mana lepas ni? Kan musuh abang tu dah tak de?" Baru aku berkesempatan nak tanya setelah 3 bulan Daniel ceritakan apa yang berlaku di sana.
"I'm a cop. A single cop without any special duty. So abang boleh spend time dengan family abang." Telefonnya diletakkan ke tepi dan mencium dahiku sambil memelukku.
"Perniagaan Rin macam mana?"
"Fantastic. Cupcake Rin dah sampai ke semua negeri. Ingat nak buka bakeri." Aku mula berfikir tentang arah tujuku pada masa akan datang.
YOU ARE READING
Mr. Cop Mrs.Doc (Complete)
RomanceAirina Sofea- Doktor psikiatri yang berkaliber. Tidak berapa menyukai lelaki atas sebab tertentu. Daniel Hazif- Polis yang berwawasan. Punyai rupa paras yang maskulin. Kehilangan ibu bapa sekaligus menyebabkan dia dirawat oleh Airina. Saat rawatan...