BAB 5

8.5K 260 2
                                    

"Daniel?! How you get here?!" Aku kaget. Dengan keadaan tak sihatnya, boleh pulak dia berjalan ke sini. Sini dengan wad boleh tahan jauhnya.

"Aku, aku perlukan perlindungan. Diorang ada kat sini." Tercungap Daniel menutur. Mukanya nampak cuak dan berpeluh. "Diorang? Musuh awak?" Laju Daniel mengangguk. "Adik awak? Adik awak mana?" Soalku. Tiba-tiba teringat akan Dania.

"Dia selamat. Aku dah suruh orang aku jaga dia." Balasnya. Wow. Hebat betul mamat ni ada orang bawahan. Style la. "Saya nak tolong macam mana?" Soalku lagi. Ingat aku ni ada seni pertahankan diri yang bagus ke? Ok tipu je. Aku judo bagus tau. Eh..sempat lak nak memuji.

"Tolong aku keluar dari sini." Tuturnya tegas. "Eh..! Mana boleh camtu. Itu dah langgar protokol hospital." Aku menggeleng. Daniel nampak hampa. Kelihatan Farisz berjalan menuju ke sini sambil membaling-baling kunci keretanya. Jatuh masuk longkang karang..haru dunia. Tak boleh bawak kereta dah.

"Eh, ni bukan pesakit kau ke Rin? Apa namanya? Danny? Daniel? Apa dia buat kat sini? Bukan patut kat wad ke?" Soal Farisz setelah tiba di sini. "Haah.. Er tadi ada nurse bawak dia jalan-jalan. Aku nak tengok kejap keadaan dia." Aku cari alasan. Daniel nampak tak kesah.

Daniel melihat ke satu arah dan matanya membulat. Terus dia berlari jauh dari kitorang. "Eh, Daniel!" Aku menjerit. Farisz memandangnya pelik. "Pesakit kau tu ok tak? Trauma apa dia? Teruk sangat dah aku tengok."

Aku mengangkat bahu sambil menggeleng. Aku lihat arah yang Daniel tengok tadi. Ada seorang lelaki memakai topi hitam menutupi mukanya. Itu ke musuh Daniel? Hei...susah betul kalau hidup ni ada haters. Sampai jadi musuh.

"Jomlah. Kejap lagi Daniel tu ok la kot. Aku lapar ni." Farisz yang kelihatan ragu-ragu ikut saja memandangkan dia pun lapar.

Usai makan, aku ke wad Daniel. Elok je dia tidur atas katil. Aku menggeleng. You're such a mess guy, Daniel. Really mess. Aku meperkemaskan comforter yang membaluti dirinya. Dia terganggu dan tersedar.

"Wake up?" Soalku sambil lihat dia memisat matanya. Lena tidur nampak? "Macam mana awak boleh ada kat sini? Tadi beria benor larinya." Aku duduk di hadapan Daniel. Dia memandangku. Aik? Hati...kau duk diam-diam.

"Malas la aku nak cerita." Dia menyandarkan badan pada bantal yang disandar pada kepala katil. "Pulak dah. Pening la saya dengan awak. Boleh botak kepala saya camni tiap-tiap hari layan awak."

"Eh? Ada rambut ke? Ingatkan tak de. Maklumlah. Asyik layan orang mental je. Diri tu pun dah mental." Aku menjengilkan mata. Dia kutuk aku? Face to face? Ewah. Ni nak kena ni.

Knock knock!

Muka Dania tersembul di muka pintu sambil memegang bungkusan makanan. Jelas matanya bengkak akibat menangis. Mungkin sedih dengan kehilangan orang tuanya.

"Along, nah. Nia ada beli makanan untuk abang." Suara Dania bergetar. Dia meletakkan makanan di meja sebelah katil. "Nia, are you ok? You look terrible." Aku menarik tangan Dania agar berdiri di sebelahku. Aku mengemaskan rambut Dania yang kusut.

Dia mula menangis. Tak lama kemudian, dia teresak-esak. Aku pandang Daniel. Dia menggeleng. Tak boleh nak buat apa. Setakat ni, biar lah Dania menangis semahunya.

"Akak simpati dengan Nia. Akak dah tahu berita kematian mak ayah Nia. Harap Nia sabar ya? Banyakkan doa agar roh mak ayah Nia berada dalam kalangan orang yang mulia di sisi Allah." Aku beri Dania kata semangat.

Esakannya makin berkurangan. Mungkin dah penat kut asyik menangis. "Thanks akak. Akak lah kakak paling baik Nia ada." Suaranya tenggelam timbul. Dia senyum. Walupun hambar, tapi ok lah. Dia dah tenang dan pasrah.

"Memang lah. Dah akak je kakak yang Nia ada. Ke, abang Nia tu dah kahwin?" Usik ku. "Hei! Orang bujang lagi eh." Daniel yang asyik diam bersuara. "Orang tak tanya dia lah." Aku jelir lidah pada Daniel. Dania ketawa kecil. Dia memelukku lebih erat.

Mr. Cop Mrs.Doc (Complete)Where stories live. Discover now