Bab 28

5.7K 192 0
                                    

Aku duduk di birai katil. Kalendar di atas meja tepi katil aku capai. Sudah 4 bulan Daniel hilang. Tentera di sana juga hampir berputus asa untuk mencarinya lagi.

Mungkin mereka akan mengisytihar and Daniel sudah terkorban pada bulan hadapan jika masih tidak ditemui. Aku mendengarnya daripada perbualan ibu dan ayah.

Tak apalah. Aku juga sudah menerimanya dengan redha. Mungkin ini ujian yang Allah beri pada aku. Di saat Allah menarik sesuatu dariku, Allah memberiku sesuatu yang lebih bernilai. Zuriatku bersama Daniel. Perlahan aku mengusap perutku yang sudah menampakkan bentuk.

"Rin? Dah siap ke? Kita nak gerak ni." Aku angkat muka melihat ibu yang berada di pintu. Aku meletakkan semula kalendar di atas meja.

"Sudah ibu. Jom." Aku menarik beg bagasi yang tersadai di tepi pintu. Hari ni, aku dan keluargaku akan bercuti di Paris. Mengapa? Aku yang minta. Rindu yang membuak pada Daniel membuatkan aku ingin mengenang kembali memoriku bersamanya.

"Abang dah ada kat airport ke?" Soalku sambil mengangkat beg masuk ke dalam kereta. "Eh! Hati-hati, Rin. Kamu tu mengandung. Sini abah angkat." Abah membantuku mengangkat beg bagasi. "Terima kasih, bah."

"Hmm, abang dah nak sampai airport. Nuha baru mesej ibu. Jomlah. Kang lewat nanti." Alu mengangguk dan terus ke kereta.

Selepas 50 minit, sampai juga kami di airport. Kami ke arah abang dan Kak Nuha.

"Hai, Muiz! Seronok betul dapat bercuti ye?" Muiz tersengih-sengih. Aku senyum. Pandai juga ya abang dan Kak Nuha didik. Selalu budak baya Muiz ni, lekat je dengan gajet. Tapi Muiz tak. Dia suka untuk bermain dengan orang di sekelilingnya.

" Jom."

Usai menyudahkan urusan beg, kami beratur untuk di check. Aku melepaskan lelah di kerusi pesawat. Panjang tadi beraturnya. Naik cramp kaki aku ni. Aku cuba mengurut kakiku. Payah. Sebab ada halangan di perut.

"Rin ok? Kaki sakit ya? Sekejap ibu ambil minyak." Ibu mengambil minyak dari beg tangannya. Kemudian dia melumur dan mula mengurut kakiku. Aku senyum.

Aku pandang muka ibuku. Ya Allah, wajah perempuan inilah yang selalu membantuku disaat aku memerlukan. Kau masukkanlah dia dalam kalangan orang yang beriman.

Aku memeluk ibu. "Terima kasih ibu." Ibu kelihatan terkejut. Tak lama kemudian, ibu menyambut pelukanku itu.

Aku meletakkan begku dalam sebuah bilik. Terus aku duduk di atas katil. Penat mengusung perut. Aku minta untuk satu bilik sendiri. Bukannya aku mahu untuk satu bilik sendiri, tapi aku tak mahu menganggu.

Abah dengan ibu. Abang dengan Kak Nuha. Tak mahu la aku mengganggu mereka. Ibu risau juga tentang diri aku, tapi aku balas yang aku ok. Lagipun, antara dua bilik, ada satu pintu penyambung. Mungkin dicipta untuk kecemasan.

"Rin? Rin ok?" Ada ketukan di pintu yang menyambungkan dua bilik. Aku bangun dan membuka pintu tersebut. Tersembul muka ibu di pintu. "Rin elok saja lah ibu." Aku lihat bilik ibu dan abah. Sama saja dekorasinya dengan bilik aku.

"Kalau ada apa-apa, ketuk je tau." Pesan ibu. Aku senyum. "Iya ibu. Rin tahu." Aku senyum dan menutup kembali pintu.

Aku mengeluh perlahan. Aku mengeluarkan Camy dari begnya. Kemudian, aku melihat gambar yang telah ditangkap bersama Daniel. Aku senyum sendiri.

Terasa bergenang tubir mataku ini. Aku mengesatnya perlahan. Kan dah janji tak mahu nangis?

Aku menyimpan kembali kamera. Aku mesej ibu minta izin untuk keluar berjalan. Kemudian dengan teksi, aku ke Eiffel Tower. Kenangan bersama Daniel menjengah. Sekarang musim bunga. Terasa lain.

Aku duduk sebentar di bangku. Kamera yang tersangkut di leher aku guna untuk menangkap pemandangan yang indah ini. Aku senyum sendiri. Kalau ada Daniel, pasti tidak sesunyi ini. Air mata turun dengan perlahan.

"Miss? Are you ok?" Aku angkat muka. Terlihat seorang lelaki dengan berpakaian tebal. Skarfnya menutup sebahagian mukanya. "Yeah. I'm alright." Aku kesat air mata.

Lelaki itu duduk di sebelahku. "Do you mind to share?" Aku memandangnya sejenak kemudian menunduk. Gila apa nak bercerita dengan orang yang tak kenal.

Lelaki itu senyum. "I'm Jim. You?" Aku masih menunduk. Masih ragu-ragu. Aku mahu bangun, tapi tak larat. Penat. "Don't worry, miss. I'm a nice guy." Aku pandang Jim. Dia menarik sedikit skarfnya dan menampakkan barisan giginya yang putih itu sewaktu dia senyum.

"Sofea. Mrs Sofea." Sengaja aku memberitahu nama yang jarang dipanggil. Aku masih tidak selesa dengan kehadirannya. "Oh! Im sorry! I don't know that you're already married!" Aku sekadar senyum.

"Where you're husband?" Aku jeling Jim. Eh eh mamat ni. Banyak tanya pulak. Aku sekadar senyap. Jim hanya senyum. "Where're you from?" Sambungnya setelah lama kami berdiam diri.

"London." Sengaja aku menyembunyikan identiti aku. Takut jadi apa-apa. Jim terkejut. Haih, jangan lah sama jugak dengan dia. Mati aku nak kelentong dia.

"Wow! Such a good place. I'm from Malaysia." Balas Jim. Aku pula pandang dia terkejut. Aku sekadar menunduk saja. Aku melihat telefon. Sengaja aku buat begitu. Nak lari.

"Eh, sorry Jim. Got to go. My mom calling." Aku bangun. Jim turut bangun. Tanpa menunggunya, aku meninggalkannya. "W-Wait! Can I have your phone number?" Aku berpusing sedikit.

"My contact number is full! Sorry!" Terus saja aku meninggalkannya. Gila. Dah kata aku dah kahwin, nak juga menggatal.

"Eh Rin? Dah habis jalan ke? Kami baru nak keluar." Soal abang. Aku senyum. "Dah. Abang dengan yang lain pergilah jalan. Rin dah jalan. Lagipun, Paris ni kan Rin dah pernah pergi. Ok Rin masuk bilik dulu. Sejuk kat luar ni." Aku senyum. Seperti biasa, ibu suruh aku untuk menjaga diri.

Aku buka baju sejuk dan baring atas katil. Tangan mengelus perlahan perut yang sedikit buncit. Baby, mama rindukan papa. Aku merenung siling. Daniel, betul ke awak dah tak de?



Mr. Cop Mrs.Doc (Complete)Where stories live. Discover now